Assalamualaikum dan hai semua
Bahan-bahan tauhu sumbat crispy
Cara membuat tauhu sumbat Crispy versi Khairul Aming
- potong tauhu menjadi segi tiga . Gaulkan tepung beras dan tepung bestari dengan sedikit garam dan secawan air . Rendam tauhu ke dalam air bancuhan tepung tersebut .
- Untuk sos, kisarkan bawang putih, cili kisar, sos thai , tepung jagung dengan 3 cawan air . Kisar sehingga halus . Masak sehingga sos tersebut nampak pekat . Boleh masukkan garam & gula ..
- Goreng tauhu. Renjiskan air tepung supaya tauhu kelihatan lebih rangup . Biarkan dauhu sedikit sejuk boleh hiriskan sedikit tauhu
- lobak merah, sengkuang dan timun disagat .. gaul semua bersama taugeh . Bahan tersebut kemudiannya disumbat ke dalam tauhu goreng tadi ..
Siap dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
Bahan untuk siakap stim bersantan
Cara penyediaan siakap stim bersantan versi Khairul Aming
- Kelar ikan siakap di bahagian perut ikan, sumbatkan dua batang serai , halia dan daun limau purut . Kelar pada bahagian badan ikan,lalu kukus selama 15minit mengikut saiz ikan .
- Campurkan hirisan lengkuas, halia,serai, bawang putih, cili serta masukkan juga akar ketumbar dan daun limau purut
- Masukkan satu kotak santan beserta air .. masak sehingga sedikit mendidih
- Tambah gula dan garam . Masukkan satu sudu sos ikan , serta tambahkan air lebihan kukusan ikan siakap tadi ..
- Tuangkan kuah yang siap dimasak ke atas ikan , letakkan sos thai cili dan perahan limau nipis
Sedia dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
Aiskrim Goreng | Khairul Aming
Bahan-bahan aiskrim goreng
Cara membuat aiskrim goreng versi Khairul Aming
- Sediakan beberapa keping roti gardenia putih, letakkan aiskrim di atas roti
- Tutup aiskirm dengan sekeping lagi roti, tekan-tekan di sekeliling roti . Gunakan gelas untuk potong bahagian roti yang ada aiskrim di dalamnya .
- Bekukan roti aiskrim selama 2-3 jam . Goreng dalam minyak panas selama 10 saat sahaja ..
Siap dipotong dan di makan .
Assalamualaikum dan hai semua
Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
Bahan-bahan Gulai Ayam Padang
Bahan untuk dikisar .
Bahan untuk ditumis
- Masukkan bunga lawang dan buah pelaga serta bahan-bahan yang telah dikisar .
- Masukkan serai, daun salam, daun kunyit gaul rata ..
- Masukkan 2 sudu cili kering dan santan ..gaul sebati dan lalu masukkan ayam .
- Masukkan beberapa helai daun limau purut untuk menaikkan aroma gulai ayam padang sedia untuk dihidangkan.
Assalamualaikum dan hai semua
Pudding Chia | Khairul Aming
Bahan-bahan pudding Chia
- Rendamkan 7 biji kurma
- Kisar kurma bersama susu full cream
- Campurkan kisaran tadi dengan santan dan biji chia, lalu sejukkan semalaman
- Tuang ke dalam gelas kemudian hias dengan aneka topping pilihan masing-masing
Assalamualaikum dan hai semua
Ikan Tenggiri Masak Cuka | Khairul Aming
Bahan-bahan Tenggiri Masak Cuka
Cara membuat Tenggiri Masak Cuka
- Goreng ikan tenggiri
- Tumiskan semua bahan di atas kecuali tomato dan timun . Tumis sehingga sedikit layu . Masukkan sedikit air, cuka, gula dan garam
- Kemudian masukkan tomato dan timun dan juga ikan tenggiri goreng
Sedia dihidangkan
Assalamualaikum dan hai semua
Doughnuts Ball | Khairul Aming
Bahan-bahan untuk doughnuts Ball
- 1 ¼ cawan air suam
- ⅓ cawan susu pekat
- 1 paket yis
- 1 biji telur
- 3 + ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu margerin
Cara membuat doughnuts Ball
- Sediakan 1 ¼ cawan air suam , masukkan susu pekat dan yis lalu kacaukan ..tunggu lima minit tambahkan telur .gaul sehingga sebati dan ketepikan
- Untuk doh donut, masukkan tepung gandum dengan garam lalu campurkan bahan pertama tadi, uli sambil campurkan sedikit demi sedikit tepung dan masukan marjerin . Biarkan mengembang selama 45minit .
- Potong doh menjadi bebola kecil, tunggu sehingga 10 minit lalu gorengkan hingga keemasan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Honey BBQ Chicken Tender | Khairul Aming
Bahan-bahan Honey BBQ Chicken Tender
- Daging ayam
- Tepung bestari
- 1 sudu serbuk paprika
- 1 sudu serbuk cayenne
- 1 sudu serbuk cili
- 1 sudu serbuk bawang putih
- 1 sudu gula perang
- 1 sudu sos BBQ
- 1/2 sudu madu
- 3 sudu yougart
- 3 sudu mayonis
- Perahan limau nipis
- Lada hitam
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Garam
Cara membuat Honey BBQ Chicken Tender
- Campurkan 1 cawan tepung bestari dengan air lalu salutkan kepada ayam . Salutkan pula ayam dengan tepung bestari kering . Gorengkan .
- Campurkan serbuk paprika, cayenne, serbuk cili, serbuk bawang putih..tambahkan gula perang lalu masukkan minyak yang betul - betul panas gaul sehingga sebati lalu rambahkan sos BBQ dan sedikit madu , boleh salutkan pada ayam yang dah siap digoreng tadi .
- Untuk sos putih pula , masukkan 3 sudu yougart, 3 sudu mayonis .. taburkan sedikit lada hitam dan 2 ulas bawang putih yang dah siap dicincang .. gaul rata
Chiken tender tadi siap boleh dihidangkan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Pisang Sagu Gula Melaka | Khairul Aming
Bahan-bahan puding sagu gula melaka
- 5 biji pisang
- 4 ketul gula melaka
- Sagu
- Garam
- Susu cair
Cara membuat pisang Sagu Gula Melaka versi Khairul Aming
- Pilih dan potong pisang yang dah cukup ranum.
- Masak sagu sehingga kembang dan asingkan ketepi ..
- Hiriskan gula melaka masukan ½ cawan air, lalu masukkan pisang dah siap di potong .
- Tambahkan sedikit garam dan masukkan sagu ..
- Biarkan masakkan tersebut sejuk . Lalu boleh dihidangkan dengan ais dan tambahkan susu cair
Assalamualaikum dan hai semua
Dessert S'mores Dip | Khairul Aming
Bahan-bahan Dessert S'mores Dip
Cara membuat Dessert S'mores Dip versi Khairul Aming
- Sediakan bekas aluminum foil, masukkan beberapa marshmallow, lalu bakar dalam air fryer dengan suhu 200°c selama 3minit .
- Tambahkan beberapa keping coklat bar, bakar semula dengan suhu 140°c selama satu hingga dua minit
- Siap untuk dihidangkan bersama biskut Hup Seng atau biskut Marie
Assalamualaikum dan hai semua
Ayam Peri-Peri | Khairul Aming
Bahan-bahan untuk ayam peri-peri
Cara membuat ayam peri-peri versi Khairul Aming
- Potong lada benggala, bawang merah, bawang putih dan cili .. gaulkan bahan tersebut bersama minyak masak lalu dibakar dalam air fryer dengan suhu 200⁰c selama 20 minit .
- Setelah dibakar bahan tersebut diblend bersama daun ketumbar, masukkan sedikit minyak masak .. garam, gula, serbuk oregano dan masukkan sedikit perahan limau nipis . Blend sehingga semua bahan hancur .
- Taburkan sedikit garam pada ayam ..lalu lumurkan dengan bahan-bahan yang siap dikisar tadi .. jangan masukkan semua sebab baki bahan tadi boleh buat sos .. perap ayam seketika, lalu bakar dalam air fryer dengan suhu 200°c selama 20minit
- Panaskan baki bahan yang dikisar tadi dalam kuali tambahkan sedikit mentega ..
- Ayam yang siap dibakar boleh curahkan sos ke atas ayam dan siap dihidangkan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Dessert Peach Cobbler | Khairul Aming
KA pesan jangan give up mari cuba resepi peach cobbler dia ni ..
Bahan-bahan buah Peach
➡️ Cara: Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan adunan tepung
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 2 sudu kecil baking powder
- Secubit garam
- ⅔ cawan susu segar
- 1 biji telur
- 1 penutup kecil esen vanilla
➡️ Cara: Kacau semua bahan hingga sebati dan licin. Ketepikan.
Cara membuat dessert peach cobbler by Khairul Aming
- Sediakan sudu besar mentega (butter), cairkan sekejap sahaja
- Panaskan oven pada suhu 175°C.
- Tuang butter cair ke dalam loyang (layer pertama). Tuang adunan tepung (layer kedua).
- Susun buah peach di atas adunan (layer terakhir). Tips selepas susun buah peach atas adunan jangan kacau, jangan gaul dan jangan terbalikkan . Biarkan berlapis macam tu sahaja.
- Bakar dalam oven selama 40 minit hingga masak dan keperangan.. Hasilnya bahagian atas rangup keemasan, dalam lembut berjus,
Sedia untuk dihidangkan . Nak lagi sedap boleh makan bersama aiskrim vanilla ..