NAK MAKAN DONUT GULA TAPI DAPAT DONUT COKLAT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


NAK MAKAN DONUT GULA TAPI DAPAT DONUT COKLAT Dah lama rasanya teringin nak makan donut . Hari tu dapat la merasa juga kawan CCL yang belikan donut ala-ala "dunkin donut" yang pelbagai macam topping atas donut tu . Sedap juga . Sejuk-sejuk tekstur donut tetap lembut barulah berselera lagi nak makan . Hilanglah kempunan tu kejap . Kisahnya hari itu makngah CCL ada bagi beberapa biji donut gula . Memang sedap sangat-sangat sebab lembut . Sampai sekarang CCL teringin nak makan donut gula homemade by makngah . Tak sama macam dijual di gerai kuih muih diluar . Pernah nk cuba buat donut tapi itu la dalam kepala otak fikir "takut tak menjadi" pulak donut tu kan. . Ada juga ternampak tepung siap segera donut , balik hanya bancuh dan tambahkan yis sahaja . Memandangkan yis tak ada di rumah so CCL batalkan hasrat nak cuba buat donut . Nak minta mak CCL yang buatkan kadang-kadang terasa segak pulak ganggu waktu rehatnya . 


Baca juga : Donut cheese leleh

Baca juga : Donut green tea ala-ala Big Apple


DONUT , DONUT GULA HALUS , DONUT COKKAT, DONUT TOPPING COKLAT , FOOD , MAKANAN, DONUT LEMBUT


Pagi ini alhamdulillah rezeki bersabarkan . Mak CCL buatkan donut . Tapi bukan donut gula halus tau, sekali buat donut siap ada topping coklat . Alhamdulillah sedap dan lembut juga donut ni . Rasa donut ini manis-manis sedang , disebabkan mak tak makan manis sangat so dia letakkan sedikit dark chocolate dalam topping coklat ni . Memang sedap rasanya . Kalau manis sangat pun sakit gigi pulak nak makan nanti .


Baca juga : 8 ketul donut dunkin dengan harga RM2


Kalau korang nak tahu resepi boleh la godek resepi donut di google . Hehe . Sekarang ni pelbagai macam donut yang munculkan . Dah upgrade mengikut peredaran zaman  . 

Apa-apa pun donut coklat mak CCL memang sedap . Air tangan dari seorang emak .


Baca juga : Pernah makan donut spaghetti ?



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Hehe rezeki teringin.
    Alhamdulillah dapat. Haha saya banyak juga teringin terpendam dalam hati. Tunggu masa akan dapat juga. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. sedap pulak tngok donut ptg2 ni.. hehe

    BalasPadam
  3. Dalam mengidam dapat gak donut buatan mak jugak. Alhamdulillah. buatan air tangan mak for sure sedap. Siap topping coklat lagi tu.

    BalasPadam
  4. Kita kan, macam terkena sumpahan, tak pernah menjadinya donut kita 😭

    BalasPadam
  5. nak buat donat ni teknikal sket. salah buat nnt keras...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah
    hati menyebut
    tekak merasa

    BalasPadam
  7. Naniey buat donut guna tepung eco hari tu fail. silap langkah kat yis tu rasanya. Tengok orang lain buat cantik elok je.
    Tapi rasa donut tu ada cuma rupa macam kena simbah asid..

    BalasPadam
  8. Menarik juga.. Macam Dunkin Donut.. hehe

    BalasPadam
  9. rezeki dapat makan donut, siap topping coklat lagi...
    menarik..

    BalasPadam
  10. Antara nikmat hidup ni, dapat merasa air tangan emak. Pastilah sedap.

    BalasPadam
  11. Donut ni letak mcm2 jenis topping pun sedap

    BalasPadam
  12. Mana mana donut pun tetap sedap semuanyaaa hehehe

    BalasPadam
  13. Aduh.. rindu pula nak makan donut bertopping camnie.. hehehe..
    sedap tu buat kudapan sarapan atau minum petang..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan