PUDING ROTI WHOLEMEAL & SOS KASTARD


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



PUDING ROTI WHOLEMEAL & SOS KASTARD Sebenarnya entri ini kena repost minggu lepas . So disebabkan kekangan masa, CCL repost pagi ini la ..aci juga laa kan .. Minggu lepas CCL ada kongsikan mengenai "Gardenia Canadian with Purple Wheat" iaitu sejenis Roti gandum yang ada serat nutrisi sendiri . Memang baik untuk kesihatan  tetapi serat dia terlalu banyak dan bila makan roti tersebut ibarat makan hampas . Nak habiskan sekeping roti pun kira masa juga la . .so disebabkan CCL tak nak bazir CCL cuba membuat puding roti wholemeal ini bersama sos kastard . Kalau korang tak ada roti wholemeal boleh sahaja pakai roti putih . 


CARA MEMBUAT PUDING ROTI SOS KASTARD , RESEPI PUDING ROTI , RESEPI SOS KASTARD , RESEPI , FOOD , MAKANAN , RESEPI PUDING , ANEKA PUDING , PENCUCI MULUT , PUDING ROTI SOS KASTARD


Bahan-bahan puding roti wholemeal 

-roti gardenia wholemeal 

-susu cair 

-telur 

-susu pekat / gula 

-tepung kastard 

-esen vanilla


Baca juga : Guna biskut cracker boleh buat puding


Cara membuat puding roti wholemeal

1. Potongkan roti wholemeal kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam acuan untuk dikukus .


2.Masukkan 1 tin susu cair, 2 biji telur, 4 sudu besar susu pekat dan esen vanilla untuk kurangkan bau hanyir telur ,  gaul hingga sebati dan tuang bahan-bahan tersebut ke dalam roti yang siap dipotong tadi.


3.Boleh taburkan potongan ceri, badam dan sedikit coklat chip di atas roti sebagai hiasan dan kukus selama 30 minit .


Baca juga : Review Gardenia Wholegrain Canadian with Purple Meal

Cara membuat sos kastard 

1.Masukkan satu tin susu cair , dua sudu besar tepung kastard dan tiga sudu besar susu pekat . Gaul hingga tepung tersebut larut bersama susu dan bukakan api secara sederhana dan kacau adunan sehingga sedikit pekat dan masak 


Siap !!

Mudah bukan .. Selamat mencuba resepi puding roti wholemeal bersama sos kastard

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Hehe betul makan roti serat memang lambat habis.
    Tq bagi alternatif buat apa dengan roti.

    BalasPadam
  2. lama tk buat puding roti..tp tkpernh la guna roti wholemeal

    BalasPadam
  3. sedapnyaa
    rabia tak pernah makan lg
    tgk gmbr nmpk menyelerakan

    BalasPadam
  4. Saya suka jenis roti berserat ni. Roti berserat sedap buat sandwich. Tak pernah lagi buat puding roti guna roti ni. Biasa guna roti putih je. Kalau buat puding roti cepat sikit habisnya kan. Lagi lagi ada sos kastard tu. Sedapnya!

    BalasPadam
  5. nmpk. sedapp
    ciknur x penah buat yg roti whemeal camni lg

    BalasPadam
  6. Sedapnyaaa nampak menarik menu ni. Nanti boleh cuba

    BalasPadam
  7. Dah lama nya x makan puding roti custard ni..
    Nanti nak soh MAMA uyum buatkan la hahah

    BalasPadam
  8. roti wholemeal sedap! cpt knyg.. haha

    kalo buat puding lg sedap laaa!

    BalasPadam
  9. Tak pernah buat lagi puding roti wholemeal, tapi makan puding roti bersama sos kastard memang sedappppp!

    BalasPadam
  10. alaaaa..terus trringin...saje je kan goda akak...

    BalasPadam
  11. kreatif.. Nampak lebih menarik pula bila guna roti wholemeal tu.. tq share..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan