POKOK RAMBUTAN BERBUAH LEBAT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


POKOK RAMBUTAN BERBUAH LEBAT Musim buah-buahan tempatan belum sampai penghujungnya lagi . Mujur di kampung ada juga dusun buah-buahan peninggalan arwah tok dan arwah tokwan CCL . Kalau nak makan buah-buahan tempatan memang tak payah beli , boleh petik je pokok dari dusun di kampung . Tapi disebabkan pandemik Covid-19 tak boleh rentas negeri untuk balik kampung . Mujur ada bapa saudara yang bekerja ulang alik dari Perlis ke Kedah  dapat juga la merasai buah dari dusun di kampung . 


RAMBUTAN, POKOK RAMBUTAN, CARA TANAM BIJI RAMBUTAN, RAMBUTAN MANIS,RAMBUTAN ASAM BOI,TIPS BUANG BIJI RAMBUTAN,BUAH RAMBUTAN,

Gambar ni adik beradik di kampung hantarkan . Di kampung ada beberapa pokok rambutan ,Alhamdulillah tahun ni berbuah sangat lebat . Pokok rambutan pun sangat tinggi , berbuah kemerah-merahan . Bila dah pokok tinggi ada pula satu masalahnya, siapa yang akan panjat untuk ambil buah-buah rambutan yang telah masak kemerahan . Nak dikait memang tidak sampai disebabkan terlalu tinggi . 


RAMBUTAN, POKOK RAMBUTAN, CARA TANAM BIJI RAMBUTAN, RAMBUTAN MANIS,RAMBUTAN ASAM BOI,TIPS BUANG BIJI RAMBUTAN,BUAH RAMBUTAN,

Sebelum arwah tokwan meninggal , arwah tokwan yang terlalu excited bila tiba musim buah . Dialah orang yang akan mengait buah , panjat pokok untuk ambil buah yang terlalu tinggi dan bahagikan buah-buah tersebut untuk anak cucu makan . Tapi sekarang tokwan dah tak ada . Anak-anak cucu menantu tak dapat balik kampung. Hanya yang tinggal adik beradik di sana uruskan buah-buahan di dusun 


RAMBUTAN, POKOK RAMBUTAN, CARA TANAM BIJI RAMBUTAN, RAMBUTAN MANIS,RAMBUTAN ASAM BOI,TIPS BUANG BIJI RAMBUTAN,BUAH RAMBUTAN,

Buah rambutan yang banyak tak termakan, separuh darinya sedekah pada rakan-rakan dikampung . Buah rambutan ni sedap dimakan setelah dikupas dan dimasukkan dalam peti sejuk . Kalau rajin boleh buang isi rambutan . Lagi berselera makan . 


Kat sini CCL ada kongsi satu resepi iaitu " Rambutan asam boi " korang yang belum pernah cuba , boleh cuba menu ringkas ini.


Baca juga : Rambutan Asam Boi  


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. thn ni tak termakan buah2 kan
    nak bg org2 kg pun semua pokok masing2 berbuah
    byk terbiar jga bila pokok2 yg tinggi ni , lgpun bila ramai x dpt blk kg
    sayang kan

    BalasPadam
  2. ya Allah, nikmatnya ada rambutan banyak macam ni.. sedap..

    BalasPadam
  3. Seronoknya ada tinggalan pokok buah-buahn.
    Apa boleh buat tak boleh sesuka hati balik kampung. Syukurlah boleh dibahagi-bahagi untuk sedekah. Moga pokok rambutan akan berbuah lebih lebat lagi pada musim akan datang.

    BalasPadam
  4. Terus telan ailio, rambutan asam boi. Tqq ccl nanti nak cuba lah. Sebab juju kt KL pun ada dusun pokok rambutan. Banyak buahnya. Nanti nak update blog kisah mcm ni.

    BalasPadam
  5. Akak tahun ni beli je rambutan..x dapat balik kampung...org kampung pun xde yang nak kirim ke..post ke...hehehe

    BalasPadam
  6. blkg umh sy ni ade jgk pokok rambutan tnggi..
    mmg xde sape amek.. buah dh merah2.. lebat pulak tu..
    syg pulak kan.. huhu

    BalasPadam
  7. Macam nak kena cari rambutan je ni. Lama tak makan rambutan. Dan rambutan asam boi tu nampak sedap..

    BalasPadam
  8. Lebatnya buah rambutan. Tinggi tinggi tu kena guna pengait. Jenuh nak mendongak.

    BalasPadam
  9. Tinggi juga pokok rambutan tu. Kena panjat nak petik buah. Sambil petik, sambil makan atas pokok. Nikmat.

    BalasPadam
  10. Alhamdulllah
    Rezeki anak cucu orang yang menanamnya dulu

    BalasPadam
  11. Byknya buah diaa... Seronok ni kalau dpt kait sendiri kan.. Rezeki dapat gak merasa buah dr dusun kg sndri

    BalasPadam
  12. Semalam makan rambutan.. tapi warnanya kuning hampir nak merah gitu.. sedapp.. member bawak dari dusunnya... Nona suka rambutan, tapi kena berpada pada.. takut batuk kalau lebih lebih makannya Huhu

    BalasPadam
  13. lebatnya.. seronok tngok.. makan fresh2 gitu dari pokok!

    BalasPadam
  14. Mmg meriah kalau musim buah di kampung. Puas dapat makan buah..

    BalasPadam
  15. kat kampung musim buah memang lambakkan. selalu yang tolong perhabis duduk kat kl selangor.. ni tak boleh rentas daerah negeri memang termenung buah2. mana buah agak2 tahan lama. alt p pos jugak kat sanak saudara. dari diaorg kuar mencari nak beli buah, kita bagi jee buat hilang kempunan.hahaha

    BalasPadam
  16. kalau ikutkan perlis-kedah xdelah jauh sgt kan tp dh berbeza negeri x dpt jugak nk merentas... nasib baik jgk ada pak sedara yg boleh jd posmen

    BalasPadam
  17. uiiiii sedapnya bak sini sebiji dua nak rs😆

    BalasPadam
  18. Tingginya pokok.kt penang ni musim buah2 dh habis. Kalau ada pon dr negeri lain

    BalasPadam
  19. bestnya ada poko rambutan,, lama tak saya x dtg jengah, sebab lama menyepi dr blog

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan