Assalamualaikum dan hai semua
Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
Petang kelmarin balik rumah lepas settle sikit urusan luar, terus nampak satu parcel hitam atas nama CCL atas meja. Sekali tengok, “Aha!.. ni mesti parcel dari Kak Cie!” Sebab sebelum tu Kak Cie dah hantar tracking number. Alhamdulillah, cuma dua hari je parcel selamat sampai tangan CCL.. Hadiah ni Kak Cie bagi sebab contest screenshot Pageview blog dia CCL berjaya screenshot tepat 2 juta Pageview. Boleh baca dalam entri Berjaya screenshot Terpantas Pageview 2Juta Blog Kak Cie Memang rasa excited habis! kann ..
Bila bukak parcel… ta-daa! Tumbler cantik, 1000ml! Memang cantik sangat printed tumbler nii, sebab CCL belum ada koleksi Modofo lagoi.. ini satu-satunya.. so bertambah lagi koleksi tumbler CCL atas rak ..
Tumbler Cantik Dari Brand Modofo
Besar gila: 1000ml, cukup untuk isi air panas atau sejuk, boleh tahan sepanjang hari.
Cantik: Design bunga-bunga printed, background putih… memang menawan.
Praktikal: Ada pemegang, tempat sedut boleh buka-tutup, paling penting tak bocor.
Bahan: Stainless steel, anti-slip… boleh jaga suhu minuman, tak kisah panas ke sejuk ke.
Memang sesuai untuk bawak ke mana-mana, travel ke office, atau lepak santai kat rumah.
Rasa seronoknya bukan sebab tumbler je… tapi sebab hadiah ni datang dengan doa dan penghargaan dari Kak Cie. Terima kasih banyak-banyak Kak Cie atas hadiah ini ! Suka sangat tauuu.. Semoga murah rezeki selalu. Aamiin.
Assalamualaikum dan hai semua
Berjaya Screenshot Terpantas 2 Juta Pageview Blog Cie Beberapa hari lepas, masa tengah mood blogwalking ke blog Cie, terbaca satu entri yang buat CCL terus alert.. Kak Cie anjurkan contest sempena screenshot Pageview blog beliau yang ke 2 juta. Siapa paling terpantas screenshot angka 2,000,000 tu, boleh claim hadiah daripada Kak Cie.
Sebelum-sebelum ni memang ada juga blogger lain buat contest macam ni. Tapi CCL tak pernah berkesempatan nak dapat screenshot dengan angka yang tepat. Selalu terlepas… sama ada awal sangat atau lambat sangat . . Sejujurnya bila nampak Kak Cie buat contest ni, memang CCL teringin nak join. Nak rasa sendiri pengalaman menang screenshot pageview. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya bukan senang tau.
Pagi tu sambil blogwalking, CCL terpandang pageview Kak Cie dah tinggal beberapa angka je lagi nak cukupkan 2 juta. Apa lagi… CCL tungguuuu… refresh… tunggu lagi… sambil baca entri dalam blog Kak Cie..Alhamdulillah , rezeki CCL hari tu, berjaya screenshot dengan angka yang tepat! ..Seronok memang seronok… tapi tak boleh happy sangat dulu. Yelah, mana tahu ada yang lebih awal screenshot kan?
Lepas je berjaya tangkap gambar, CCL terus cepat-cepat WhatsApp Kak Cie. Cuba nasib… kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada pun tak apa, yang penting CCL sempat rasa moment tu.
Tak lama lepas tu Kak Cie reply… ucap tahniah dan terus minta details CCL. Masa tu memang bertambah happy! Alhamdulillah, bermakna CCL antara pemenang contest tersebut..Kak Cie ada umumkan dua pemenang CCL dan juga blogger NA menerusi entri ni . Blogger NA ni bukan asing lagi, memang selalu menang contest screenshot. Boleh panggil queen of screenshot pageview lah .heheh
Apa pun, entri santai je kali ni. Saja nak simpan kenangan manis dalam dunia blogging CCL..Terima kasih Kak Cie atas contest yang best ni..Rezeki jangan pernah sangka
Assalamualaikum dan hai semua
Throwback Hadiah Birthday 2025 : Dapat Mug Comel Tengah belek-belek gambar dalam galeri telefon, konon CCL nak kosongkan storage sikit… sekali jumpa pulak gambar hadiah birthday November tahun lepas yang CCL belum sempat kongsikan..
Sempena birthday CCL, dapat hadiah mug comel yang sangat comel.. Mug ni jenis berat dan tebal. Bila pegang rasa solid sangat, bukan jenis ringan-ringan tu, so CCL rasa sayang pula nak guna buat minum hari-hari takut terjatuh.. Jadi CCL dah dapat idea dalam kepala mug ni nanti nak jadikan barang dekorasi saja. Letak bunga hiasan kecil dalam tu, susun dekat mana-mana sudut rumah yang bersesuaian. Confirm nampak cantik dan aesthetic ..
Terima kasih banyak atas pemberian mug comel ni. Cantik sangat… CCL memang suka!..Seronok bila ada kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tak kisah besar atau kecil hadiah tu, yang penting ingatan..
Assalamualaikum dan hai semua
Throwback Birthday 2025 : Dapat 2-Tier Plastic Drawer Organizer CCL nak throwback balik cerita tahun lepas… time birthday CCL November 2025 yang lalu , banyak benda yang masih belum sempat dikongsi dalam blog untuk kenangan akan datang. So, jomlahhh CCL throwback semula!
Salah satunya hadiah yang CCL dapat dari kawan adalah 2-tier plastic drawer organizer. Suka sangat! .. CCL dah letak atas meja, bersama-sama dengan makeup drawer organizer yang lain. Drawer ni ada dua tingkat, sangat comel dan praktikal.CCL dah isikan dengan getah pengikat rambut dan juga koleksi lipstik. Senang sangat nak susun dan cari bila perlu. Memang berguna dan meja makeup pun nampak kemas tersusun ..
Terima kasih pada si pemberi . Semoga murah rezeki selalu . .
Assalamualaikum dan hai semua
Walaupun Tak Dapat Grand Prize, Rezeki Tetap Ada
Alhamdulillah… tahun ni walaupun CCL tak dapat bawa balik grand prize masa annual dinner hari tu, tapi rezeki tetap ada. Dapat juga bawa balik dua hadiah kuali pengukus dan set cawan termos. Syukur sangat, daripada tak dapat apa-apa kan..Untuk doorgift pula, pihak company memang dah sediakan yang hadir malam tu dapat satu set cawan termos. So memang semua balik dengan hadiah, tak ada yang tangan kosong.
Sesi cabutan bertuah pusingan pertama, semua staff dapat hadiah juga. Bezanya cuma jenis hadiah majoritinya barangan elektrik. Malam tu rezeki CCL dapat kuali pengukus Swiss Thomas 32cm. Alhamdulillah… memang hadiah yang berguna di dapur nanti..Pusingan kedua untuk grand prize pula, bukan rezeki CCL tahun ni. Tak apa, mungkin tahun depan pula insyaAllah.
Dan yang paling buat CCL senyum setiap tahun… award “Zero Clinic & Zero MC” ..Tahun ni dapat pegang lagi sijil award ni, siap dengan wang tunai sekali. Award ni diberi kepada staff yang tak pernah ambil MC dan tak pernah ke klinik panel sepanjang tahun 2025. Bukan bermaksud CCL tak pernah sakit demam, sakit-sakit tu ada juga. Cuma ambil ubat di farmasi saja. Kalau betul-betul teruk, buat check-up dekat klinik berhampiran rumah.
Apa pun, Alhamdulillah rezeki tahun ni..Moga tahun depan ada rezeki lagi, mungkin dengan hadiah yang lebih besar pula… siapa tahu kan..
Assalamualaikum dan hai semua
Sepasang Telekung Siti Khadijah Hari ni CCL nak share satu berita gembira… CCL dapat hadiah kecemasan dari blogger Kak Notie! Hehe..sebenarnya ini hadiah khas daripada giveaway yang Kak Notie anjurkan hari tu .. Giveaway tu konsep dia siapa cepat, dia dapat. Haaa gituu… dan yang menariknya, CCL adalah peserta paling terakhir join yang terkeluar dari landasan .. sebab apa terkeluar landasan .. Kak Notie hanya cari 10 peserta sahaja .CCL peserta yang ke-11 .. Alhamdulillah rezeki masih ada sebab Kak Notie sudi terima penyertaan CCL. Terima kasih banyak ya Kak Notie..
Dah banyak hari parcel ni dah selamat sampai, cuma CCL baru sempat keluarkan entri hari ni. Bila buka bungkusan tu… masyaAllah, sepasang telekung Siti Khadijah warna putih terselit lace yang cantik di setiap hujung. Simple tapi tetap nampak eksklusif. Tak sarat corak, minimalist dan kemas ..memang kena sangat dengan citarasa CCL.
Lepas ni bolehlah CCL pakai telekung pemberian Kak Notie setiap kali solat. InsyaAllah, semoga doa-doa yang dipanjatkan dalam telekung ini turut mengalir pahala untuk Kak Notie juga.
Eh Kak Notie, ada anjurkan Giveaway Saham Akhirat 2.0 .. siapa cepat dia dapat ..so uguyss pergi join cepat .. yang belum pernah singgah ke ruangan blog kak Notie . Boleh laa singgah https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/
Sekali lagi, terima kasih Kak Notie atas hadiah istimewa ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade Bulan lepas CCL sempat join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu. Alhamdulillah, rezeki berpihak kat CCL sebab berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Hehe.. Hadiah pun dah selamat sampai hujung bulan lepas lagi, tapi biasalah kan... CCL asyik tak sempat nak update. So hari ni baru ada masa nak share kat sini.
Apa yang CCL dapat? Jeng jeng jeng!
👉 Cup crochet
👉 Cup coaster
👉 Keychain aiskrim
CCL share sikit gambar hadiah ni nanti kat bawah ya, kasi korang cuci mata sekali. Hehe
Mummy Ayu hadiahkan hasil tangan ibu beliau sendiri iaitu cup crochet, cup coaster & keychain aiskrim. Serius comel gila! Anyaman kemas, warna pun sweet sangat – gabungan pink peach dengan hijau, memang kena dengan jiwa girly.Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Memang boleh guna dan dalam masa sama jadi kenangan manis sebab hasil crochet handmade, bukan senang nak dapat tau ..
Yang bestnya, bila pegang tu rasa lain macam sebab kita tahu ianya handmade, penuh dengan hasil seni & kesabaran. Memang nampak jelas betapa telitinya kerja tangan ibu Mummy Ayu. Boleh bayang betapa sabarnya nak kait satu-satu sampai jadi cantik macam ni..
Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Boleh guna untuk letak cawan, boleh jugak jadi hiasan meja. Keychain aiskrim tu pula boleh CCL gantung pada beg telekung .
Kalau korang nak kenal dengan Mummy Ayu, jangan lupa singgah blog Mummy Ayu Banyak cerita menarik, perkongsian santai,
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rezeki Blogwalking: Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok Hari ni CCL ada masa free sikit, sempat laa curi-curi blogwalking ke beberapa blog rakan blogger. Tengah syok berjalan tu, ternampak satu entri 'Top Commentators Bulan Ogos 2025' di blog Blogger Bola Katok . .Setahu CCL, blogger Bola Katok ni baru je letak widget Top Commentators di sidebar blog beliau. Tak sangka pula bulan ni CCL terpilih sebagai salah seorang Top Commentators Ogos. Alhamdulillah, rezeki CCL boom blogwalking dan rajin tinggalkan komen berbaloi juga ..

Sebagai tanda penghargaan, Blogger Bola Katok siap buat ‘Wall of Fame’ widget khas di sidebar blog beliau. Widget tu akan paparkan entri terkini blog Cik Cappuccino Latte berserta gambar profile kecil di bahagian bawah kiri. Menarik kan? Rasa macam ada spot khas di blog orang..Terima kasih juga kepada Blogger Bola Katok sebab sudi letakkan blog CCL di sidebar beliau. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya besar maknanya untuk seorang blogger. Sekurang-kurangnya, dapat tambah trafik, backlink dan eratkan lagi hubungan sesama blogger lain serta dapat kenal ramai blogger lain dan bina komuniti kecil yang saling support.
So uguys , kalau ada masa free, jangan lupa blogwalking Blog BolaKatok. .rezeki datang dalam bentuk kecil macam ni dapat ‘Wall of Fame’ percuma ..
Terima kasih sekali lagi untuk Blogger Bola Katok atas penghargaan ni. Semoga lebih ramai blogger Malaysia terus aktif berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu dalam dunia blog.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima Parcel Dari Blogger Mummy Ayu & Blogger Kak Notie Balik kerja hari ni, terus masuk bilik nak rehat sekejap. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan… rasa lega sangat bila dapat tenangkan fikiran selepas sehari suntuk kerja. Tengah rehat tu, mata CCL tiba-tiba tertumpu pada dua parcel atas meja.
Parcel pertama datang daripada blogger Mummy Ayu (MA). Sebenarnya parcel ni dah sampai hujung bulan lepas. CCL dah buka isi dalamnya, tapi belum sempat lagi nak update entri khas. InsyaAllah akan ada satu posting khas unboxing hadiah Mummy Ayu nanti.
Parcel kedua pula baru sampai dua hari lepas, dari blogger Kak Notie. Memang tak sabar nak buka sebab dah tahu isinya adalah sepasang telekung. Cuma belum sempat unboxing lagi. Rasa macam kejap lagi nak buka, nak tengok telekung warna apa, corak macam mana. CCL yakin mesti cantik,
CCL nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Mummy Ayu & Kak Notie sebab memilih CCL sebagai salah seorang pemenang giveaway. Rezeki kecil macam ni besar maknanya, bukan saja sebab hadiah tapi lebih kepada ukhuwah & semangat support sesama blogger.
InsyaAllah dalam entri seterusnya, CCL akan kongsikan review hadiah parcel blogger ni dengan lebih detail. Stay tuned yaa!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway Saham Akhirat Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Pagi kelmarin ni CCL sempat join giveaway saham akhirat yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu Giveaway dari Kak Notie.. Menariknya, giveaway kali ni bukan macam biasa yer, konsep dia lebih kepada siapa cepat dia dapat. Maksudnya, kalau cepat join, peluang nak rebut hadiah tu lebih cerah.
Sebenarnya CCL pun join last minute. Nampak info GA saham akhirat ni melalui blogger SA. Bila baca syarat, nampak simple je, terus cuba nasib. Walaupun kak Notie umumkan nak cari 10 orang pemenang je, tapi rezeki tu tak pernah salah alamat kan. Hehe… CCL yang ke-11 pun tetap dapat hadiah tambahan juga. Rasa macam bonus, tak sangka nama sendiri tersenarai sekali walaupun dah kira ‘terlebih kuota’. Memang betul orang kata, kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana.
Pengalaman pertama join GA “siapa cepat, dia dapat” Selalunya bila join giveaway, kita akan tunggu cabutan bertuah atau undian. Tapi kali ni lain sikit sebab konsepnya “first come first serve”. Ini juga kali pertama CCL sertai giveaway jenis macam ni. Seronok sebab ada kelainan, lagi-lagi bila rezeki berpihak pada kita.
Walaupun join di saat akhir, syukur alhamdulillah CCL terpilih juga sebagai salah seorang pemenang. Rezeki ni memang tak dijangka. Terima kasih pada kak Notie anjurkan giveaway saham akhirat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Souviner Kerongsang Dari Sabah Baru-baru ni CCL dapat satu kerongsang cantik dari abah Rania sebagai buah tangan dari Sabah. Serius memang cantik, .. sebab kerongsang tu lain daripada yang biasa. Kalau tengok, kerongsang dari Sabah ni lain auranya. Batu kilauannya tak terlalu sarat, tapi cukup menyerlah. Walaupun kecil, tetap nampak eksklusif dan boleh dipakai untuk apa saja ..
Satu set kerongsang cantik berbentuk bunga dengan batu berkilat dan mutiara warna-warni. Memang nampak simple, tapi bila pakai terus rasa elegan. Lagi best sebab boleh mix & match dengan pelbagai warna tudung ada mutiara putih, hitam dan pink lembut.
Selain kerongsang, Sabah memang terkenal dengan mutiara, so tak peliklah bila cenderahati dari sana banyak yang berasaskan mutiara sama ada gelang, rantai, subang ataupun kerongsang
Alhamdulillah, syukur atas ingatan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mangkuk Seramik Bunga Tulip Mangkuk seramik tiga beradik bercorak bunga tulip ni pemberian dari rakan blogger iaitu akak Suria Amanda (Blogger SA) . CCL terpilih untuk menjadi top Commentators blog akak SA untuk bulan Mac . So akak SA hadiah kan set mangkuk 3 beradik nih .
Mangkuk kaca seramik . Ada tiga saiz, saiz kecil , sederhana dan besar macam yang tertera dalam gambar . Corak bunga tulip yang simple ni menjadikan mangkuk seramik nampak cantik dan minimalist . CCL suka sangat . Mangkuk ni juga sesuai juga untuk doorgift sebab dia datang sekali dengan kotak khas yang cantik .
Mangkuk seramik bunga tulip ni ada penutup juga tau . So lagi memudahkan uguys untuk simpan apa-apa makanan .
Kepada blogger SA terima kasih hadiahkan CCL set mangkuk seramik bunga tulip ni . Semoga akak SA sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang berterusan serta diberikan kesihatan yang sihat sejahtera .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiah Birthday 2024 | Tumbler Labubu Dari Farah Sedikit lagi rentetan hadiah birthday CCL november 2024 ..lama kan ..haaaa bila nak clear album galeri baru teringat hadiah ni belum kongsi lagi dalam blog . Sengaja kongsikan dekat sini sebagai kenangan dan tanda terima kasih .
CCL dapat tumbler kartun Labubu . Comel ..tumbler pun besar juga . Printed pada tumbler ni pun sangat berkualiti . CCL pun dah guna tumbler ni nawa pergi opis . Letak air sejuk memang tahan juga sejuknya ..Lepas ni boleh la tukar-tukar tumbler bawa pergi opis .
Terima kasih Farah atas hadiah ini . Semoga murah rezeki selalu ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024 Dah menghampiri penghujung bulan Januari 2025 ya. Dalam kekalutan bekerja CCL baru teringat ada benda yang belum selesai untuk pemenang top Commentators bulan September dan November 2024 iaitu blogger dari seberang negara Indonesia Fanny_Dcatqueen .
Disebabkan beliau dah dua kali dapat top commentator, so proses pengeposan hadiah dari CCL sebagai tanda penghargaan dan persahabatan tidak dapat dijalankan memandangkan beliau jauh di Indonesia . So sebagai gantian CCL dah janji akan review blog beliau .
Blogger Fanny Dcatqueen
Seorang blogger peramah yang berasal dari Indonesia . Hadir dengan tagline blog 'because travelling is not just a passion, it is a life need' . Melancong ni sebenarnya lebih daripada sekadar uguys menerokai tempat baru tetapi kelebihannya menjadikan uguys lebih berfikiran terbuka terhadap budaya luar serta pengalaman yang baharu . Begitu juga la kalau uguys kali pertama jejak ke ruangan blog Fanny . Pelbagai moment-moment manis yang dia catatkan di ruangan blog .
Untuk uguys yang kaki travel, boleh la terjah entri-entri yang menarik yang ada dalam blog Fanny, semuanya penuh berinformasi. Selain tempat pelancongan , blogger fanny juga selalu share tempat-tempat makan yang menarik di setiap tempat yang beliau pergi dan juga pengalaman-pengalaman beliau ketika pergi bercuti ..
Bagi CCL blog Fanny memang penuh berinformasi . Walaupun belum ada rezeki nak travel jauh-jauh di luar negara . Bila baca blog Fanny ni dapat juga tahu serba sedikit gambaran di luar negara .
Korang yang belum pernah masuk ke ruangan blog Fanny , jemput laa ke Fanny_Dcatqueen .
So untuk blogger Fanny terima kasih CCL ucapkan kerana tanpa jemu untuk singgah ke ruangan blog CCL . InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti kita jumpa .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dapat Daily Planner Book 2025
Tahun ni company bagi planner book kepada semua staff , so CCL tak perlu nak beli planner untuk tahun ni . Hujung tahun hari tu ada juga tengok-tengok planner yang sesuai di Shopee . Masih dalam tinjauan tak sempat nak checkout troli Shopee lagi masuk kerja hari tu dapat planner putih ni . Cantik . Ada dua warna hitam dan putih, CCL dapat warna putih .So kena penjagaan rapi la .
Cover buku planner ni sangat tebal, material pun cantik .
Helaian pertama . Management Diary 2025
Helaian kedua you guys boleh la isi serba sedikit detail dalam buku planner ni . In case kalau tertinggal di mana-mana , orang yang jumpa buku planner boleh la contact you guys .
Helaian seterusnya ada kalender rujukan bermula dari tahun 2024- 2026
World Air Distances
World times
Rujukan untuk cuti umum
International direct dialling
Year planner
Advance year planner
Dan bermula helaian yang you guys boleh catat segala nota-nota .
Bestnya ada buku planner ni setiap helaian mengikut tarikh . So ada ruang yang banyak untuk you guys boleh catatkan apa yang perlu . Sebab tu buku planner ni tebal ..
You guys ada buku planner tak ? Yang bekerja mesti laa ada kan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiah Birthday 2024 : Handbag David Jones Dari Kaklong Aya Sambungan kepada hadiah-hadiah yang CCL terima bulan November hari tu . Baru sempat siapkan entri blog . Kekangan masa dengan kerja ujung-ujung bulan ni . Sebenarnya ada beberapa lagi entri yang akan menyusul perkongsian hadiah yang CCL terima . Sengaja taknak letakkan semua hadiah dalam satu entri .
So next hadiah yang CCL terima dari Kakak CCL . Salah seorang penguat semangat CCL tatkala CCL down . Dia sentiasa ada
Handbag David Jones . Sumpah fall in love dengan material handbag ni . Warna putih pulak memang sesuai la nak matching-matching dengan banyak baju . Pandai kaklong pilih kena dengan citarasa CCL . Handbag pun kecil comel macam ni memang sangat sesuai CCL gayakan . Rasa sayang nak guna, tapi kena guna juga pemberian orang kan ..
Terima kasih Kaklong .