JANGAN TERPEDAYA DENGAN PACKAGING GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera


JANGAN TERPEDAYA DENGAN PACKAGING GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA Tahu laa Gardenia ada keluarkan roti baru iaitu "Gardenia Toastem Pandan Kelapa" . Bila keluar flavour baru ni macam pisang goreng panas la, letak je habis . . Letak je habis . Tak dinafikan ramai yang nak mencuba merasai gardenia toastem pandan kelapa ini . Alhamdulillah hari tu mujur CCL sempat merasai roti tersebut . Itu pun last je yang ada atas rak roti  . Ikut tekak CCL memang sedap sangat lah roti gardenia ini . 


Dua hari lepas singgah ke pasaraya untuk tambah barang dapur, mata tertangkap pads roti gardenia, siap  labelkan pandan kelapa . Tapi packagingnya tetap tak sama yang CCL belikan hari itu . Tengah beratur ikut turn untuk bayar barang, CCL lantas berfikir wah cepat betul ya Gardenia ni tukar packaging baru , padahal roti gardenia toastem pandan kelapa ini baru je dikeluarkan . Kenapa diorang rebrandkan packaging yang baru ?  Sampai turn CCL pada cashier pasaraya tersebut CCL terus lupakan tentang roti tersebut . 


Baca juga : Gardenia Wholegrain keledek ungu & keladi


Hari ini CCL berfikir kembali pasal roti Gardenia ini . Mana tak nya tiba-tiba roti gardenia ini ada di atas meja makan  . Ayah CCL yang belikan . CCL pun apa lagi excited sangat la tengok packaging baru roti ini . . Tiba-tiba terpandang pada harga . Eh kenapa roti ni berharga RM2.50  ? Padahal CCL beli hari tu dengan harga RM4.70 . .CCL mula musykil , mula jelajah sekeliling packaging roti . 


REVIEW , MAKANAN ,GARDENIA, ROTI GARDENIA, ROTI GARDENIA PUTIH , ROTI GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA ,KESEDAPAN ROTI GARDENIA TOASTEM PANDAN KELAPA,


Kecewanya !! 

Alangkah kecewanya bila dapat tahu roti tersebut ialah roti putih bukan roti gardenia pandan kelapa . Pada bahagian atas packaging roti tersebut ada tertera dengan perkataan "Roti Putih" tapi itulah labelnya besar "Gardenia Toastem Pandan Kelapa" . 


Cara marketing 

Ya tahu, label itu dibuat dan ditampal pada roti gardenia putih tersebut untuk tujuan marketing, nak promosikan roti terbaru keluaran gardenia . Tapi itulah cara nak promosikan roti tersebut hampir mengelirukan ramai pelanggan . Sampai ayah CCL pun keliru . Cakapnya "beli roti pandan kelapa tapi macam roti kosong tak macam kakak beli hari tu " setelah selesai diexplainkan barulah ayah pun faham juga


Berwarna hijau

Kalau korang tak nak keliru , nak bezakan roti gardenia putih dan roti gardenia toastem pandan kelapa perbezaannya ialah dari segi warna packaging plastik  . Packaging Roti gardenia toastem pandan kelapa berwarna hijau manakala roti Gardenia putih macam gambar di atas . 


Baca juga : Gardenia Toastem Pandan Kelapa


So jangan keliru ya . 



Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. samalah kita, sebab ingatkan yang diambil tu roti pandan, rupanya..hahahah

    BalasPadam
  2. mungkin kesilapan masa proses packaging kot... tp harga murah plak kan? ermmm... musykil

    BalasPadam
  3. sekali tgk mmg keliru kita dibuatnya..
    stress pulak rs!

    BalasPadam
  4. Ada versi roti putih juga ya.

    BalasPadam
  5. Bolehlah cari nanti yang kelapa pandan tu

    BalasPadam
  6. Oo..ada 2 versi ke camner sebenarnya roti ni hehe

    BalasPadam
  7. Hihihi.. pernah terkena jugak hari tu, tapi bukan roti yg ni la.. roti lain. Tengok label lain, isi lain, rupanya label yg ditengok tu ialah iklan produk roti terbaharu dorg, sabar ajelahhhh

    BalasPadam
  8. Kesilapan packaging atau nak promote hot selling item sekarang. Eh pening pula. Tak kan tak de SOP sebelum keluar dari kilang untuk distribute kan.
    Mesti ramai yang terkena.

    BalasPadam
  9. Adoi.. patutlah viral jugak di tiktok.. rupanya sbb packagin ni... sy x penah rasa lg ni.. so far x jumpa lg di supermarket di kch ni.. selalunya kalau mydin bwm masuk mmg harganya akn jd rm9 lebih ni.. mcm harga butterscotch

    BalasPadam
  10. Belum pernah cuba, nanti bole cari, jika tersilap atau memang roti putih berperisa.

    BalasPadam
  11. lagi satu kan...agaknya dia nak lariskan yang putih ni jugak sebab yang pandan cepat benar habis..sampai takde orang beli yang putih hahahahahhahah

    BalasPadam
  12. hahaha.. busyra dh terkena haritu.. punya la cri yg biasa. ingatkan ni yg kelapa punya.. huhu.. nasib baca CCL punya entri.. haha

    BalasPadam
  13. Aduh, tertipu sungguh kalau terbeli ni. Kena jadikan pengajaran supaya belek dulu baru membeli. Marketing dia baik punya. Besar gak dia punya label promo tu.

    BalasPadam
  14. Aduh, tertipu sungguh kalau terbeli ni. Kena jadikan pengajaran supaya belek dulu baru membeli. Marketing dia baik punya. Besar gak dia punya label promo tu.

    BalasPadam
  15. Haha. Ramai jugak terkena ni. Taktik marketing gak ni. Ramai share di medsos, lagi famous Gardenia Toastem pandan kelapa tu

    BalasPadam
  16. sy pn hmpr terpedaya jg tp sik baik cpt perasan. btw sejak pemes ni roti pa dan ni kemain liat nk jumpa😆

    BalasPadam
  17. Roti gardenia dr thn lps bt macam ni. Ramai yg terpedaya. Nasib baik belek roti betoi2

    BalasPadam
  18. Saya pun hampir terpedaya masa beli haritu, tapi nasib baik double check masa tengah beratur nak bayar hahaha

    BalasPadam
  19. hebat pegawai pemasaran dia, secara tak langsung jualan roti putih meningkat!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan