Astro Ria | Drama Sumpahan Mencintai

Assalamualaikum dan hai semua 

Astro Ria | Drama Sumpahan Mencintai Uguys… ada drama baru  masuk slot MegaDrama di Astro Ria ..Drama terbaru Sumpahan Mencintai  adaptasi daripada novel karya Ieya Sya yang bakal menemui penonton bermula 14 September 2026. Drama ni akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, terbitan Radius One Sdn Bhd ni pula diarahkan oleh pengarah yang memang tak asing lagi dengan drama-drama penuh emosi, Rashid Sibir.

Barisan pelakon drama Sumpahan Mencintai 

Untuk barisan pelakon, antara yang bakal menghidupkan watak dalam drama ni ialah Niezam Zaidi sebagai Zakief, Siti Hariesa sebagai Akiera dan Nafiez Zaidi sebagai Zarif, selain Yuna Rahim, Uyaina Arshad, Dilla Ahmad dan ramai lagi.

drama sumpahan mencintai, tonton online drama sumpahan mencintai, novel sumpahan mencintai, sinopsis drama sumpahan mencintai, tonton live drama

Sinopsis Drama Sumpahan Mencintai

Drama ni mengisahkan tentang Akiera atau Kiera yang hidupnya berubah selepas dia terkena kata-kata 'sumpahan' daripada ibunya sendiri.Tiga tahun berlalu dan kehidupan Akiera benar-benar berubah. Tiada lagi tawa seperti dahulu, sebaliknya hanya senyuman palsu yang menyembunyikan penderitaan serta satu rahsia besar yang dipendamnya..  

Selepas kematian ibunya, Akiera akhirnya pulang ke kampung halaman untuk memohon kemaafan. Tapi kepulangannya bukanlah disambut dengan tangan terbuka.. Mak Ngah pula marah kerana Akiera tidak pulang ketika pengebumian ibunya. Keadaan bertambah rumit apabila Akiera terpaksa berhadapan dengan Zakief, lelaki yang menyimpan dendam dan kebencian yang mendalam terhadapnya.

Zakief menyalahkan Akiera atas segala yang berlaku tanpa mengetahui pengorbanan dan penderitaan sebenar yang selama ini ditanggung oleh wanita itu.

Sumpahan Mencintai membawa lakonan padu daripada Niezam Zaidi dan Siti Hariesa menerusi drama 24 episod yang sarat dengan kisah sumpahan, dendam dan rahsia keluarga.. Bagi uguys yang suka drama penuh emosi, memang boleh masukkan drama ni dalam watchlist. Lagi-lagi bila jalan ceritanya perlahan-lahan membuka segala rahsia dan kebenaran yang selama ni disimpan.. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Akiera? Kenapa Zakief begitu membenci dan menyimpan dendam terhadapnya? 

Nampaknya kena tengok episod demi episod untuk tahu bagaimana segala persoalan dan rahsia akhirnya terungkai. 


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan