HIDUP KITA IBARAT PINGGAN




Hidup kita ibarat pinggan..Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada kita..

Selang beberapa tempoh masa,

individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya..


Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..


Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus meletakkan kita di tempat dimana kita berasal, yang baik dan tempat yang  selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..


Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..


Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak  dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan  teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang  hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. a stern reminder untuk kita semua :( susah nak jadi hambaNya yang baik

    BalasPadam
  2. Ya Allah jauhkanlah kami dari azab api neraka. Saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya. Nice sharing anyway :)

    BalasPadam
  3. nice sharing... (datang sini follow awak juga)

    BalasPadam
  4. datang sini nak follow Akak. Akak balas follow ya

    BalasPadam
  5. nice sahring dik.. teruskan menulis ya..

    BalasPadam
  6. perumpamaan yg sangat bagus :)

    BalasPadam
  7. datang sini baca entry.. Nice entry.. :)

    BalasPadam
  8. assalamua'alaikum. Allahuu. walaupun simple entry ni tapi isinya sangat menyentuh dan mendalam. inshaa-Alalh moga kita semua sentiasa berada di lindungan Nya, dijauhkan dari kekufuran. Aminnnnn :')

    BalasPadam
  9. jemput bace entry saya yang ni ye dan boleh juga tinggal komen :)
    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html

    btw, thanks lawat blog saya, follow sini #1796. hope awak sudi follow blog saya jugak hee. thanks ;)

    BalasPadam
  10. Nice sharing.. im bw here..

    BalasPadam
  11. Terima kasih for that analogi..
    Semoga kita sentiasa menjadi seorg Hamba ALLAH yang beriman serta bertakwa.

    SiiNurul
    http://ciknurul23.blogspot.my/

    BalasPadam
  12. Sangat mendalam... moga kita di antara insan yang terbaik... Insha Allah

    BalasPadam
  13. membalas kunjungan awak tempoh hari. great reminder in life btw ;)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan