BLOG DILANDA PENYAKIT " I"M NOT ROBOT"



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Blog CCL ni manja betul , kalau terlebih itu dan ini mula la akan jadi problem sikit-sikit . Sekarang ni blog CCL dilanda penyakit " i"m not robot" . Mesti korang pun pernah alami perkara yang sama macam CCL  . Mood nak blogwalking dua ke tiga hari ni terus jadi swing-swing mana tidaknya , setiap kali ziarah blog rakan-rakan lain CCL wajib tinggalkan sepatah dua kata komen-komen tanda CCL hadir ke blog blogger lain  . Jarang sekali CCL nak jadi silent reader 


TUTORIAL BLOG , MASALAH BLOG, CARA MENGATASI I'M NOT ROBOT DI KOTAK KOMEN, CARA ATASI MASALAH RECAPTCHA, APA ITU RECAPTCHA, TIPS HILANGKAN RECAPTCHA


Sebelum munculnya penyakit " i'm not robot" ini ,ada sehari dua hari , CCL tak sempat nak ziarah blog rakan-rakan lain . Hari tu memandangkan CCL tengah free apa lagi , CCL luangkan masa untuk blog, ziarah rata-rata blogger lain  sambil tinggalkan komen setiap entri yang diorang kongsikan . Akibat terbanyak komen di entri sana sini maka muncullah si robot ni .. Hilang terus mood . Sampai hari ini robot ini masih lagi tak hilang-hilang . 


Kalau muncul i'm not robot , dah tak boleh tinggal komen di entri ke ??

Bukan tak boleh , boleh sahaja kalau nak komen , tapi kena rajinkan jari untuk klik kotak "i'm not robbot" . Setiap kali komen , setiap kali jugak la kena klik . Agak leceh betulkan . Pada masa yang sama kalau blog korang dilanda penyakit i'm not robot korang terus-terusan tinggalkan komen tanpa henti maka akan landa satu lagi virus iaitu "reCAPTCHA" . Kalau setakat tekan tanda tick pada i"m not robot itu ok lagi la .. dalam terkawal la. Tapi apabila banyak keluar reCAPTCHA yang kena klik gambar kotak-kotak dan korang hanya perlu kenal pasti objek yang diminta dalam gambar tu bagi CCL agak spoil mood . Dua tiga kali kerja pulak kat situ kan . Buang masa . 


Bagus juga ada reCAPTCHA ini 

Sebenarnya reCAPTCHA ini bertujuan untuk mengurangkan spam yang dilakukan oleh hacker-hacker di luar sana yang kadang tu tidak ada rasa tanggungjawab langsung senang-senang nak godam akaun orang lain  . Bagus tujuannya sebenarnya . Tapi kalau tiap-tiap kali nak komen asyik keluar reCAPTHCA kadang-kadang penat juga tau . 


InsyaAllah , apabila blog CCL kembali sihat dari penyakit reCAPTHCA, CCL akan kembali ziarah blogger-blogger yang lain 

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Bertabah lah. Robot ni memang akan menjengah secara berkala.

    BalasPadam
  2. Hari ni saya blogwalking.. Alhamdulillah, "dia" tidak muncul.

    BalasPadam
  3. Saya tahan sahaja sebab bagus juga ambil masa jalan-jalan blog orang.

    BalasPadam
  4. kalau komen banyak banyak mesti akan muncul. bertabahlah kena klik tu. Okay lagilah dari hilang komen tu. Dulu tak macam ni pun kan. Macam macam lah problem google sekarang ni.

    BalasPadam
  5. Naniey baru je ok last week. Penyakit ni boleh buat hilang sabar lagi lagi nak tinggalkan komen panjang lepas tu hilang. Aduh...

    BalasPadam
  6. Kadang2 jumpa juga bendalah ni

    BalasPadam
  7. Hi..Tuler leceh ada bende alah tu tp nk klik gak la bg komen kita appear kt kotak komen..
    Salam kenalan. (^_^)

    BalasPadam
  8. Penyakit ni ssh nak hilang kan.. Dia akan tiba2 je muncul hehhe

    BalasPadam
  9. yg ni ok lg bg sy. yg sy geram.dah penat taip komen hlg cm tu je grrrr

    BalasPadam
  10. Ooh..maksudnya benda2 tu muncul disebabkan kita aktif bw lah ya.

    BalasPadam
  11. lebih baik kene I Not Robot daripada reCAPTCHA. stress giler kalau kene reCAPTCHA tu..

    BalasPadam
  12. Memang selalu kena tiap kali blogwalking ahahaha. Setuju, kalau sekada tick i am not robot tu acceptable lagi, tapi part kena tick gambar gambar tu ya allah bosannyaaaaa. Tapi tetap tick jugak :D

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.Setakat ni belum kena lagi.Hu3

    BalasPadam
  14. terpaksalah mempertahankan hak kita sebagai bukan robot tu berulang kali haha

    BalasPadam
  15. Yaaa.. dah terkena lagik! Maybe sebab banyak komen blog orang la ni... Adoii . Dulu takde gini.. sekarang ni macamni pulok ek! Baru semangat nak drop comments oi .. Hahahaha

    BalasPadam
  16. bab kena tick2 gambar tuu.. huhu.. penat betul.. faham prasan tu mcm mna, busyra penah kena jgk

    BalasPadam
  17. benar... kalau ada penyakit i'm not robot ni keluar geram betul haaa

    BalasPadam
  18. sy selalu kena esp.kalau BW byk2 tp bg sy ni ok lg drpd taip pjng2 lps tu lenyap cm tu je😡

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan