Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya !
Bukan selalu pun makan mee goreng. Selalunya roti, nasi lemak, atau kuih-muih jadi pilihan sarapan CCL. Pagi tadi turun makan di Cafe, Menu pagi ni ada mee goreng .. Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya, tapi entah kenapa pagi ni tengok mee goreng nampak sedap, tekak teringin sangat nak rasa mee goreng. Kadang-kadang, makanan yang kita jarang jamah tu lah yang paling ‘feel’ bila sesekali menikmatinya.
Duduk menghadap pinggan mee goreng panas, sebelahnya secawan kopi O panas sudah cukup untuk kenyangkan perut sesi pagi ni . Bukan sarapan mewah. Tapi cukup untuk buat CCL rasa hidup ini masih ada ruang untuk nikmat kecil. Mee gorengnya sederhana ,tak banyak bahan, tapi cukup rasa. Kopi O tu pula pahit, tapi pahit yang menenangkan. Macam hidup, tak manis sepanjang masa, tapi tetap boleh dinikmati perlahan-lahan.
Uguys sarapan apa pagi ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Uguys kalau singgah booth Tehyeish atau outlet Tehyeish di negeri Kedah , wajib try caramel donut . Sedap tu memang sedap sangat-sangat . Donut petak yang sangat lembut, hadir dengan kepingan cheese dan juga sirap karamel . Memang kena dengan citarasa CCL . Manis ?? Tak ada terlampau manis.
Caramel donut ni dengan harga RM7 . CCL beli dua . Dah alang-alang beratur kan .. satu kotak CCL makan pada hari pembelian, satu kotak lagi CCL makan keesokkan harinya . Paling best caramel donut ni still lembut dan tak keras macam donut biasa .. memangg in love sangat donut dari Tehyeish ni .
Tehyeish ada keluarkan menu baru Donut Dip n Dip .. next time boleh cuba menu baru.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tehyeish : Spanish Latte VS Chocolate Ice Sambungan kepada cerita 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' . Selepas beratur hampir 10 minit untuk membeli nasi kabsah ustaz Firdaus Firabib, sambung pula beratur di booth Tehyeish yang terletak di sebelah booth Nasi Kabsah, time CCL pergi tu booth Tehyeish memang beratur panjang dari booth Nasi Kabsah, untuk dapatkan makanan dan minuman yang CCL beli dari booth Tehyeish kena beratur dalam 20 minit macam tu .
Tangkapan selepas 20 minit beratur .. Beli spanish latte dan chocolate ice .. masuk-masuk dalam kereta terus minum, cuaca panas pada hari tu memang luar biasa yerr, beratur sampai berpeluh-peluh. CCL asa beli donut juga , ye lahh macam tak berbaloi kalau beratur panjang-panjang macam ni beli air jer . Untuk donut next entri la CCL cerita .
Actually, ni kali ke empat CCL merasai minuman dari Tehyeish ni,macam biasa kalau sedap CCL akan repeat berkali-kali , begitu juga dengan uguys kan ..
Ini senarai harga makanan dan minuman di booth Tehyeish.
Walaupun dah beberapa kali repeat, CCL tetap order menu yang sama iaitu Spanish Latte dan chocolate ice .. uguys yang sukakan kopi wajib cuba spanish latte dari Tehyeish ni memang rasa kopi premium yang mahal, tak rasa manis susu pekat, manis pun light-light sahaja dan lemak berkirm ..manakala uguys yang sukakan coklat wajib try chocolate ice .. seriuss cakap memang rasa coklat yang premium, rasa coklat yang pekat tetapi tidak terlampau manis. So far kedua-dua minuman ni memang kena dengan tekak CCL.
Next event kalau Tehyeish turun lagi di Perlis nak cuba menu minuman yang lain pula .. sekarang Tehyeish banyak bukak cawangan di negeri Kedah .. moga-moga Tehyeish dapat bukak satu lagi cawangan di Perlis ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Kabsah Ustaz Firdaus Firabib Minggu lepas Ustaz Firdaus Firabib ada buat 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' selama 4 hari di Perlis . Alang-alang dah turun kat Perlis ni why not la untuk cuba ..
CCL sempat terjah booth Nasi Kabsah ni pada hari pertama diorang bertapak kat sana . Beratur jugak la selama 15minit . Disebabkan first time nak rasa nasi kabsah ni, so tak beli banyak, CCL beli serba satu sahaja .. nasi kabshah ayam RM23 dan nasi kabshah kambing RM25 . Kedua-keduanya sedap .. Portion untuk nasi ni memang banyak boleh la untuk dua orang makan .
Nasi kabsah ayam hadir dengan ayam saiz L yang sangat lembut dan rasa perapan rempah ayam tersebut . Manakala kuah, bukannya kuah gulai, ianya seakan kuah sup campuran rempah perapan ayam tersebut . Totally memang sedap .
Nasi kabsah kambing pula hadir dengan beberapa ketulan daging kambing yang berbaloi dengan harga RM25. Isi kambing yang sangat lembut dan tak berbau kambing . Perapan kambing pun sedap dan ada rasa rempah dan rasa sedikit pedas .
Kedua-dua nasi kabsah ayam dan kambing ni memang sedap dan memang berbaloi dengan harga . Hari terakhir diorang tour dekat sini CCL repeat lagi beli nasi kabsah kambing .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Breakfast pagi ni awal sikit , pukul 8.30 dah jamah sedikit roti sebagai alas perut sahaja , sebab hari ni ada kerja yang perlu dilangsaikan sebelum jam 12 tengahari . Nak tak nak kena ambil simple breakfast dahulu . So sebagai alas perut supaya perut tak bernyanyi-nyanyi minta makan , jamah laa roti planta bersama Zus Spanish Latte .. cantik pulak cup Zus Coffee warna kuning . Sebelum-sebelum ni tema Zus tetap dengan biru putih .. tak kisahlah warna apa asalkan Spanish Latte . One off my favourite drink !!
Selalu order ice Spanish Latte , pepagi ni takkan nak ber ais pulak kan , tukar laa Hot Spanish Latte , less sugar itu wajib baru dapat rasa kenikmatan kopi . Dapat pulak roti planta nyicah dengan Hot Spanish Latte ni memang ngammm teruksss ..
Lepas breakfast , lets go fokus settlekan kerja !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Samperit Susu RM10 !! Zaman sekarang ni tak perlu tunggu raya nak merasa aneka kuih raya . Zaman sekarang kalau teringin nak makan kuih raya boleh dapat ja dekat mana-mana .
Dua hari lepas CCL ada beli samperit susu . Memang feveret la samperit susu ni , makan-makan cair dalam mulut .. harga untuk satu balang ni RM10 sahaja dengan kuantiti 30biji samperit susu .. murah kan .. first time beli rasa sedap kena dengan citarasa CCL terus CCL submit order lagi untuk raya nanti . Kalau dah sedap why not untuk repeat kan.
Samperit susu, sedap dan cair dalam mulut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selalunya kalau singgah Mixue antara menu yang kerap kali CCL repeat order adalah Mixue Milk Tea dan Mixue Toffee Hazelnut Latte . Dua ni memang dah jadi favourite CCL .
Hari ni sengaja nak cuba menu lain pula . CCL order Mixue Jasmine Tea . Nak try something yang baru lah katakan .. u guys pernah cuba tak Mixue Jasmine Tea ? sedap ke tak??
First impression CCL minum Mixue Jasmine Tea ni bagi CCL kurang kena dengan selera CCL . Gabungan Jasmine teh bersama buah kiwi rasa manis-manis pahit . Mungkin rasa pahit tu dari Jasmine teh . Potongan buah kiwi yang fresh dan juga ada jelly nata de coco .
Bukanlah tidak sedap , sedap dan boleh diminum tetapi rasa pahit di hujung lidah tu membuatkan CCL rasa tidak selesa .. terpaksa juga la habiskan air ni walaupun kurang kena dengan tekak CCL
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam adik CCL, Fatin ada buatkan garlic bread dengan mushroom sup ..teringin katanya ..alang- alang mushroom soup yang semalam tu ada lebih lagi , pagi ni panaskan balik, sebab boleh makan lagi why not nak kena membazirkan . Pagi ni just sapu butter garlic pada roti bakar kejap makan panas-panas . Sedap !!
Roti pun guna roti gardenia, sapukan dengan garlic butter spread . Butter campur bawang putih & daun parsley . Gaul sehingga sebati supaya butter tidak berketul .
Simple breakfast & mengenyangkan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi ke entri Mighty White . Kali ni cuba Blackpepper chicken bun . Antara banyak-banyak flavour yang lain , ni salah satu flavour yang menjadi kesukaan CCL . Memang sedap sangat bagi tekak CCL . Sesuai la dengan nama yang diberikan . Black pepper chicken bun . Gabungan ayam dan juga lada hitam yang seimbang . Pedas ? Ya ada rasa pedas lada hitam tu sedikit . But nice ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ni kali kedua CCL try nasi lemak paru goreng kunyit . Bila dah try yang kedua kalinya sudah semestinya sedap .. kalau sedap repeat .kalau tak sedap tak repeat . Begitulah ..
Nasi lemak paru goreng kunyit ni memang sangat sedap . Murah pulak tu . Sebungkus ni RM6 . Lauk pun banyak tau , telur rebus sebiji . Paru yang diletakkan pun banyak . Siap boleh ratah-ratah lagi
Sini sapa suka makan nasi lemak paru goreng kunyit or tak kisah lah sambal paru ker ? Sedap kan ?
Alhamdulilllah untuk rezeki pagi tadi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selalunya kalau plan lama-lama, set tarikh itu ini memang takkan jadi .. so kita plan je lah last minit ..ehh last minit ? Tak ada laa last minit sangat .. dua hari lepas plan nak picnic, ok plan itu dah settle petang isnin yang indah langit nan biru gitu .. alhamdulillah ..
Dapat berkumpul semua , makan-makan . Menu ala kadar sahaja banyak-banyak kang nanti tak habis membazir . Masing-masing bawa sorang sikit . Set makanan ni makan biar habis tak nak ada yang lebih . So kenyang atau terlampau kenyang tetap la kena makan dengan habis .
Menu picnic petang isnin
- Roti jala kari ayam & kentang
- Cucur jagung
- Vietnam roll
- Takoyaki
- Apam gula hangus
- Teh o panas
- Air anggur
Alhamdulillah atas rezeki untuk petang tadi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni CCL cuba roti keluaran Mighty White gabungan perisa butterscotch bersama perisa vanilla . Sedap ! Memang kena dengan tekak . Gabungan perisa butterscotch dan perisa vanilla yang sama banyak cukup rasa dan tidak terlampau manis . So manis dia ni light-light sahaja ..
Nak repeat lagi tak ? Of course laa repeat sebab dah kena dengan selera anak tekak CCL kan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CCL memang suka roti keluaran Might White . Bagi CCL setiap keluaran flavour roti ni memang unik .. ini kali ketiga CCL try roti dari Might White Cream Roll Strawberry Lychee . Kalau dah tiga kali repeat sudah semestinya sedap kan ..
Flavour roti ni pun luar biasa. Strawberi tu biasa tapi bila ada gabungan laici tu roti ni dah menjadi luar biasa dia punya rasa kan . Flavour yang bagi CCL sangat rare .
Sedap !! Tak manis seakan makan jem strawberi tu .. manis-manis manja gitu . Ada rasa strawberi dan ada rasa laici.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mixue : Ice Cream Toffee Hazelnut Latte Penghujung September yang lalu Mixue ada launch coffee lovers ! Bagi CCL yang penggemar kopi sudah semestinya laa tak lepaskan peluang untuk cuba flavour baru ni . Hari ni baru berpeluang cuba Ice Cream Toffee Hazelnut Latte
Lepas dah cuba ice cream toffee hazelnut latte ni dah menjadi one of my favorites menu dalam mixue ni ..memang kena dengan citarasa tekak CCL .
Rasa kopi yang padu dan kaw . Letak pulak aiskrim . Gabungan kopi dan aiskrim tu memang bagi rasa creamy sangat .. tapi bagi CCL manis sikit laa.. tapi yang paling CCL suka diorang letak jelly ..sambil minum sambil kunyah jelly ..sedap !!
Maybe next time nak repeat boleh la request lee sugar supaya rasa manis tu tak ada laa terlalu manis ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi tadi bawa bekal sarapan pagi ke office . Simple sahaja , boleh laa buat lapik perut pagi ni kan .. sempat la masuk dapur, gorengkan beberapa ketul nugget ayam ni. Lama betul tak makan nugget ayam .
Tengah goreng nugget ayam ni , teringat zaman sekolah dulu ada makcik-makcik yang jual di tepi pagar sekolah . Lepas balik sekolah memang selalu akan singgah beli . Dulu lagend nugget ayam berbentuk love dicucuk lada lidi sate, setiap cucuk tu ada tiga atau empat ketul nugget ayam yang dijual dengan harga RM1 .. itu dulu sekarang dapat lagi ke dengan harga tersebut ?,
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama Tak Makan Kek Coklat Moist ! Paling-paling banyak kek, hanya kek coklat moist sahaja CCL berjaya buat tanpa cacat cela .. bila dah berjaya buat ni rasa excited laa kan ..kalau tak menjadi bazir sahaja bahan-bahan . Kek coklat moist memang menjadi feveret adik-adik CCL . lately ni memang dah lama tak buat kek coklat moist . CCL lebih suka kukus daripada bakar dalam oven . Kukus ,kek tu lagi moist ..memandangkan dah lama tak buat, kadang-kadang teringat juga nak buat tapi sati penyakit kemalasan yang tinggi tak dapat dielakkan .
Kelmarin kawan CCL ada open order kek coklat moist .. so tunggu apa lagi takkan lah nak tengok saja kan ..terus laa CCL order satu loaf ni . Buat masa sekarang kawan CCL open order dalam saiz yang kecil .. Ok la saiz begini dapat merasa sikit pun dah ok .
