Assalamualaikum dan hai semua
Menang Top Komen Mac 2026 di Blog Bola Katok | Wall Of Frame Selama Sebulan Lepas raya ni… mood nak boom blogwalking tu masih lagi sendu tau ..Entri kat blog CCL pun sama naik ..sat ada, sat hilang. Tapi biasalah, bila mood datang… memang habis satu “kampung” blog CCL serbu, uguys jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak nama CCL merata ya ..
Pagi tadi, memandangkan ada masa terluang sikit… CCL pun mulakan misi blogwalking. Untuk sesi pagi ni, CCL pilih nak ziarah ke blog Bola Katok (BK). Sambil baca satu per satu entri, tiba-tiba ternampak pengumuman Top Komen Bulan Mac 2026 Blog Bola Katok… eh ehhh, sekali nama CCL pula terpampang sebagai juara!..
Serius cakap, rasa happy tu memang lain macam. Blog sendu macam CCL ni pun boleh tersenarai… siap dapat Wall of Fame lagi! Blog CCL akan terpampang di sidebar blog BK selama sebulan. Eh, of course laa seronok… bukan senang nak “menumpang popular” kat blog orang lain kan ..
Teringat pula, bulan Ogos tahun lepas pun pernah juga masuk Wall of Fame. Boleh baca entri Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok..Tahun ni, bulan April dapat lagi..
Untuk uguys yang belum singgah blog BK, memang rugi tau! Blog dia penuh dengan koleksi menarik, sampul raya, sticker, macam-macam lagi. Memang sesuai sangat untuk cuci mata..cepat-cepatlah terjah yaaaa ..



0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan