Assalamualaikum dan hai semua
Agar-Agar Soya Cincau Petang kelmarin CCL beli sebungkus air soya . Biasalah kalau beli bungkus besar memang susah nak habis sekali minum ..Nak simpan lama-lama dalam peti ais pun risau cepat rosak . Sayang pula nak buang kan … so terus terfikir nak buat agar-agar soya cincau .
Cara dia senang sangat . Tuang je air soya dalam periuk , masuk serbuk agar-agar dan masak sampai larut . Lepas tu CCL letak cincau sikit buat deko-deko bagi nampak cantik sikit , konon nak lawa sikit . sekali cincau tu berkumpul setempat macam ada reunion pulak hahaha .
Tapi okay lah . Walaupun rupa dia tak berapa nak ada ..yang penting sedap dan tak membazir . Sejuk-sejuk makan waktu petang memang layan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Bubur Cha Cha Bersagu Semalam masa kemas-kemas dapur sambil check barang apa yang dah nak habis, CCL ternampak stok cha-cha dengan santan berkotak masih ada lagi. Terus terlintas dalam kepala nak buat bubur cha-cha campur sagu. Alang-alang bahan semua dah cukup, apa lagi terus masuk dapur lah jawabnya ..
First time CCL buat bubur cha-cha bersagu ni. Alhamdulillah menjadi juga walaupun dalam hati cuak-cuak takut sagu terlebih lembik ka apa .. Juri rasa masakan mestilah mak CCL sebab dia paling pakar bab merasa ni hehe. Rupanya bila campur cha-cha dengan sagu memang ngam. Ada kenyal-kenyal sagu, lemak santan dan manis-manis cha-cha tu… memang sedap makan panas-panas..
Assalamualaikum dan hai semua
Dinner | Pulut Harumanis Menu makan malam CCL malam ni simple je, pulut harumanis . Kat Perlis memang tengah musim harumanis sekarang ni, tapi dah nak sampai penghujung musim . Kejap je rasa musim dia kan . Nasib baik dekat rumah CCL ada beberapa pokok harumanis, tahun ni alhamdulillah menjadi elok dan buah pun banyak . Mungkin sebab cuaca panas sekarang ni kot, tu yang buah lebat semacam , dapat la kongsi sikit dengan adik beradik, jiran-jiran..
Malam ni mak CCL buatkan pulut lemak . Pulut yang dimasak sekali dengan santan memang lain macam sedap dia .. Bila makan pulak dengan harumanis yang manis berlemak tu, memang ngam sangat . CCL sebenarnya bukan selalu makan harumanis dengan pulut . Selalunya makan macam tu je terus . Tapi kalau tiba-tiba teringin, memang cari jugak pulut nak makan sekali . Lagi-lagi bila buah tengah masak banyak dekat rumah . Rasa rugi pulak kalau tak menikmati musim harumanis ni puas-puas .
Sekarang ni memang tiap hari boleh merasa harumanis . Pagi makan harumanis, malam pun harumanis lagi . Nasib baik sedap, kalau tak jemu dah agaknya ..
Assalamualaikum dan hai semua
Sarapan Pagi | Apam Coklat & Cekodok Pisang Jarang-jarang nak update entri tentang sarapan pagi ni . Alang-alang dah sempat snap gambar pagi tadi, terus merajinkan diri untuk buat entri..
Pagi ni CCL sarapan apam coklat dan cekodok pisang . Apam coklat tu mak CCL buat untuk tempahan . Bila ada lebih beberapa ketul, terus CCL tapau masuk tupperware bawa ke office , pastu teringat CCL ada simpan resepi apam coklat yang akak SA pernah share dalam blog beliau, tapi sampai sekarang belum cuba buat lagi . Haishhh entah bila la nak rajin mencuba tu..
Untuk cekodok pisang pula, adunan CCL dah siap bancuh dari semalam . Pagi ni hanya keluarkan dari peti sejuk, biarkan sekejap lepas tu terus goreng panas-panas .Sambil goreng tu sempat juga la makan beberapa ketul cekodok walaupun masih panas ..
Apam coklat, cekodok pisang dan kopi panas untuk alas perut pagi-pagi macam ni .
Uguys pula sarapan apa pagi ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cucur Udang Kuah Kacang Gambar dan cerita ni sebenarnya dari minggu lepas, sebelum CCL bercuti jalan-jalan ke Ipoh. Macam biasalah… entri peram lagi . hahaha ..Hilang sekejap dari radar sebab sibuk dengan kerja, ambil masa rehatkan diri, dan luangkan masa dengan family. Sekali sekala “healing tu memang perlu juga kan..
Petang tu, lepas siap urus makan tengah hari, teringat ada lebihan udang dalam peti. Sayang pula kalau tak guna. Terus CCL terlintas idea nak buat cucur udang .. Lagi best bila teringat kuah kacang yang mak CCL buat masa makan nasi impit hari tu masih ada lagi. Rezeki jangan dibazirkan ..
Kuah kacang hasil air tangan mak CCL, memang pekat dan cukup rasa..lemak, manis, pedas semua balance. Kuah kacang pula, walaupun lebihan beberapa hari lepas, rasa dia lagi “naik”.Bila panaskan balik, tambah sikit air, kacau sampai pekat semula
Cucur udang pulak hasil air tangan CCL, . Bila makan panas-panas, cicah pula dengan kuah kacang tu… memang ngam habis!
Hasilnya… petang tu jadi dapat lah makan cucur udang kuah kacang..
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Dari Biskut Buah Pinggang Jadi Hati
Entri dua hari lelas ..terlupa nak publish ..Ni lah biskut raya terakhir untuk tahun ni… cukup sudah enam jenis biskut raya.. Yang keenam ni asalnya nak buat biskut buah pinggang, projek khas mak dengan adik CCL. CCL pula bahagian pasang langsir malam ni..Tapi kan… ada plot twist sikit.. Resepi semua dah on point dah, memang ikut style biskut buah pinggang. Tapi bila sampai part nak terap… ehhh acuan pula hilang ! Entah tersorok kat mana, tak jumpa langsung. Last-last terpaksa redha guna apa yang ada .. acuan bentuk hati .
Gambar selepas siap dibakar
Gambar sebelum di bakar
Maka dengan rasminya… biskut buah pinggang bertukar jadi biskut hati .. Pinggang ke hati… janji rasa tetap sama, tapi hasilnya lagi comel pulak kan.
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
Masih lagi bersambung projek biskut raya pagi tadi… kali ni turn adik CCL pula ambil alih dapur. CCL hari ni tukar angin sikit..sementara CCL cuti hari ni , buat kerja rumah mana yang sempat. Vakum sofa, vakum karpet, tukar langsir… ala-ala mood nak raya dah tu..esok dah start on duty sampai hari raya .. kerja raya !
So, untuk sesi baking kali ni, adik CCL yang handle buat tart nenas.. nak habiskan inti tart nenas yang masih elok tersimpan dalam peti ais. Bahagian adunansemua mak CCL yang uruskan. Adik CCL fokus pada part uli dan bentukkan je. Eh, tapi comel betul saiz tart nenas dia… kecik molek! Kalau CCL yang buat, memang sah besar sikit..teringat lagi kejadian biskut makmur yang “terlajak kembang” tu…
Lepas bakar, tart nenas nampak cantik kejadian dia. Tak ada la kembang over, just nice je. Warna pun cun, bau pun usah kata lahh..memang wangi satu dapur.
Okay, next tinggal satu jenis biskut je lagi nak settle. Lepas tu boleh lah “off oven” dan rehatkan diri sikit. Misi biskut raya CCL hampir selesai
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
Semalam CCL tak turun dapur buat biskut raya, tapi bagi laluan penuh dekat mak dan adik CCL.. Biasalah, selagi tak cukup 6 jenis biskut raya, memang takkan selesai.. Sekarang ni dah masuk biskut raya yang keempat, tinggal dua jenis je lagi nak cukupkan balang kuih raya ..
Projek kali ni ialah samperit susu. Sebenarnya plan asal CCL nak buat samperit Oreo, konon nak kelainan sikit tahun ni. Tapi apakan daya.. serbuk Oreo pulak tak ada. Kebetulan pula mak teringin nak makan samperit susu.. jadi kita ikutkan saja permintaan tu. Samperit Oreo tu kita simpan dulu, maybe projek Raya Haji nanti pulak kan ..
Sebelum bakar, nampak la bentuk-bentuk samperit susu yang comel tu. Kali ni guna dua jenis acuan, saja try test mana satu lagi cantik hasilnya. Seronok tengok adunan tu elok je keluar dari acuan, tak melekat pun.
Lepas bakar… haaa, inilah hasilnya! Cantik! ..bau pun wangi satu dapur. Memang rasa puas hati bila tengok biskut jadi elok macam ni..
Alhamdulillah, siap sudah biskut raya keempat ..
Haritu ada juga beli badam cincang dengan kacang peas, tapi badam tu masih belum buka plastik lagi. Jadi sekarang tengah fikir-fikir… agak-agak projek biskut raya seterusnya nak buat apa pula ya?
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
Hari ni CCL offday, so dapatlah curi masa sikit untuk settlekan persiapan biskut raya. Bila dah dekat raya ni, memang seronok juga buat kuih sikit-sikit walaupun tak banyak jenis. Hari ni CCL target nak buat dua jenis biskut raya. Macam biasa, lepas sahur tadi CCL minta tolong mak bancuhkan dan ulikan adunan dulu.. Biskut raya CCL yang ketiga tahun ni ialah Chocolate Cornflakes Crunchy.
Sebelum bakar
Selepas bakar
Alhamdulillah, sekali buat dapat juga satu bekas besar. Selalunya cornflakes crunchy ni buat biasa saja, tapi kali ni CCL minta mak masukkan sekali serbuk coklat dalam adunan. Jadi ada juga rasa coklat sikit-sikit. Alang-alang dah ada serbuk coklat kat rumah, kita guna saja bagi lain sikit rasanya.
Alhamdulillah, settle satu jenis biskut. Lepas ni nak sambung buat satu jenis lagi pula. Kejap lagi CCL update entri seterusnya
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
Cerita semalam… lepas sahur terus sambung buat biskut raya yang kedua. Buat lepas subuh sebab tak rasa bahang panas sangat. Kalau tengahari… Ya Allah, panasnya memang tahap maksimum..Biskut raya kedua adalah biskut makmur .. salah satu biskut raya favourite mak dan juga CCL. Tahun lepas tak ada order biskut makmur, tapi tahun ni buat sendiri, dapat laa banyak juga.
(Gambar sebelum bakar)
Lepas uli adunan ..lepas bentukkan dan kejadian lepas bakar ..MasyaAllah, biskut tu kembang bukan main! ..terlupa nak tangkap gambar ..Untuk tray kedua, CCL perlu kecikkan saiz biskut sikit takut lepas bakar nanti kembang macam first try.
Dah sejuk, boleh salut gula aising… nampak cantik dan banyak juga. Boleh laa CCL nak bawa pergi opis, boleh tukar-tukar juadah kuih raya dengan kawan department lain.
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas Malam ni lepas berbuka tadi, CCL terus ajak mak buat kuih raya. Tapi sebelum tu CCL tanya dulu mak sama ada larat atau tidak. Bukan apa, CCL nak minta tolong mak uli adunan biskut raya. Selebihnya biar CCL yang buat sendiri.. Bila mak CCL pun onz, apa lagi… teruslah CCL mulakan projek kuih raya pertama untuk tahun ni.
Antara bahan utama yang digunakan ialah serbuk kacang peas yang CCL beli melalui Shopee baru-baru ni. Thank you juga pada uguys yang sporting teka biskut apa yang CCL nak buat hari tu.
Biskut pertama untuk tahun ni ialah Biskut Mazola Kacang Peas. Seperti beberapa tahun sebelum ni, kalau CCL tak buat sendiri pun CCL mesti akan beli. Kiranya biskut mazola ni memang wajib ada setiap kali raya.. Selalunya CCL beli atau makan mazola klasik kacang tanah tu je.. Tapi tahun ni nak buat kelainan sikit. Tak nak lagi versi kacang tanah, CCL upgrade sikit kepada biskut mazola kacang peas pula. Cewahh… bunyi macam eksklusif pula kan.
First time juga sebenarnya CCL buat mazola versi kacang peas ni. Mak CCL tolong uli adunan dulu, lepas tu step seterusnya CCL sambung sendiri. Mak CCL ada juga tolong masukkan dan bakarkan biskut dalam oven..
Alhamdulillah, dua kali adunan bahan dapatlah lebih kurang 100 biji biskut mazola kacang peas. Itu belum kira yang dah masuk dalam mulut dua tiga biji… biasalah, habuan rasa-rasa dulu kan.
Seronok juga sebenarnya bila dapat buat kuih raya sendiri. Tahun lepas semua CCL beli je. Tahun ni terasa nak rajinkan diri sikit buat sendiri. Lagi pun sekarang ni harga kuih raya pun boleh tahan mahal juga.
Uguys pula macam mana? Dah mula buat kuih raya ke belum
Assalamualaikum dan hai semua
Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ? Semalam sebelum nak tidur, CCL sempat masuk dapur sebab teringat dah beberapa hari adik lelaki CCL request nak makan puding karamel...Puding ni memang antara dessert favourite adik dengan CCL juga.. Lepas tengok ramai cuba resepi daripada Khairul Aming tu, CCL pun teringin juga nak buat. Tapi bila pergi cari bahan, cheese pula rata-rata out of stock. Jadi malam tadi CCL buat saja guna apa yang ada. Semua bahan lengkap kecuali cheese. Maka terjadilah puding karamel tanpa cheese. Kira menderhaka sikitlah dengan resepi KA tu. Hehe.
Masa tengah buat puding karamel sorang-sorang di dapur, tiba-tiba teringat pula kenangan lama. Dulu masa arwah tokwan CCL masih ada, setiap kali bulan puasa mesti hampir setiap minggu arwah akan beli puding karamel untuk cucu-cucu dia makan. Sekarang arwah tokwan dah tak ada… jadi jaranglah nak makan puding karamel. Bukan tak boleh beli, boleh saja. Cuma kadang risau kalau terbeli puding karamel yang bau hanyir telur.
Jadi kali ni atas permintaan adik, CCL gagahkan juga buat sendiri. Sambil-sambil tu terkenang memori lama dengan arwah tokwan. Tiba-tiba rasa rindu pula. Apa khabar lah arwah tokwan di sana..
Bancuhan puding karamel tu CCL tuang dalam bekas yang ada.. Muat-muat saja dalam periuk pengukus.. Lepas tu kena kukus dan tunggu sampai siap. Bila dah cukup masa dan buka penutup periuk kukus… CCL tengok pun macam tertanya-tanya dalam hati, jadi ke tidak ni? Harap-harap menjadi lah ya.
Lepas tu bagi sejuk sikit sebelum masukkan dalam peti ais. Sekarang tak sabar pula nak tunggu esok. Macam mana lah rupa dan kejadian puding karamel CCL ni nanti. Jadi cantik ke… atau sebaliknya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Puding Marble Kastard Keladi Throwback cerita beberapa hari lepas . Tak sempat nak siapkan entri. Pagi ahad yang lepas bangun awal pergi pasar tani beli barang basah, dan juga sayur . Selesai balik dari pasar tani bergegas pulak ke dapur untuk buat puding kastard keladi . Kerja masa yer disebabkan CCL akan on duty lagi beberapa jam .. so masa yang ada kena guna sebaik habis mungkin.
Mulanya hanya nak buat puding kastard sahaja , entah tiba-tiba idea datang nak mixed kan kastard dan juga keladi disebabkan ternampak tanpa sengaja flavour keladi .. so alang-alang nak memeriahkan puding kastard tu . Maka terjadilah corak-corak marble pada permukaan puding kastard tersebut .
Saja buat kelainan. Bagi puding tu nampak menarik .. mujur gabungan rasa pun sedap . Ada rasa kastard dan rasa keladi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Imbas balik cerita-cerita minggu lepas, sebenarnya banyak nak diceritakan ..satu per satu lah .. ni baru sempat nak update blog dan baru ada mood nak menulis ni ..
Kisah puding susu laici, actually pada hari Deepavali hari tu family CCL ada buat makan-makan sikit . Family gathering, memang dah lama plan . So decide Deepavali laa sebab semua cuti, semua ada kan .. so pagi sebelum nak keluar pergi barang-barang lain , buatkan puding susu laici . Bahan-bahan semua pun dah ada.so jalan je lah ..
CCL guna agar-agar serbuk untuk jimatkan masa, memang senang juga agar-agar serbuk ni larut dalam air , tambah susu cair satu tin, air tin laici, susu pekat sikit . Satu paket serbuk agar-agar bersamaan campuran air dan susu cair sebanyak 100ml . Memang elok kejadiannya .
Sedang-sedang puding ni nak sejuk CCL letak la sikit laici kat atas tu . Lebihan puding tu CCL campur dengan pati sirap sikit , letak atas laici ala-ala nak meriahkan sedikit puding tu kan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi ni bangun awal nak buat bekal sarapan pagi . Tiba-tiba jadi terajin pulak kan . Ingat nak buat sandwich telur ja untuk makan sarapan pagi ni , tapi roti gardenia putih pula habis . So decide tukar menu chicken wrap ni je lah . Semua bahan dah ada .
Ayam grill pun dah bersembunyi bawah bahan-bahan lain ..salad, carrot dan bawang letak mayonis , sos black papper dan sos cili itu dah memadai .janji cukup rasa .
U guys breakfast apa harini ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni bawa bekal lagi ke tempat kerja .. dah ujung-ujung bulan ni kena jimat sikit la sementara gaji September nak masuk kan .. So menu hari ni nasi goreng sambil nyet dengan udang goreng kunyit
Menu simple cukup kenyangkan perut .. nasi goreng sambal nyet yang sangat simple jer CCL buatkan .. goreng ikan bilis biar garing dan tumis kan bersama sambal nyet Khairul Aming . Sepantas ! Tak perlu nak susah-susah kisar bawang & cili ,. Lepas tumis masukkan nasi dan bahan-bahan rencah sayur . Settle ..jimat . Rasa pun sedap ..pedas nak kurangkan pedas kena letak gula sedikit.
U guys pernah try buat nasi goreng guna sambal nyet Khairulaming ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu tengahari ni, udang goreng kunyit dengan cendawan .. asalnya nak buat simple-simple ja udang goreng kunyit . Teringat ada sikit lagi cendawan tu dalam peti sejuk . Alang-alang tak nak rosak campurkan sekali dalam udang ni .
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Bawang besar
- Udang
- Cendawan
- Cili benggala
Resepi ni campak-campak jer , tumis kan bawang putih, masukkan udang biar sekejap lepas tu baru masukkan cendawan dan cili benggala . Masukkan juga serbuk perasa, garam dan juga lada hitam sikit . Biarkan sekejap masukkan bawang besar and then siap ...
Mudahkan .. boleh cuba !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Pasta Aglio Olio
Happy weekand korang-korang semua ! Ada yang kerja tak hari ni ? CCL minggu ni on duty juga .
Hari ni bawa bekal lagi, nak jimat kan .. so kena rajin sikit buat bekal untuk ke tempat kerja .. hari ni menu simple juga, buatkan pasta aglio olio .. letak potongan isi ayam, brokoli dan capsicum . Settle!
Sekali tengok macam menu berkhasiat juga kan .. siapa suka spaghetti atau pasta aglio olio ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siap !! Sejenis menu untuk tengahari ni , tomyam goong atau tomyam udang ! Suka letak banyak sayur especially kubis bunga , brokoli dan cendawan .. tiga ni memang wajib ada la dalam tomyam . Hari ni sengaja buat lebih sikit .. tengahari makan dengan nasi , lepas tu bekalkan sikit ke tempat kerja . Celur bihun sikit boleh makan dengan tomyam ni ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Ikan Kembung Masak Cuka & Kangkung Masak Cili
Selamat tengahari uolss . Makan apa jer hari ni ? Masak atau makan diluar ? Menu ringkas dari CCL hari ni .. udang goreng kunyit tu lebihan menu semalam, boleh makan lagi , so panaskan jer, membazir kalau buang benda boleh makan .
Menu Tengahari
- Kangkung goreng cili
- Ikan kembung masak cuka
- Ikan kembung goreng
- Udang goreng kunyit
- Cili kampung jeruk
- Air cincau