Kek coklat moist , curahan coklat yang melimpah ..satu loaf ni RM20 . Memang berbaloi . Tekstur kek pun sedap moist dan paling penting topping coklat tu tak terlampau manis . Rasa manis manja-manja ujung-ujung akan ada sedikit dark coklat . Memang makan tak berhenti lah ..
Korang suka kek coklat yang dikukus atau dibakar dalam oven ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan pagi untuk hari ni ada dua menu .. iaitu mee goreng dan juga roti jala kuah kari . Jarang-jarang sekali tau CCL makan mee dan CCL bukanlah seorang pengemar mee goreng . Entah tiba-tiba pagi ni teringin pulak nak makan mee goreng. So ambil la satu piring kecil habuan rasa-rasa ..risau kalau letak dalam pinggan terlebih ambil kuantiti mee , tak nak bazir ..
Menu kedua roti jala kuah kari , sedap !! Roti jala ni officemate CCL yang bawakan untuk makan pagi ni , sedap juga la cicah pulak dengan kuah kari, memang menjilat jari ..
U guys sarapan apa pagi ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Morning uols .. selamat bekerja , dah sarapan ke tu ? Menu apa pagi ni ? CCL menu nasi lemak pandan bersama telur mata . On the way pergi kerja singgah depan taman , bungkus nasi lemak pandan ni . Nasi lemak pandan ni memang menjadi favourite CCL . Sedap !! Banyak jenis lauk juga yang ada tapi CCL tetap memilih sambal tumis ikan bilis dan telur mata .. sambal tumis ni rasa pedas dan manis manja gitu , ala-ala orang dulu-dulu yang buatkan . Bilis boleh pilih sama ada nak bilis sambal atau bilis garing . CCL selalunya pilih bilis sambal Nasi lemak pun memang bau aroma pandan pagi-pagi ni buatkan perut lagi bertambah lapar.
Sebungkus nasi lemak pandan special ni RM4.50 . Harga biasa kalau tak salah CCL hanya RM2.50 .. selalunya memang order yang special, puas makan , portion nasi dan lauk pun banyak . Memang kena dengan harga ..
Sedap mesti repeat , happy breakfast u guys !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek pisang dua benua cheese
Tahun ni decide untuk beli kek pisang dua benua ni ..kek tanpa sebarang cream yang membaluti kek itu paling sedap . Kadang kalaut cream yang membaluti kek tu terlampau banyak boleh muak juga . So CCL cari dan cari jumpa haa kek pisang yang simple ni siap boleh letak wording atas kek .
Sebenarnya ada juga kek lain , seperti kek lobak merah, kek oren, kek tornado, kek coklat moist dan kek marble .. tapi CCL pilih untuk order kek pisang untuk tahun ni ..
Kek pisang dua benua cheese .. kenapa dua benua ? Hahh uguys tengok la design pada kek pisang ni separuh coklat gelap , dan separuh lagi coklat muda gitu ..haaa .. coklat gelap tu campuran pisang bersama coklat , manakala sebelah lagi tu adalah rasa original kek pisang tau .. campuran cheese pada kedua-dua flavour ni sedap .. kek pun rasa moist sangat .. manja-manja manis gitu ..
Wording yang simple tapi tetap cantik . Ala-ala minimalist gitu .. tulisan pun cantik . Teringat pulak kek birthday mak CCL beberapa bulan yang lepas ..beli kek dari bakery, wording tulisan pun kurang memuaskan walaupun dari bakery .
Ni cheese tart. Lama betul CCL tak makan cheese tart . Cheese tart ni CCL order dengan owner yang sama yang buatkan kek pisang tu .. cheese tart yang montok yerr . Puas hati makan , berbaloi dengan harga . CCL pilih dua flavour .. Hazelnut choco dan juga biscoff. Sedap sebab manis-manis manja gitu .. filling hazelnut choco dan biscoff ni pun banyak .. puas hati dan berbaloi dengan harga .
Next time boleh cuba kek dan juga dessert yang lain pula .. uguys dekat area Perlis boleh la order dengan Taste.by.zara
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Capati Sardin Morning guys !! Selamat bekerja , dan sebelum nak pening-pening pasal kerja ni korang dah ambil breakfast ke belum ? Ke ambil secawan kopi atau teh ?
CCL pagi ni dah makan dua keping capati bersama kari sardin . Alhamdulillah bila dah kenyang baru boleh sambung kerja . Actually hari ni ambil breakfast awal sedikit disebabkan perut ni haa meminta-minta ..kalau tidak masuk office settle-settle kerja pukul 9pagi macam tu baru nak jamah breakfast tau, tapi kadang tu tak menentu juga .. tapi pagi ni terpaksa awalkan .. jadi laa secawan kopi panas bersama dua keping capati kari sardin .. alhamdulillah atas rezeki pagi ni .. kenyang ..
You guys breakfast apa pagi ni .. masak atau beli ?