Assalamualaikum dan salam sejahtera
KERABU BUNGA BETIK BERSAMA JANTUNG PISANG Pagi tadi sambil-sambil siram pokok di luar rumah, mata ternampak pokok betik yang mengeluarkan bunga . Agak lebat juga pokok betik tu berbunga . CCL selalu ambil, selalu buat ulam . Walaupun rasanya sedikit pahit tapi tetap sedap . Lepas sahaja selesai siram pokok terus pergi petik bunga betik . Dapat juga satu bekas besar, tetapi nanti selepas direbus dan dileraikan kuantitinya tak sampai satu bekas, hanya separuh sahaja . CCL ambil beberapa pucuk betik muda.
Selesai ambil bunga betik, CCL ambil jantung pisang yang sudah membesar. Banyak juga ulam-ulaman hari ini .maka dalam fikiran untuk masak hari ini ada bunga betik, jantung pisang dan juga pucuk betik muda. 3 ulam ulaman ini disatukan menjadi kerabu . Kerabu memang menjadi kesukaan CCL . Tak kiralah apa sekalipun kerabu . Tetap akan makan .
Bahan-bahan yang diperlukan .
-santan
-kerisik
-bawang merah/bawang putih
-lengkuas
-serai
-cili padi/cili besar
-belacan
-asam jawa
-garam/gula
Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga betul-betul hancur dan setelah itu boleh digaulkan bersama bunga betik, pucuk betik muda dan juga jantung pisang yang sudah siap direbus . .
Tips untuk kurangkan sedikit rasa pahit pada bunga betik ialah korang perlu rebus sehingga bunga betik yang berwarna kehijauan tadi bertukar menjadi warna kekuningan dan layu .. Rebus sehingga 10 minit hingga 15minit . Tips ini memang berkesan .
Selamat mencuba .
14 Ulasan
Tak pernah makan lagi.. Selalu jantung pisang rebus cicah budu. Lama dah tak makan. Nak kena cari jantung pisang ni..
BalasPadamTak pernah cuba lagi bunga betik. Menarik kombinasi dengan jantung pisang.
BalasPadamSaya pun suka kerabu jantung pisang. Tak heran lauk lain dah
BalasPadamTak pernah try lagi, tapi nampak sedappp dan menarik kombinasi bunga betik dengan jantung pisang.
BalasPadamTak pernah lagi mencuba makan bunga betik. Mesti awet muda CCL rajin makan ulaman.
BalasPadamPernah cuba makan pucuk betik tu tapi tak boleh masuk. Pahit. Mungkin tak tahu cara hilangkan getah pahit tu kot. Tapi jantung pisang saya suka. Rebus dan buat ulam sedap! Belum pernah makan lagi versi kerabu.
BalasPadamTak pernah cuba lagi kerabu ni. pernah makan jantung pisang buat ulam je.. :-)
BalasPadamWow. xpernah rasa lagi heheh
BalasPadamTerbayang betapa sedapnya ratah kerabu CCL ni :)
BalasPadamtak pernah cube bunga betik lagi, jantung pisang tu pernah juga tapi tak boleh diterima tekak
BalasPadamGambar pun dah sedap hehe
BalasPadamSedapnya kerabu, betul tu kerabu apapun sedap. Persediaannya dari bahan segar.
BalasPadamSedap...tapi saya pun suka kalau kurang pahit...kerabu yang rasa masam masam pun favouriteku
BalasPadamalahaiiii sedapnyaaaaa
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan