Assalamualaikum dan salam sejahtera .
JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM PALSU Selamat pagi Isnin guys semua . Sarapan apa korang pagi ni ? Pagi ni CCL sempat buat "jemput-jemput jejari ketam palsu" untuk kenyangkan perut . Kenapa CCL beri nama "jemput-jemput jejari ketam palsu ? Bahan utama CCL guna untuk cucur ini adalah jejari ketam .
Jejari ketam palsu ?
Ya kalau korang nak tahu sebenarnya jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya , sebaliknya jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.
Baca juga : Lempeng Pisang Oat Crunch
Jejari ketam bukan 100% dari isi ketam ?
Ya betul tu tiada langsung isi ketam sebaliknya hanya menggunakan perisa ketam .Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.
Baca juga : Resepi Cekodok Pisang
Bahan-bahan jemput jemput jejari ketam
-2 cawan tepung gandum
-Jejari ketam (dihiris halus)
-Air
-Minyak masak
-Perasa gula dan garam
-Sayur ( CCL masukkan hirisan daun kuchai dan juga hirisan carrot)
Baca juga : Sandwich Telur Rebus bersama Mayonis
Cara membuat jemput-jemput jejari ketam
1.Gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati .
2.Goreng dalam minyak yang penuh dan panas dan siap dihidangkan .
Selamat mencuba . Boleh buat menu sebagai sarapan pagi mahupun menu makan petang .
11 Ulasan
boleh ek..guna crabstick wat cucur..tak tau pun. tq for sharing..new recipe..yeah!! walaupun pelesu.... he he he...
BalasPadamAlamak baru tahu. Ingatkan makan isi ketam.
BalasPadamSaya dulu tertipu, ingatkan ketam sungguh rupanya isi ikan je. Tapi tetap sedappp! Hahaha
BalasPadamHehhe sama.. Slalu makan crab ni dalam celup2 je hehe... Semlm ptg dh makn sekodok bawang.. Pg td bkfs nasi lemak bungkus je
BalasPadamTak pernah makan lagi setakat ni. Cantik kombinasi warna cekodok tu.
BalasPadamDulu ingatkan memang ada isi ketam. Rupanya tak. Tertipu kan. Pernah tengok kat youtube ML pasal crabstick ni. Cambest pulak buat cucur. Sebelum ni pernah makan kerepek pun sedap gak.
BalasPadamDulu betul betul ingatkan isi ketam. Lepas tahu bukan isi ketam tak jadi pilihan dah. Menarik juga cucur ni. Tak pernah cuba lagi.
BalasPadamJadinya..bolehla saya mkn..sbb saya lahan seafood..
BalasPadamSelama ni pun buta-buta percaya tu isi ketam. Huhu
BalasPadamWaktu awal awal tahu yang jejari ketam tu bukan ketam, memang rasa terciduk hahaha
BalasPadamDulu-dulu memang percaya isi ketam. Lama-lama terfikir pula kenapa murah sangat sebab ketamkan mahal. Akhirnya tahu jawapan sebenar.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan