GUNA BISKUT KERING BOLEH BUAT PUDING LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


GUNA BISKUT KERING BOLEH BUAT PUDING LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP Kali ni CCL nak kongsikan cara untuk membuat resepi puding lapis .Uniknya resepi yang CCL akan kongsikan ini cara membuat puding tetapi bukan menggunakan serbuk puding ataupun agar-agar . ,tetapi dengan hanya menggunakan biskut cracker ataupun biskut lebih dikenali sebagai biskut kering.Eh betul ke ni boleh jadi puding ?? Tak caya ?? Yes first time CCL tahu berkenaan resepi ini seakan tidak percaya, tetapi bila dah,cuba barulah CCL percaya dengan menggunakan bahan utama iaitu biskut cracker boleh jadi puding yang sangat sedap .Bahan pun mudah, cara penyediaan pun mudahkan . Mungkin ramai yang keliru dengan resepi ini . Sekali pandang macam kuih lapis kan . Dua kali pandang macam kuih lapis jugak . Tiga kali pandang pun macam kuih lapis hampir sama  . Tapi ini bukan kuih lapis tau . Ini puding lapis , tetapi rasanya seakan sama kuih lapis . Dipendekkan cerita bahan rupa dan rasa yang hampir sama tetapi bahan yang digunakan berbeza . 


PUDING BISKUT CRACKER, RESEPI PUDING BISKUT CRACKER, PUDING MENGGUNAKAN BISKUT CRACKER , BISKUT CRACKER, PUDING LAPIS BISKUT CRACKER , RESEPI



 So CCL nak ajak korang semua,cuba resepi puding lapis biskut cracker .Dengan hanya beberapa bahan yang mudah untuk didapati, kita dah boleh menghasilkan puding yang sedap dan lembut. Cara nak buatnya pun senang sangat. Selamat mencuba 😊


Bahan-Bahan

-30 keping Biskut  cracker

-Air Panas (secukupnya) (di toskan selepas biskut kembang)

-3 biji Telur

-½ cawan Susu Pekat Manis

-1 sudu kecil Esen Vanila

-Pewarna makanan


Cara membuat 

1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang dan toskan air 

2.Masukkan semua bahan dalam blender dan blender sehingga menjadi halus.

3.Bahagikan adunan mengikut kesukaan korang , macam CCL bahagiakan kepada 4 bahagian untuk empat lapisan warna . 

4.Tuangkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit dan ulangkan lapisan kedua dan seterusnya sehingga ke lapisan yang terakhir korang kena kukus selama 10 minit .

5.Biarkan puding tersebut sejuk barulah boleh dipotong . 



Selamat mencuba 






Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Rajinnya CCL. akak part buat dessert2 ni, failed ckit. Ni bru lps cuba resipi ccl, agar2 milo... Hope menjadi.. Hehe

    BalasPadam
  2. sweet kaler lapis2 tu
    yummy mkn sejuk2 kan

    BalasPadam
  3. memang nampak sedap kejadiannya

    BalasPadam
  4. senangnya bahan bahan tu, semua bahan yg mmg selalu ad dkt rumah. boleh try ni hehe

    BalasPadam
  5. senang jugak ni. rumah ni ada banyak biskut kraker tak terhabis makan

    BalasPadam
  6. warna dia tu.. alahai pastelnya.. comel

    BalasPadam
  7. Terasa kat tekak sejuk dan tekstur halus tu. Boleh buat juga ni.. Tapi biskut tak de..

    BalasPadam
  8. Eh senangnya resepi ni.. br tau resepi ni CCL.. tq share

    BalasPadam
  9. sedapnya
    lama tak makan dessert ni

    BalasPadam
  10. Nampak sedap je.. Guna biskut pun boleh eh.

    BalasPadam
  11. Saya baru follow blog CCL, tak sangka biskut boleh buat puding.

    BalasPadam
  12. Tqq CCL atas resipi. Menarik sungguh air tgn dia. Tips bagus.

    BalasPadam
  13. Memang unik betul ni Lyana guna biskut. Berkali kali pandang memang akan cakap kuih lapis. menarik puding lapis biskut ni. Nak buat pun mudah je. Warna pun cantik. Macam warna unicorn. Budak budak mesti suka. Kalau guna pewarna dari buah buahan mesti lagi sedap ni ada rasa. Ke?

    BalasPadam
  14. Memang unik betul ni Lyana guna biskut. Berkali kali pandang memang akan cakap kuih lapis. menarik puding lapis biskut ni. Nak buat pun mudah je. Warna pun cantik. Macam warna unicorn. Budak budak mesti suka. Kalau guna pewarna dari buah buahan mesti lagi sedap ni ada rasa. Ke?

    BalasPadam
  15. Memang unik betul ni Lyana guna biskut. Berkali kali pandang memang akan cakap kuih lapis. menarik puding lapis biskut ni. Nak buat pun mudah je. Warna pun cantik. Macam warna unicorn. Budak budak mesti suka. Kalau guna pewarna dari buah buahan mesti lagi sedap ni ada rasa. Ke?

    BalasPadam
  16. Warnanya sweet pasti sedap, bahannya mudah.

    BalasPadam
  17. x silap sy ada saved resipi ni kat IG konon nk buat tp smpi ke sudah terperam dlm IG tu hahahaha...

    BalasPadam
  18. Good idea ni, kat rumah ada biskut tawar dah lemau. Boleh dipudingkan :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan