Assalamualaikum dan salam sejahtera
REALITI PEMBELIAN SECARA TALIAN ATAU ONLINE . BETUL KE ? Siapa yang macam ni ? Say yes !! Ambil penuh troli tapi tiba masa nak bayar cuma pilih satu or dua item sahaja untuk di bayar .. Opss !!! Perangai macam ni korang jangan pulak terbawa-bawa ke pasaraya yer !! Setiap slot korang terjah ada aje gatal tangan nak dicapai masuk dalam troli bergerak . Sedar tak sedar troli hampir penuh dengan barang-barang . Itulah yang dikatakan nafsu yang tak dapat dikawal bila membeli . Sampai dekat kaunter bayaran baru pulak menyesal ambil barang terlebih hat . Paling sedih bila wang ringgit cukup-cukup untuk beli barang yang kita perlukan . Tak pasal-pasal bayar satu or dua item jer di kaunter bayaran . Longgokkan barang lain tersimpan dalam troli tu, terpaksa la staff pasaraya tersebut susunkan kembali . Malu satu hal , menyusahkan staff-staff disitu satu hal .
Itu situasi di pasaraya . Jangan korang amalkan sikap begitu , lain lah kalau korang buat pembelian melalui talian contohnya di shopee mahupun lazada . Korang boleh "add to cart" seberapa banyak barang yang korang nak . Simpan dalam troli sahaja, kalau korang tak nak proceed "checkout" pun tak mengapa . Tak ada siapa yang nak marahkan korang .
Baca ini juga : Apa yang menarik di Shopee 8.8 ?
CCL pun salah seorang daripada pengguna pembelian online . Sejak MCO ni dah lama rasanya tak keluar jalan-jalan untuk "window shopping" . Sekadar cuci mata. Ada barang yang berkenan di mata barulah beli . Tapi itulah , tak dapat nak keluar untuk "window shopping" . Kita shopping dalam talian pun tak ada masalah . Salah satu laman web rasmi yang CCL sentiasa membuat pembelian of course la pilihan CCL adalah "Shopee"
Pembelian dalam talian melalui Shopee ni merangkumi banyak kategori . Boleh pilih mana yang korang suka dan boleh bandingkan dari segi harga dan juga kualiti barang . Kadang memang menjadi habits, sengaja buka Shopee cuci-cuci mata, salah satu boleh menghilangkan stress jugak la sebab tak dapat keluar pergi shoppingkan . Barang yang berkenan di mata boleh je korang simpan kan dalam troli . Mcm CCL , tengah-tengah scroll mata terpandang pada satu barang . So add to cart je, kalau betul-betul satu keperluan atau betul-betul nak bagi rewards pada diri sendiri tak salah kalau nak beli . Tak semestinya setiap hari korang add to cart korang wajib proceed check out kan .
Baca ini juga : Ramai yang tertanya-tanya kenapa Shopee dah tak ada pilihan kurier penghantaran
Kadang ada juga sesetengah orang bajet pengeluaran duit untuk simpanan, untuk bayar bill itu dan ini , duit keperluan dan duit belanja . Kalau ada duit lebih tak salah untuk membuat pembelian dalam talian . Sesetengah orang juga berminat pada satu-satu barang kemudian add to cart, tunggu kalau-kalau barang-barang tersebut ada diskaun sikit ke kan . Jimat dah di situ .
Korang jangan terkejut troli shopee CCL penuh dengan 400 lebih barang . Terdiam dalam troli tu haa . Agak-agak kalau CCL checkout sekali gus mau beribu jugak duit melayang kan .
Korang macam mana pulak . Troli shopee berlambak-lambak tak tu .hehe
11 Ulasan
Betulll. Penuh da troli sampai tak boleh nk tambah yang baru. Hehe
BalasPadamhahaha sama laaa.... add je kat troli shoppee tapi nak bayar nya ntah bila la kan hhehe..bahaya btul..!! Nampak je mende menarik semua nak di add
BalasPadamPernah nampak kartun tu. Terus tergelak. naya kalau shopping kat store buat macam shopping online. Samalah kita, banyak dalam bakul shopee tu. Tunggu submit je bila ada bajet. kadang kadang cuci mata, terus add to cart dulu. hihi
BalasPadamSayalah tu, hehehe. Barang dalam troli Shopee berpuluh - puluh tapi checkoutnya tidak pun. Sejak Shopee tak bagi pembeli pilih kurier ni, seksa sangat sebab terpaksa menunggu barang sampai dengan lama. haaiiiiiih
BalasPadamSelalunya dalam troli jer penuh.Belinya tak pun.Kalau ada yang terbeli tu kira nasib2 jer tu.Ki3.
BalasPadamLama dah tak tengok SHOPEE. Takut terbeli macam2. Tapi sekarang ni jadi terbalik, husband Syu pulak yang terjebak berbeli macam2 kat SHOPPE.
Kalau online tu memang selalu la mcm ni. Add to cart sampai dah limit 200 lepas tu pening nak kosongkan yang mana. Last skali sebab dah penat nak remove yang dlm cart tu, sekarang like je. Senang nak rujuk nanti..
BalasPadamhaha, penuhkan troli alam maya takpe, sebab kalau remove dia boleh balik sendiri ke tempat asal. Samalah troli Shopee pun penuh sebab selalunya fikir dulu nak beli ke tidak.
BalasPadamSaya jarang masuk barang dalam troli. Kalau betul-betul nak beli saja saya masukkan dalam troli
BalasPadamAstaga, ada yaaa orang yang masukkan barang banyak ke troli tapi sedikit ja yang dibayar :o. Yg di Pasaraya maksud saya... Kasiaan staff yang harus menyusun lagi barang2 tuh.
BalasPadamSejak pandemi, saya belanja semuanya online. Tak berani ke Pasaraya ATO wet market . Untungnya sejak pandemi langsung banyak muncul aplikasi belanja yang bisa untuk belanja ke wet market juga. Jadi tak susah nak kluar.
Kalo aplikasi macam shoppe saya pakai hanya utk beli beberapa barang yang biasanya tak dijual di market biasa. Tapi tak terlalu suka pakai shoppe karena pilihan courier nya tak se-Best Tokopedia, yang lebih banyak diskount, real free delivery pula.
Semua berpulang ke masing-masing orang juga :)
Mujur kak ana tak byk sgt item dlm cart tu. Hehe. Masih boleh kawal nafsu shopping ni. Kalau tak kawal, mau susut duit dlm bank tu. Haha
BalasPadamDlm shopee dgn zalora banyak brg tp haha tak semua boleh beli. Kalau beli baju atau kasut mesti problem kena tukar
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan