Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & Kerabu

Assalamualaikum dan hai semua!

Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & Kerabu Kembali lagi dengan entri bekal apa hari ni..Untuk bekal hari ni, CCL sediakan dua menu.. Satu untuk makan petang, satu lagi untuk makan malam. Maklumlah, kalau dah masuk kerja dan kena tunggu sampai malam, memang eloklah sediakan bekal siap-siap. Tak adalah nanti bila perut dah lapar baru tercari-cari nak makan apa. 


bekal apa hari ni, menu simple untuk bekal, ikan masak cuka, pasta goreng, kerabu taugeh pegaga, menu bekal ke tempat kerja, buah jambu

Untuk menu petang, CCL bawa pasta goreng sebagai alas perut..CCL sempat juga goreng beberapa batang crabstick. Makan pula dengan sos Thai.. Simple sahaja kudapan petang CCL kan .. Untuk makan malam pulak, CCL bawa nasi putih bersama ikan masak cuka dan kerabu taugeh campur pegaga.. Kalau bekal semalam semuanya hasil air tangan mak CCL, hari ni bertukar giliran pulak. Menu kali ni hasil air tangan CCL sendiri.. Dah selesai makan menu utama, CCL bawa buah jambu untuk pencuci mulut. Sekurang-kurangnya ada juga buah untuk dijadikan pelengkap bekal hari ni.

Begitulah menu bekal CCL untuk hari ni..


8 Comments

  1. Paling berkenan kerabu tauge tu CCL, favorite!

    BalasPadam
  2. BW sini. Banyak bekal sampai malam ya? Syabas sebab rajin

    BalasPadam
  3. huh... lama sungguh tak makan ikan masak cuka

    BalasPadam
  4. Ikan masak cuka tu, sedapnya

    BalasPadam
  5. Lama tak makan jambu tu. Susah nak jumpa. Sedapnya ikan masak cuka.

    BalasPadam
  6. tudiaa..siap ada kerabu tauge...meriah ye bekal kali ni...

    BalasPadam
  7. Kerabu saya sukaaaa... Crab stick itu pun menggoda juga, apalagi cicah pakai apa Thai 😍😍

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan