Assalamualaikum dan hai semua
11 April 2026 | Hari Parkinson Sedunia Setiap kali tiba 11 April, ramai antara kita mungkin tak sedar bahawa dunia sedang menyambut Hari Parkinson Sedunia. Bukan hari besar yang meriah dengan perayaan, tetapi cukup bermakna untuk kita berhenti sejenak dan ambil tahu tentang satu penyakit yang memberi kesan besar kepada kehidupan ramai orang.
Parkinson bukan sekadar “tangan menggeletar” seperti yang selalu kita dengar. Ia sebenarnya sejenis penyakit degeneratif yang melibatkan sistem saraf, di mana pengeluaran dopamin dalam otak semakin berkurang. Dopamin ni penting tau , dialah yang bantu kita kawal pergerakan badan dengan lancar. Bila ia berkurang, pergerakan jadi perlahan, kaku, dan kadang-kadang sukar dikawal.
Selalunya Parkinson dikaitkan dengan golongan warga emas, tapi hakikatnya sesiapa saja boleh terkesan. Apa yang lebih penting, penyakit ni bukan saja beri kesan fizikal, tapi juga emosi dan mental.. bukan mudah untuk pesakit melalui hari-hari mereka.
Kadang-kadang kita tak perasan pun, orang sekeliling kita mungkin sedang berjuang dengan Parkinson. Jadi, sedikit empati, sokongan, dan kefahaman daripada kita sebenarnya sangat bermakna untuk mereka.
Sempena Hari Parkinson Sedunia ni, jom kita sama-sama sebarkan kesedaran, dengan berkongsi info, memahami keadaan mereka, dan tidak memandang ringan penyakit ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan jika ada dalam kalangan kita yang diuji dengan Parkinson, semoga terus kuat dan dikelilingi sokongan yang baik ..
Selamat Menyambut Hari Parkinson Sedunia!


6 Comments
Selamat hari parkinson sedunia!
BalasPadamWalaupun Cuya takde parkinson, tapi kadang2 Cuya ada juga menggeletar sebab badan tak cukup kalsium. Keadaan Cuya sampai pernah kena tegur dgn sorg kenalan tu. Kadang annoying juga org sibuk pasal keadaan badan kita tapi nak buat cane benda tkleh nak sorok. Sedangkan Cuya yg tkde Parkinson pon orang menyibuk, apalagi org yg ada penyakit ni.
Harap orang keliling perlu ada common sense jgn sampai melukakan hati.
Teringat masa sekolah dulu senior Cie ada penyakit parkinson. Umur dia masa tu 17 tahun.
BalasPadamterima kasih info yg diberikan
BalasPadamJarang nampak orang up sakit parkinson ni, dah berkurang ke macam mana??
BalasPadamThanks for sharing...
BalasPadamBaru tahu hari Parkinson sedunia 11 April. Selama ini memang tak aware ada hari2 begini.
BalasPadamSaya jadi ingin tahu lebih dalam ttg penyakit Parkinson ini
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan