Assalamualaikum dan hai semua
Kali Kedua Menang Capture Screenshot 3Juta Pageview Blog Kak Cie
Beberapa hari yang lepas, masa CCL tengah blogwalking entri blogger-blogger, CCL singgah blog kak Cie.. macam biasa kadang tu CCL drop komen secara pukal bukan untuk blog Kak Cie sahaja tau, blog rakan blogger yang mana CCL sempat terjah CCL akan tinggalkan komen .. so CCL dapat tahu Kak Cie adakan contest capture 3juta Pageview dalam blog beliau ..
Sebelum ni semasa kak Cie adakan contest capture 2juta Pageview alhamdulillah CCL ada rezeki untuk menang , dan buat kali kedua CCL menang untuk capture 3juta.
Malam tu mata tertidur awal, bila dah tertidur awal, terjaga pulak jam masa tu dah 2.30pagi , bila dah terjaga susah nak pejam, so nak tengok movie macam tak ada mood, so CCL jejalan laa blog kawan-kawan..Masa masuk blog kak Cie, teringat nak tengok Pageview tu lagi beberapa ratus nak cukup 3juta .. tunggu dan tunggu alhamdulillah dapat juga capture ..masa tu jam dah hampir 4pagi haaa . lepas capture, CCL terus wassap kak Cie untuk mencuba nasib .. sebab angka yang CCL capture tu bukanlah tepat-tepat 3K ..terlebih 8 pulak kan ..lewat petang barulah kak Cie bagi keputusan tahniah .. ada dua pemenang tau ..nak tahu siapa lagi sorang pemenang boleh baca dekat blog kak Cie 'Pemenang Contest Screenshot 3 Juta Pageview! Tahniah Kepada Pemenang'
Alhamdulillah, seronok sebab nak capture Pageview yang kita nak kan ni bukan satu benda yang mudahkan .. apa pun terima kasih kak Cie adakan contest macam ni ..


0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan