SANDWICH TELUR MAYONIS UNTUK MENU SARAPAN PAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



SANDWICH TELUR MAYONIS UNTUK MENU SARAPAN PAGI Sebut sahaja sandwich pasti ramai yang terbayang-bayang menu yang cukup simple dengan lapisan roti yang disapukan dengan sardin mackerel, salad dan juga cheese keping . Tapi menu sandwich ni kita boleh pelbagaikan . Ala asyik sandwich berintikan sardin mackerel bosan jugak kan . 


Baca ini juga : Sandwich bersalut sardin rangup

Baca ini juga : Sandwich telur besama cheese



resepi,SANDWICH TELUR,resepi mudah,resepi sandwich,SANDWICH TELUR BERSAMA MAYONIS,ANEKA RESEPI SANDWICH,


Sarapan pagi tadi CCL sempat buatkan menu Sandwich telur mayonis. Menu ni sangat mudah . 


Bahan-bahan

-Roti gardenia 

-Telur yang sudah direbus

-Mayonis

-Salad

-Tomato

-Marjerin

-Kepingan cheese

-serbuk lada putih

-sos cili


Cara penyediaan


1.Rebuskan tiga biji telur, siap rebus buang kulit dan tekan-tekan telur tersebut sehingga hancur.


2.Masukkan mayonis dan serbuk lada putih ke dalam telur rebus yang telah dihancurkan.


3.Sapukan sedikit margerin pada roti. Kemudian boleh susunkan salad, tomato,kepingan cheese dan akhir sekali sapukan telur rebus bersama mayonis serta letakkan sedikit sos cili .


4.Siap ! Boleh potong roti tersebut kepada dua bahagian .



p/s:Ok resepi ini CCL buat untuk sebungkus roti gardenia ya .memang CCL akan potong bahagian tepi roti tu . Kalau nak lagi rajin korang boleh toast kan dulu roti tersebut 



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sedapnya. Lama tak buat sandwich telur..

    BalasPadam
  2. Wahhh sedapnyaaa makan sandwich pagi pagi ni terliur pulakk rabiaa tgkk ni

    BalasPadam
  3. Sedapnya CCL. Lama dah tak buat sandwich ni. Menu ringkas tapi sedap. Anak² cukup suka kalau buat gini.

    BalasPadam
  4. Ringkas dan sedap dimakan
    Selamat bersarapan

    BalasPadam
  5. Sandwich yang paling mudah & sedap!!

    BalasPadam
  6. Waa.. sandwic macam ni biasa jumpa di kedai saja. Hehe

    BalasPadam
  7. lama tak buat sandwich macam ni. thanks bagi idea untuk breakfast

    BalasPadam
  8. sedapnyaaa.. minum pulak dengan kopi.. fuhh.. berselera tngok!

    BalasPadam
  9. Fav anak2 ni..letak cheese dan 1 lapisan tuna lg boleh bertahan kenyang sampai kol 3 kalau di ofis

    BalasPadam
  10. Rajinnya CCL buat sandwich. Mmg mengenyangkan dan berkhasiat. Syabas!

    BalasPadam
  11. Suka juga buat sandwich telur mayonaise ni. Simple, sedap dan mengenyangkan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan