Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya !
Bukan selalu pun makan mee goreng. Selalunya roti, nasi lemak, atau kuih-muih jadi pilihan sarapan CCL. Pagi tadi turun makan di Cafe, Menu pagi ni ada mee goreng .. Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya, tapi entah kenapa pagi ni tengok mee goreng nampak sedap, tekak teringin sangat nak rasa mee goreng. Kadang-kadang, makanan yang kita jarang jamah tu lah yang paling ‘feel’ bila sesekali menikmatinya.
Duduk menghadap pinggan mee goreng panas, sebelahnya secawan kopi O panas sudah cukup untuk kenyangkan perut sesi pagi ni . Bukan sarapan mewah. Tapi cukup untuk buat CCL rasa hidup ini masih ada ruang untuk nikmat kecil. Mee gorengnya sederhana ,tak banyak bahan, tapi cukup rasa. Kopi O tu pula pahit, tapi pahit yang menenangkan. Macam hidup, tak manis sepanjang masa, tapi tetap boleh dinikmati perlahan-lahan.
Uguys sarapan apa pagi ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Uguys kalau singgah booth Tehyeish atau outlet Tehyeish di negeri Kedah , wajib try caramel donut . Sedap tu memang sedap sangat-sangat . Donut petak yang sangat lembut, hadir dengan kepingan cheese dan juga sirap karamel . Memang kena dengan citarasa CCL . Manis ?? Tak ada terlampau manis.
Caramel donut ni dengan harga RM7 . CCL beli dua . Dah alang-alang beratur kan .. satu kotak CCL makan pada hari pembelian, satu kotak lagi CCL makan keesokkan harinya . Paling best caramel donut ni still lembut dan tak keras macam donut biasa .. memangg in love sangat donut dari Tehyeish ni .
Tehyeish ada keluarkan menu baru Donut Dip n Dip .. next time boleh cuba menu baru.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tehyeish : Spanish Latte VS Chocolate Ice Sambungan kepada cerita 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' . Selepas beratur hampir 10 minit untuk membeli nasi kabsah ustaz Firdaus Firabib, sambung pula beratur di booth Tehyeish yang terletak di sebelah booth Nasi Kabsah, time CCL pergi tu booth Tehyeish memang beratur panjang dari booth Nasi Kabsah, untuk dapatkan makanan dan minuman yang CCL beli dari booth Tehyeish kena beratur dalam 20 minit macam tu .
Tangkapan selepas 20 minit beratur .. Beli spanish latte dan chocolate ice .. masuk-masuk dalam kereta terus minum, cuaca panas pada hari tu memang luar biasa yerr, beratur sampai berpeluh-peluh. CCL asa beli donut juga , ye lahh macam tak berbaloi kalau beratur panjang-panjang macam ni beli air jer . Untuk donut next entri la CCL cerita .
Actually, ni kali ke empat CCL merasai minuman dari Tehyeish ni,macam biasa kalau sedap CCL akan repeat berkali-kali , begitu juga dengan uguys kan ..
Ini senarai harga makanan dan minuman di booth Tehyeish.
Walaupun dah beberapa kali repeat, CCL tetap order menu yang sama iaitu Spanish Latte dan chocolate ice .. uguys yang sukakan kopi wajib cuba spanish latte dari Tehyeish ni memang rasa kopi premium yang mahal, tak rasa manis susu pekat, manis pun light-light sahaja dan lemak berkirm ..manakala uguys yang sukakan coklat wajib try chocolate ice .. seriuss cakap memang rasa coklat yang premium, rasa coklat yang pekat tetapi tidak terlampau manis. So far kedua-dua minuman ni memang kena dengan tekak CCL.
Next event kalau Tehyeish turun lagi di Perlis nak cuba menu minuman yang lain pula .. sekarang Tehyeish banyak bukak cawangan di negeri Kedah .. moga-moga Tehyeish dapat bukak satu lagi cawangan di Perlis ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Kabsah Ustaz Firdaus Firabib Minggu lepas Ustaz Firdaus Firabib ada buat 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' selama 4 hari di Perlis . Alang-alang dah turun kat Perlis ni why not la untuk cuba ..
CCL sempat terjah booth Nasi Kabsah ni pada hari pertama diorang bertapak kat sana . Beratur jugak la selama 15minit . Disebabkan first time nak rasa nasi kabsah ni, so tak beli banyak, CCL beli serba satu sahaja .. nasi kabshah ayam RM23 dan nasi kabshah kambing RM25 . Kedua-keduanya sedap .. Portion untuk nasi ni memang banyak boleh la untuk dua orang makan .
Nasi kabsah ayam hadir dengan ayam saiz L yang sangat lembut dan rasa perapan rempah ayam tersebut . Manakala kuah, bukannya kuah gulai, ianya seakan kuah sup campuran rempah perapan ayam tersebut . Totally memang sedap .
Nasi kabsah kambing pula hadir dengan beberapa ketulan daging kambing yang berbaloi dengan harga RM25. Isi kambing yang sangat lembut dan tak berbau kambing . Perapan kambing pun sedap dan ada rasa rempah dan rasa sedikit pedas .
Kedua-dua nasi kabsah ayam dan kambing ni memang sedap dan memang berbaloi dengan harga . Hari terakhir diorang tour dekat sini CCL repeat lagi beli nasi kabsah kambing .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Breakfast pagi ni awal sikit , pukul 8.30 dah jamah sedikit roti sebagai alas perut sahaja , sebab hari ni ada kerja yang perlu dilangsaikan sebelum jam 12 tengahari . Nak tak nak kena ambil simple breakfast dahulu . So sebagai alas perut supaya perut tak bernyanyi-nyanyi minta makan , jamah laa roti planta bersama Zus Spanish Latte .. cantik pulak cup Zus Coffee warna kuning . Sebelum-sebelum ni tema Zus tetap dengan biru putih .. tak kisahlah warna apa asalkan Spanish Latte . One off my favourite drink !!
Selalu order ice Spanish Latte , pepagi ni takkan nak ber ais pulak kan , tukar laa Hot Spanish Latte , less sugar itu wajib baru dapat rasa kenikmatan kopi . Dapat pulak roti planta nyicah dengan Hot Spanish Latte ni memang ngammm teruksss ..
Lepas breakfast , lets go fokus settlekan kerja !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Samperit Susu RM10 !! Zaman sekarang ni tak perlu tunggu raya nak merasa aneka kuih raya . Zaman sekarang kalau teringin nak makan kuih raya boleh dapat ja dekat mana-mana .
Dua hari lepas CCL ada beli samperit susu . Memang feveret la samperit susu ni , makan-makan cair dalam mulut .. harga untuk satu balang ni RM10 sahaja dengan kuantiti 30biji samperit susu .. murah kan .. first time beli rasa sedap kena dengan citarasa CCL terus CCL submit order lagi untuk raya nanti . Kalau dah sedap why not untuk repeat kan.
Samperit susu, sedap dan cair dalam mulut.