Selesai Pos Hadiah Untuk Juara Ruang Komen Bulan Ogos, September & Oktober

 Assalamualaikum dan hai semua 

Selesai Pos Hadiah Untuk Juara Ruang Komen Bulan Ogos, September & Oktober Alhamdulillah, selesai sudah urusan penghantaran hadiah untuk 3 orang rakan blogger yang berjaya menduduki carta juara komen di blog CCL bagi bulan Ogos, September dan Oktober.. First sekali, CCL nak minta maaf sebab agak lambat poskan hadiah. Ada beberapa urusan yang tak dapat dielakkan sebelum ni. Bila dah selesai urusan mendapatkan detail para pemenang, CCL pula pening kepala memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan. Haa, bukan apa, nak juga bagi sesuatu yang boleh digunakan dan mudah-mudahan penerima suka.. Semalam akhirnya semua dah settle. Hadiah pun dah selamat diposkan..



Untuk hadiah kali ni, ada yang CCL berikan set penjagaan badan daripada Bodibreeze, ada yang dapat mandian Aura 7 Bunga dan seorang lagi menerima tudung bawal daripada Vanilla Scarves.

Hadiah taklah semahal mana, sekadar tanda penghargaan kecil daripada CCL buat rakan-rakan blogger yang rajin singgah di blog CCL. Terima kasih sebab sudi memeriahkan ruangan komen di sini..

Doakan semoga CCL dimurahkan rezeki, dipanjangkan peluang untuk terus berkongsi dan dapat memberikan lebih banyak hadiah kepada rakan-rakan blogger yang lain..

Eh, bulan ni sebenarnya  birthday CCL .. rasa macam teringin pula nak buat giveaway sempena birthday sendiri. Hahaha.. Agak-agak ada yang nak join tak kalau CCL buat giveaway nanti? Kalau ramai yang berminat, bolehlah CCL fikirkan sesuatu yang menarik..

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi buat semua yang sentiasa support blog CCL .. 


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan