Assalamualaikum dan salam sejahtera
"ANHAR AL-DEEK" WANITA PALESTIN TAHANAN REJIM ISRAEL SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI Seminggu yang lepas CCL ada terbaca thread mengenai kisah wanita palestin yang sedang sarat mengandung sembilan bulan menjadi tahanan rejim israel. Anhar Al-Deek wanita palestin yang berusia 25 tahun telan menjadi tahanan rejim Israel ketika kandungan bayinya berusia lima bulan . CCL pun tertanya-tanya kenapa wanita ini ditahan oleh rejim Israel . Apa kesalahan yang wanita ini buat sehinggakan dipenjara ? CCL pun jadi tertanya-tanya dan baca thread melalui laman media sosial "twitter" sehingga habis .
Rupanya wanita Palestin Anhar Al-Deek ditahan oleh tentera Israel setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel . Anhar Al-Deek kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana.
Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.
Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.
Atas desakan dunia dan juga tekanan yang hebat dari masyarakat Palestin, akhirnya Anhar Al-Deek telah dibebaskan oleh pihak Israel pada 2 September 2021 selepas hampir 6 bulan dipenjarakan.kini telah dibebaskan dengan bayaran ikat jamin dalam anggaran sebanyak RM50,000 bagi membolehkan wanita tersebut menjalani pembedahan bagi melahirkan anak
Namun ikat jamin yang dianggarkan sebanyak 50,000 bukan sekadar ikat jamin, tetapi Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes menikam anggota rejim Israel.
Pada 9 September 2021 Anhar Al-Deek Selamat melahirkan anak keduanya di hospital . Beliau dan suami menimang bayi lelaki dan bayi comel tersebut diberi nama "Ala" . Alhamdulillah beliau dan bayi berada dalam keadaan sihat .
Ayuh kita semua berdoa supaya dipermudahkan segala urusan beliau . CCL tak dapat bayangkan di usia yang muda , sarat mengandung dan ditahan dalam penjara . Mesti emosi kena kuat . Allahu semoga Allah bagi kekuatan pada wanita Palestin ini .
12 Ulasan
Allahu Akbar! Semoga ada keadilan buat beliau di dunia ini ðŸ˜
BalasPadamalhamdulillah.. selamat melahirkan..
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan beliau..
comelnya baby dia! =)
Ya Allah. Tak ada simpati betul kan mereka. Kejam sungguh lah mereka. Memang tak ada sifat kemanusiaan lansung.
BalasPadamAlhamdulillah..syukur anhar al deek selamat melahirkan baby dia. Comel Ala.
alhamdulillah..comel anak die
BalasPadamPastinya anak dia akan menjadi seorang pejuang suatu masa nanti.
BalasPadamtak tahu hati israel ni mcm mane.. kejam !!
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusannya. Wanita palestin memang hebat dan luar biasa..
Allahuakbar, moga dipermudahkan urusan beliau dan terus bebas bersama keluarga. InshaAllah.
BalasPadamalhamdulillah.. smuanya dgn izin Allah.. prjuangan seorang ibu
BalasPadamHebatnya wanita ni. Diuji dengan hebat pun masih tersenyum bahagia. Semoga bayi beliau akan meneruskan perjuangan menentang Israel bila besar nanti
BalasPadamhebat wanita-wanita palestine
BalasPadamEhhh, sedihnyaaaa..Alhamdulillah selamat dah
BalasPadamhebat wanita bernama Anhar ni!
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan