REVIEW : ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW : ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT Selalunya kalau beli roti gardenia , antara roti gardenia yang menjadi pilihan CCL adalah roti gardenia putih Original Classic , roti gardenia Butterscotch dan yang terbaru ni roti gardenia pandan kelapa . Sememangnya 3 flavour ni menjadi pilihan CCL . Memandangkan hari ini stok bekalan roti tak sampai agaknya, CCL terpaksa mencuba roti wholegrain . Memang keluar dengan niat nak beli roti, tak nak beli lain , kang penuh plastik dijari kan . 



ROTI GARDENIA WHOLE GRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT


Roti Gardenia Wholegrain with canadian purple Wheat yang paket berwarna ungu merupakan salah satu jenis roti wholemeal yg terdapat di pasaran. Roti wholemeal juga ada pelbagai jenis iaitu Bran & WheatGerm (Light Fiber), Finegrain Wholemeal ( High Fiber), 100% Wholegrain (with sunflower Seeds) dan juga 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat).Roti Wholemeal ialah roti gandum yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat.


ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIA PURPLE WHEAT,ROTI GARDENIA,GARDENIA,ROTI WHOLEGRAIN,ROTI WHOLEMEAL, PERBEZAAN ROTI WHOLEMEAL DAN WHOLEGRAIN, MAKANAN, REVIEW , ROTI UNTUK DIET, TIPS KESIHATAN


APA KEISTIMEWAAN ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT YANG MEMBUATKAN IA BERBEZA DENGAN ROTI WHOLEMEAL YANG LAIN ?


1. Anthocyanin & Acid Phenolid

Kajian telah dilakukan di AAFC yang menunjukkan “purple wheat” mengandungi anthocyanin dan asid phenolic yang tinggi berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel badan di mana ia berkaitan dengan penuaan dan penyakit.Tambah pula, pakar pemakanan di bahagian kesihatan manusia dan sains nutrisi turut menyatakan nilai nutrisi gandum perlu ditambah baik dengan anthocyanin kerana ia menghasilkan antioksidan dan kesan anti keradangan.


2. Sumber karbohidrat yang terbaik dalam Diet.

Canadian Purple Wheat mempunyai lebih tinggi seratnya berbanding jenis yang lain serta kalori yang rendah. Ini akan membantu anda mengawal porsi tetapi kenyang lebih lama. Selain itu, makanan yang tinggi seratnya boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Makanan yang baik untuk diet perlu tinggi dengan vitamin selain berkalori rendah untuk mengawal berat badan, ini membuatkan purple wheat ideal untuk diet.


3. Glycemic Index yang rendah

Pernah nampak tak di bungkusan roti gardenia ada tulis G.I Value? G.I Value itu adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I , bermakna ianya lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori dan kandungan gula akan meningkat dengan cepat


REVIEW  ROTI GARDENIA WHOLEGRAIN WITH CANADIAN PURPLE WHEAT


Alhamdulillah, pagi tadi sarapan pagi sempat ambil menu yang ringan sahaja, secawan nestum keledek ungu & keladi bersama roti gardenia wholegrain with canadian purple wheat . Berkhasiat penuh nutrisi la sarapan pagi tadi kan . Actually first time CCL cuba Gardenia canadian purple white ni , tangan ni pantas je capai roti tersebut bila mana tengok packaging roti tersebut menarik , warna purple pulak tu  . Rotinya seakan-akan keperangan dalam kepala CCL boleh bayangkan rasa coklat . Lari jauh rasanya . 


Apabila satu suapan masuk ke mulut dari segi rasanya, tak ada rasa coklat yer rasanya agak tawar dan kandungan serat bijirin tu terlalu banyak . Sehinggakan tak telan . Nak habiskan sekeping roti tu , CCL sapukan jem sekaya pada roti tu untuk sedapkan lagi . Tapi tak boleh terima tekak juga. .terpaksa juga la habiskan sekeping roti . Bagi CCL roti Gardenia Canadian Purple wheat ni bukan citarasa CCL . Citarasa masing-masing berbezakan . walaupun bagi CCL tidak sedap, tetapi bagi orang lain sedap kan . Sedap atau tidak sedap roti ni kaya dengan pelbagai nutrisi tau . 


Untuk korang yang tengah jaga badan , tengah diet amat sesuai sangat la ambil roti gardenia canadian purple wheat ini sebagai makanan serat . 


So korang dah pernah  cuba ke roti gardenia canadian purple wheat ini ? 



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. susah nak dapat stock gardenia purple ni hahaha

    BalasPadam
  2. roti ni agak kasar ke texture dia?
    kering?

    BalasPadam
  3. Bagus untuk orang yang sedang diet. memang mengenyangkan. Tapi nak habiskan sekeping tu fuhhhh...

    BalasPadam
  4. Belum pernah cuba sebab belum nampak roti ini di LD. Kalau ada nanti nak cuba juga.

    BalasPadam
  5. Good review.. Selamat menikmati roti gardenia..

    BalasPadam
  6. Sedap roti wholegrain kalau buat sandwich. Kalau tengah diet cari roti ni je. Sesuai sangat.

    BalasPadam
  7. Suka jugak roti ni, tapi makan gitu je tak lalu. Sapu jam bagi feel cam orang putih. Hihi

    BalasPadam
  8. alaaa x perasan laa pulak td. ada beli roti jg. kalau nmpk td mesti sy dah angkat sebungkus

    BalasPadam
  9. Pernah la beli sebab takde pilihan.
    Ok la boleh makan, tapi kurang minat.

    BalasPadam
  10. roti putih gardenia juga menjadi pilihan. sungguh enak dimakan begitu saja..

    BalasPadam
  11. Jujur cakap. Roti ni kalau duduk sebelah butterscotch & chocolate raisin, memang tak beli 😅. Roti ni buat sandwich macam ala2 Subway sedap.Hi3.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan