Assalamualaikum dan hai semua
Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
Bahan-bahan
Cara membuat tembikai rose sparkling versi Khairul Aming
- Potong buah tembikai menjadi saiz dadu kecil
- Hiriskan limau nipis dan laici
- Masukkan ais kiub dengan xampuran kordial rose laici bersama air sparkling ..gaul sebati lalu masukkan yang telah dipotong tadi, tembikai, limau kasutri, laici nata dee coco dan daun pudina ..
Siap dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
Bahan-bahan
- Kordial sunquick oren
- Kordial rose laici
- Air
- Tembikai
- Buah oren
Cara membuat jus tembikai oren
- Sediakan ais kiub, masukkan pati kordial sunquick oren bersama kordial rose laici , kemudian blend tembikai bersama beberapa ketul ais kiub dan campur sekali ..
- Masukkan beberapa hirisan buah oren
Sedia untuk diminum ..
Assalamualaikum dan hai semua
Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
Bahan-bahan udang masak tempoyak petai
- Udang
- Serbuk kunyit
- 8 tangkai cili padi
- 4 tangkai cili besar
- 1 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang serai (diketuk)
- ⅓ kotak santan
- 2 helai daun limau purut
- ½ kiub pati ayam
- Gula dan garam
- 2 sudu tempoyak
- Petai
- lumurkan udang dengan sedikit serbuk kunyit dan garam ..lalu goreng ke dalam minyak panas sehingga udang kekuningan
- chopper bahan-bahan untuk tumis iaitu cili padi, cili besar, bawang merah dan bawang putih lalu tumis sehingga naik bau
-masukan sebatang serai, masukkan sedikit serbuk kunyit, ⅓ santan dan tambahkan air gaul sehingga sebati .
-masukan daun limau purut untuk menaikkan lagi aroma, sedikit kuih pati ayam, garam gula dan paling penting ..masukkan tempoyak ..gaul sebati dan boleh masukkan udang goreng bersama petai ..
Menu simple selamat mencuba
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan puding jagung
- 1 tin jagung berkrim
- 1 tin susu cair
- 1 kotak kecil santan
- ⅔ cawan susu pekat
- ⅓ cordial jagung
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit pewarna sirap
- 1 cawan tepung kastard
Bahan-bahan kuah kastard
- 1 tin susu cair
- 3 sudu susu pekat
- 1 ½ sudu tepung kastard
Cara membuat puding jagung versi Khairul Aming
- Gaulkan 1 tin jagung berkrim bersama susu cair, santan, susu pekat .. lalu masukkan kordial jagung .. tambah sedikit garam dan sedikit pewarna sirap .gaul sebati dan campurkan tepung kastard bersama 1 cawan air
- Masak bahan tersebut sehingga menjadi pekat lalu masukkan ke dalam bekas dan taburkan hirisan jagung .
- Untuk sos kastard pula, masukkan 1 tin susu cair bersama susu pekat lalu masukkan tepung kastard , masak sehingga sos sedikit pekat lalu tuangkan sos tersebut atas puding .
Siap dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan untuk spaghetti Bolognese
- Spaghetti
- Daging kisar beku
- 1 batang seleri
- 1 ulas bawang holand
- 1 lobak merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 tin tomato puri
- 2 biji tomato (dikisar)
- 1 sudu oregano
- 1 sudu chili flakes
- Garam
- Lada hitam
- 1 helai daun salam
- 1 kiub pati lembu
- Taburan keju parmesan
Cara membuat spaghetti Bolognese versi Khairul Aming
- hancurkan daging kisar, goreng daging kisar tanpa minyak sehingga sedikit garing ..
- untuk sos, masukkan saleri, bawang holand, lobak merah dan bawang putih dalam chopper dan tumis sehingga sedikit layu
-masukkan tomato puri bersama 2 biji tomato yang dikisar halus .
- masukkan satu sudu oregano, chili flakes, sedikit garam dan serbuk lada hitam . Masukkan sehelai daun salam daun kiub pati lembu ..tambah sedikit air dan gaul sehingga masak dan pecah minyak ..
-sos Bolognese siap dihidangkan bersama spaghetti ..taburkan sedikit cheese parmesan .
Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan untuk pretzels
Cara membuat pretzels Khairul Aming
- Campurkan 1 ¼ cawan air, yis dan gula perang bersama tepung gandum . Uli sehingga menjadi doh . Biarkan doh mengembang selama 30 minit
- Potong doh tersebut memanjang atau ikut citarasa sendiri
- Rendamkan potongan doh tadi ke dalam campuran 1 cawan air dengan soda bikarbonat . Tabukan sedikit garam kasar ke atas doh lalu bakar dalam ketuhar dengan suhu 250óc selama 5minit
- Nak nampak pretzels berkilat sapukan pretzels yang siap dibakar tadi dengan mentega cair
- Pretzels tadi siap dihidangkan bersama coklat Nutella mahupun makan bersama sos cheese .