Assalamualaikum dan salam sejahtera
DAH CUBA KE GARDENIA TOAST'EM PANDAN KELAPA ? Baru-baru lalu lalang di laman sosial media Gardenia bungkusan hijau .CCL yang juga pelanggan setia Gardenia tidak melepaskan peluang untuk ambil tahu tentang produk Gardenia ni . Rupa-rupanya pihak Gardenia Bakeries Sdn Bhd telah melancarkan roti baru iaitu " Toast"em Pandan Kelapa" .
Ramai review yang mengatakan roti ni sangat sedap . Apa lagi CCL pun terjah la kedai yang berdekatan . Selesai sampai di salah satu pasaraya apa lagi terus terjah bahagian rak roti . Ternampak roti gardenia bungkusan hijau tersebut .setelah diteliti segala butiran baru perasan rupanya Gardenia Pandan Kelapa ini hanya tinggal satu sahaja di rak tersebut. Bermakna ini yang terakhir , alhamdulillah ada juga rezeki CCL untuk merasai inovasi baru Gardenia Pandan Kelapa tersebut
Sedap ke Gardenia Pandan Kelapa ?
Ok, Gardenia Pandan Kelapa ini sangat menepati pilihan CCL, serius memang sangat sedap . Korang wajib cuba sendiri . Apa yang boleh CCL katakan menang sesuai dinamakan Pandan Kelapa , bukan indah khabar dari rupa ya . Tetapi indah dan terasa kelazatan roti tersebut .
Tak makan lagi dah bau aroma pandan kelapa
Yes !! Bau buka date klip pada bungkusan roti terus aroma pandan kelapa menusuk ke dalam hidung . Bayangkan belum makan lagi dah terbau-bau kan. Apatah lagi bila dimasukkan ke dalam mulut semestinya menyelerakan . Pada plastik tersebut ada tertera "lebih enak jika dibakar". Semestinya aromanya lagi wangi dan sedap .
Tekstur Gardenia Pandan Kelapa
Tekstur adunan roti yang sangat lembut . Digabungkan lagi dengan gula pandan , kelapa dan juga gula melaka memang sangat sedap . Roti Gardenia Pandan Kelapa berwarna seakan-akan sedikit kehijauan effect kepada pandan, macam dalam gambar yang CCL selitkan untuk tatapan korang .
Korang wajib cuba, memang sangat sedap . Lepas ni tak perlu nak beli roti gardenia original putih tu then sapu sekaya . Roti Gardenia Pandan Kelapa kan ada . Lagi jimat masa .
Uolss selamat mencuba , pada yang dah cuba macam mana ? Sedap ke tidak ??
18 Ulasan
Macam sedap je..
BalasPadamCari jugak tapi tak nampak pun lagi area tempat kita ni
BalasPadamTerliurnya tengok. Area rumah saya roti ni memang sekejap je habis kalau letak di rak. belum brpeluang merasanya lagi
BalasPadamBelum sempat cuba lagi. Esok keluar baru beli. Itupun kalau ada stock😅
BalasPadamBelum cuba lagi. Tapi bila sebut je pandan tu terbayang dan wangi dia tu...
BalasPadamwahhh menarik ni
BalasPadamkena cuba baru tahu kan
Tak pernah nampak lagi roti gardenia pandan ni di kedai. Tapi macam menarik untuk dicuba.
BalasPadamblm cuba lagi tp x tau la bole masuk ke x sbb kurang minat pandan sangat hehehe
BalasPadamdah rasa mmg sedappppppppppp saya sukaaaaaa!!!!
BalasPadamramai pula yg dah cuba, nanti nak pi cari lah!
BalasPadambelum beli lg yg ni
BalasPadamBelum beli lagi tapi nampak menarik rupanya
BalasPadamuwoww nampak menarik! Boleh cuba ni. Taktau pon perisa yang ni ada hehe. Thank you for sharing and stay safe! :)
BalasPadamBelum cuba lg hat ni.. entah bila dpt masuk kuching ni?
BalasPadamtak pernah try lg.. smalam p kedai, tp x dak pulak.. huhu
BalasPadamDah cuba. Memang sedap. Betul katanya lagi sedap di bakar. Setuju tak perlu beli roti putih sapu kaya lagi. beli yang ni je. Tapi susah nak dapat selalu cepat habis. huhu
BalasPadamDah cuba. Memang sedap. Betul katanya lagi sedap di bakar. Setuju tak perlu beli roti putih sapu kaya lagi. beli yang ni je. Tapi susah nak dapat selalu cepat habis. huhu
BalasPadamSetakat ni belum ada rezeki. Laku keras roti ni. Memanjang je habis stok kat kedai.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan