Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menang Komen Teratas April Dalam Blog Pesona Etuza Dah seminggu CCL off daripada blogwalking.. Semalam baru mula balik cari mood .. Bukan tu je, CCL ambil masa untuk baca dan approve komen-komen yang rakan blogger tinggalkan di ruangan komen..
Tengah scroll tu, terbaca satu komen daripada blogger Pesona Etuza yang bagitahu CCL berjaya jadi juara komen teratas dalam blog beliau. Siap minta hantar details lagi ..
Alhamdulillah… rezeki menang top komen dalam blog Pesona Etuza. Boleh baca juga entri pengumuman di Perlukah Komenter Dalam Blog Walaupun baru nak masuk penghujung April, tapi blogger Etuza dah umumkan pemenang. Hehe, cepat betul kan ..
Apa-apa pun, syukur sangat. Rezeki tak salah alamat
Untuk yang belum pernah singgah ke blog Pesona Etuza, jomlah pergi jenguk-jenguk. Banyak perkongsian menarik di sana..
Assalamualaikum dan hai semua
Memang Top Komen Mac 2026 di Blog Suria Amanda Pagi tadi sempat join sesi terjah boom komen di blog Bola Katok. Lepas tu sebelah petang, CCL singgah pula ke blog akak Suria Amanda (SA)..Awal bulan hari tu, CCL ada terima email dari SA… dan Alhamdulillah, CCL terpilih sebagai Top Komen untuk bulan Mac di blog beliau, boleh baca entri SA di Pengumuman Pemenang Top Komentator March 2026.. Tak sangka juga sebenarnya, sebab jumlah komen yang CCL drop dalam blog SA mencecah 208 komen. Banyak tu weh! ..
Tapi kalau fikir balik, memang CCL tengah “boom komen” dua bulan berturut-turut sebab lama tak sempat blogwalking. Bila dah mula, memang all out la jawabnya. Mujur tak ada limit komen, kalau tak… memang kena tahan diri sikit kan ..
Hadiah dari SA pun dah selamat sampai. Apa yang CCL dapat? Haa… yang tu CCL simpan dulu ..Nanti CCL share dalam entri seterusnya ya. Sabar sikit uguys!
Untuk yang belum pernah singgah ke blog akak SA, memang sangat rugi kalau tak ziarah. Setiap hari ada je cerita menarik yang SA kongsi kan , daripada rutin harian, bekal ke tempat kerja, kisah di tempat kerja, cerita tentang Dania, cerita karenah PZ ..sampai ke telatah si Brown si kucing comel tu..Kadang tu CCL rasa kalau tertinggal satu entri, macam ada something yang tak lengkap tau
So, kepada uguys yang belum kenal blog SA jemputlah singgah..Kalau rajin, drop la komen banyak-banyak… mana tahu rezeki bulan depan, nama uguys pula jadi Top Komen
Assalamualaikum dan hai semua
Menang Top Komen Mac 2026 di Blog Bola Katok | Wall Of Frame Selama Sebulan Lepas raya ni… mood nak boom blogwalking tu masih lagi sendu tau ..Entri kat blog CCL pun sama naik ..sat ada, sat hilang. Tapi biasalah, bila mood datang… memang habis satu “kampung” blog CCL serbu, uguys jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak nama CCL merata ya ..
Pagi tadi, memandangkan ada masa terluang sikit… CCL pun mulakan misi blogwalking. Untuk sesi pagi ni, CCL pilih nak ziarah ke blog Bola Katok (BK). Sambil baca satu per satu entri, tiba-tiba ternampak pengumuman Top Komen Bulan Mac 2026 Blog Bola Katok… eh ehhh, sekali nama CCL pula terpampang sebagai juara!..
Serius cakap, rasa happy tu memang lain macam. Blog sendu macam CCL ni pun boleh tersenarai… siap dapat Wall of Fame lagi! Blog CCL akan terpampang di sidebar blog BK selama sebulan. Eh, of course laa seronok… bukan senang nak “menumpang popular” kat blog orang lain kan ..
Teringat pula, bulan Ogos tahun lepas pun pernah juga masuk Wall of Fame. Boleh baca entri Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok..Tahun ni, bulan April dapat lagi..
Untuk uguys yang belum singgah blog BK, memang rugi tau! Blog dia penuh dengan koleksi menarik, sampul raya, sticker, macam-macam lagi. Memang sesuai sangat untuk cuci mata..cepat-cepatlah terjah yaaaa ..
Assalamualaikum dan hai semua
Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
Petang kelmarin balik rumah lepas settle sikit urusan luar, terus nampak satu parcel hitam atas nama CCL atas meja. Sekali tengok, “Aha!.. ni mesti parcel dari Kak Cie!” Sebab sebelum tu Kak Cie dah hantar tracking number. Alhamdulillah, cuma dua hari je parcel selamat sampai tangan CCL.. Hadiah ni Kak Cie bagi sebab contest screenshot Pageview blog dia CCL berjaya screenshot tepat 2 juta Pageview. Boleh baca dalam entri Berjaya screenshot Terpantas Pageview 2Juta Blog Kak Cie Memang rasa excited habis! kann ..
Bila bukak parcel… ta-daa! Tumbler cantik, 1000ml! Memang cantik sangat printed tumbler nii, sebab CCL belum ada koleksi Modofo lagoi.. ini satu-satunya.. so bertambah lagi koleksi tumbler CCL atas rak ..
Tumbler Cantik Dari Brand Modofo
Besar gila: 1000ml, cukup untuk isi air panas atau sejuk, boleh tahan sepanjang hari.
Cantik: Design bunga-bunga printed, background putih… memang menawan.
Praktikal: Ada pemegang, tempat sedut boleh buka-tutup, paling penting tak bocor.
Bahan: Stainless steel, anti-slip… boleh jaga suhu minuman, tak kisah panas ke sejuk ke.
Memang sesuai untuk bawak ke mana-mana, travel ke office, atau lepak santai kat rumah.
Rasa seronoknya bukan sebab tumbler je… tapi sebab hadiah ni datang dengan doa dan penghargaan dari Kak Cie. Terima kasih banyak-banyak Kak Cie atas hadiah ini ! Suka sangat tauuu.. Semoga murah rezeki selalu. Aamiin.
Assalamualaikum dan hai semua
Berjaya Screenshot Terpantas 2 Juta Pageview Blog Cie Beberapa hari lepas, masa tengah mood blogwalking ke blog Cie, terbaca satu entri yang buat CCL terus alert.. Kak Cie anjurkan contest sempena screenshot Pageview blog beliau yang ke 2 juta. Siapa paling terpantas screenshot angka 2,000,000 tu, boleh claim hadiah daripada Kak Cie.
Sebelum-sebelum ni memang ada juga blogger lain buat contest macam ni. Tapi CCL tak pernah berkesempatan nak dapat screenshot dengan angka yang tepat. Selalu terlepas… sama ada awal sangat atau lambat sangat . . Sejujurnya bila nampak Kak Cie buat contest ni, memang CCL teringin nak join. Nak rasa sendiri pengalaman menang screenshot pageview. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya bukan senang tau.
Pagi tu sambil blogwalking, CCL terpandang pageview Kak Cie dah tinggal beberapa angka je lagi nak cukupkan 2 juta. Apa lagi… CCL tungguuuu… refresh… tunggu lagi… sambil baca entri dalam blog Kak Cie..Alhamdulillah , rezeki CCL hari tu, berjaya screenshot dengan angka yang tepat! ..Seronok memang seronok… tapi tak boleh happy sangat dulu. Yelah, mana tahu ada yang lebih awal screenshot kan?
Lepas je berjaya tangkap gambar, CCL terus cepat-cepat WhatsApp Kak Cie. Cuba nasib… kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada pun tak apa, yang penting CCL sempat rasa moment tu.
Tak lama lepas tu Kak Cie reply… ucap tahniah dan terus minta details CCL. Masa tu memang bertambah happy! Alhamdulillah, bermakna CCL antara pemenang contest tersebut..Kak Cie ada umumkan dua pemenang CCL dan juga blogger NA menerusi entri ni . Blogger NA ni bukan asing lagi, memang selalu menang contest screenshot. Boleh panggil queen of screenshot pageview lah .heheh
Apa pun, entri santai je kali ni. Saja nak simpan kenangan manis dalam dunia blogging CCL..Terima kasih Kak Cie atas contest yang best ni..Rezeki jangan pernah sangka
Assalamualaikum dan hai semua
Throwback Hadiah Birthday 2025 : Dapat Mug Comel Tengah belek-belek gambar dalam galeri telefon, konon CCL nak kosongkan storage sikit… sekali jumpa pulak gambar hadiah birthday November tahun lepas yang CCL belum sempat kongsikan..
Sempena birthday CCL, dapat hadiah mug comel yang sangat comel.. Mug ni jenis berat dan tebal. Bila pegang rasa solid sangat, bukan jenis ringan-ringan tu, so CCL rasa sayang pula nak guna buat minum hari-hari takut terjatuh.. Jadi CCL dah dapat idea dalam kepala mug ni nanti nak jadikan barang dekorasi saja. Letak bunga hiasan kecil dalam tu, susun dekat mana-mana sudut rumah yang bersesuaian. Confirm nampak cantik dan aesthetic ..
Terima kasih banyak atas pemberian mug comel ni. Cantik sangat… CCL memang suka!..Seronok bila ada kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tak kisah besar atau kecil hadiah tu, yang penting ingatan..