MOVIE REVIEW : THE LITTLE THINGS


Assalamualaikum dan salam sejahtera



THE LITTLE THINGS , SINOPSIS FILEM THE LITTLE THINGS, FULL MOVIE THE LITTLE THINGS, MOVIE REVIEW , MOVIE



MOVIE REVIEW : THE LITTLE THINGS Sebuah filem pembunuhan bersiri pada tahun 1985 hingga 1990, filem mind blown petugas awam polis dalam dilemma mencari dan menjejaki pembunuh bersiri sebenar.


Ianya bermula pada satu malam, seorang anak gadis telah memandu keseorangan di lebuhraya happy2, dalam pemanduannya itu datang sebuah kereta datang stalk dari belakang, kemudian hon-hon, kemudian memotong ke hadapan, kemudian bila kereta stalker tu jauh 1 km, dia berhenti seketika menanti kereta gadis lalu, selepas kereta gadis tersebut memotong kereta stalker yang berhenti di tengah jalan, selang beberapa saat kereta stalker tadi bergerak laju mengejar kereta gadis tadi. Dalam pemanduan gadis tadi dia sedar bahawa dia dalam bahaya, nyawanya terancam, dia ternampak sebuah petrol pam dan restoran di sebelah kanannya, dia terus masuk ke patrol pam dan berhenti.


Selepas berhenti tanpa memadamkan enjin keretanya, gadis tadi cuba mendapatkan pertolongan orang yang berada di sekeliling tempat itu, dia mengetuk pintu restoran meminta tolong tetapi pintu restoran tutup dan berkenci, dia terus berlari ke pintu yg lain dan mengetuknya tetapi pintu yang diketuknya berkunci tiada respon manusia untuk membukannya, suasana persekitaran nya gelap dalam bangunan tiada lampu terpasang.Di samping itu datang kereta stalker tadi, pemandunya seorang lelaki, dia pergi kereta gadis tadi yang masin enjin nya on dan radio keretanya juga on, lelaki stalker tadi terus matikan enjin dan radio kereta.


Keadaan semakin cemas kerana lelaki stalker sudah menghampiri kawasan persembunyian gadis tadi, gadis tersebut bertekad untuk beredar dari persekitaran luar bangunan tempat dia berlindung lalu masuk ke kawasan semak samun gurun yang berumput, si stalker tadi pun siap dengan peralatan jenayahnya bersarung tangan hitam masuk ke kawasan semak samun, gadis tadi berlari meredah dan terus meredah kawasan semak, si stalker terus mencarinya di kawasan semak, tiba-tiba lalu sebuah lori panjang 12 tayar melalui jalan gurun tempat semak persembunyian gadis tadi, tetiba gadis tadi berlari menuju ke atas jalan mengangkat tangan untuk mendapatkan bantuan.


Beberapa ketika di  Bakersfield, Kern County,  Sheriff Joe "Deke" lakonan Denzel Washington dipanggil oleh bossnya ke department Los Angeles County Sheriff untuk collect bahan bukti kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini, kalau ikut google map jarak Bakersfield, Kern Count dan Los Angeles County mengambil masa dua jam lebih masa perjalanan dengan kereta, Deacon adalah detektif bersara di Los Angeles pada 5 tahun lepas, sesampainya di Los Angeles, dia telah bertemu  dan membantu detektif Jimmy Baxter lakonan Remi Malik yang menghadapi satu siri pembunuhan yang sama dengan dengan kes yang pernah dihadapi oleh Deacon pada 5 tahun lepas yang masih tidak dapat diselesaikannya lagi, kes pembunuhan seorang gadis.


Pada malam tersebut seorang lagi perempuan penduduk setempat bernama Ronda Rathbun telah dilaporkan hilang selepas berjogging dengan rakannya setelah diekori sebuah kereta, dilaporkan hilang pada keesokan paginya, dalam masa yang sama Baxter mengetahui maklumat dari captain Farris bahawa Deacon mengalami sakit jantung dan telah bercerai dengan isterinya akibat kesan daripada kes yang tidak dapat diselesaikannya 5 tahun lepas, Baxter memberitahu kepada Deacon supaya tidak terlibat dengan kes yang sedang di selesaikannya, tetapi yang bestnya Deacon telah mengambil cuti untuk membantu Baxter untuk selesaikan kesnya, Deacon sangat baik dengan kerjanya dia sangat teliti menjejaki suspek.


Pada malam seterusnya, satu mayat perempuan telah dijumpai di bawah jambatan, mayat berkenaan kelihatan hampir reput, Baxter cuba membandingkan gambar Ronda Rathbun dengan mayat terbabit, ternyata tidak sepadan, Baxter telah belajar Modos Operandi pembunuhan adalah melibatkan kesemuanya adalah prostitutes, kebanyakkannya ditikam oleh suspek, 


Deacon mula menyiasat Albert Sparma lakonan Jared Lato, seorang technician repair perkakasan elektrik yang dijadikan suspek kes, Deacon cuba mengikuti Albert Sparma, tetapi rancangannya itu digagalkan oleh Sparma, setelah mengikutinya jauh meninggalkan bandar, namun dalam perjalanan itu dia telah mendapatkan clue yang kuat bahawa Sparma adalah suspek utama, dengan itu Sparma ditangkap dan disoal siasat oleh mereka berdua, di dalam soal siasat Sparma ni provok dan mengejek Deacon menyebabkan Deacon naik angin ingin memukul Sparma, Sparma seorang yang pandai, dia buat kedua-dua dektitif Deacon dan Bexter tertekan dan psycho mana taknya, kes sudah hampir 8 tahun masih lagi tidak dapat di selesaikannya.


FBI akan dipanggil untuk mengambil kes ini, dalam tempoh 1 minggu Deacon dan Bexter diberi masa untuk selesaikan kes ini, ini menambahkan lagi tekanan kepada mereka berdua dengan perangai Sparma yang sukar dibaca kerana tiada bukti yang jelas bahawa dia adalah pembunuh bersiri.


Movie ini dihasilkan oleh director Movie Hancock.

Gais korang layanlah movie yang best ini, ada 3 bintang besar dalam cerita ini, semuanya yang pernah memenangi Oscar award, di akhir cerita terdapat plot twist yang menyebabkan korang tak boleh move on selepas menonton, terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan tentang kehilangan Ronda Rathbun, siapa Albert Sparma, siapa Deacon sebenar, bagaimana dia dapat menangkap pembunuh bersiri yang sebenar.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Menarik movie ni. Boleh masuk list. Baca review ni pun boleh tahan suspen plotnya.

    BalasPadam
  2. mcm menarik je cite ni.. blh try layan..
    cite pembunuhan skali skala layan kalo jalan cite best blh try tgk.. hihi

    BalasPadam
  3. Menarik ceritanya. Tak senang duduk tengok cerita macam ni. Baiklah ada masa boleh tengok. Kena cari dulu ceritanya.

    BalasPadam
  4. Bagus cerita macam ni. Selalu tengok filem thriller dalam AXN dan HBO.

    BalasPadam
  5. byk dh cerita dlm wishlist nk tgk... lama sgt rasanya x layan movie ni

    BalasPadam
  6. Pelakon semuanya best. Ok boleh masuk waiting list

    BalasPadam
  7. boleh dipertimbangkan utk ditonton weekend nnt👌😊

    BalasPadam
  8. Menarik movie ni.. siapa lah pembunuh tu ya

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan