Assalamualaikum dan salam sejahtera
SHOPEE HAUL : BELI WRAPPING PAPER DENGAN HARGA SERENDAH RM1 Masuk bulan September ini, merupakan bulan
kelahiran kakak CCL , setiap tahun mesti akan buat "suprise delivery" untuk beliau. Order kek, order bouquet dan minta runner tolong suprisekan untuk dia . Memang setiap tahun tak akan lupa . Tapi untuk tahun ini , CCL plan tak akan order sebarang bouquet untuknya . Tetapi CCL nak cabar diri sendiri untuk buat bouquet .
Bila nak buat bouquet ni semestinya kena ada wrapping paper , tak kisah lah wrapping paper plain ataupun bercorak . Disebabkan malas nak keluar masuk kedai-kedai stationery . So CCL decide untuk beli wrapping paper dalam shopee . Wrapping paper pun beli dalam shopee jugak gaiss . Hehehe .
Usha punya usaha di dalam shopee kebanyakan ada yang jual satu bundle . Maksudnya dalam satu packaging ada 20 helai wrapping paper dengan corak yang berbeza-beza ataupun wrapping paper plain dengan pelbagai warna . Nak gunanya hanya tiga atau empat helai sahaja . CCL teruskan lagi usaha pencarian . Akhirnya jumpa juga satu kedai yang menjual sehelai wrapping paper .
Harga sehelai wrapping paper pun agak murah . Time CCL checkout kan item itu masih lagi berharga RM0.63 untuk sehelai wrapping paper plain dan juga bercorak . So CCL decide untuk membeli beberapa helai wrapping paper bercorak dan juga wrapping paper warna kosong .
Alhamdulillah hanya beberapa hari sahaja wrapping paper selamat mendarat ke rumah . Mula-mula agak risau jugak beli wrapping paper dalam shopee . Takut kalau2 wrapping tersebut rosak . Tetapi alhamdulillah , CCL berpuas hati dengan cara seller ini pos out wrapping paper . Wrapping paper tanpa sedikit lipatan . Dia diletakkan atas potongan kertas kotak yang tebal dan wrapping dengan bubble wrap . Memang tiada kesan lipatan langsung .
So korang yang tercari-cari nak membeli wrapping paper dalam kuantiti yang sedikit dan boleh pilih design yang mana korang suka tanpa perlu beli dalam satu pack boleh la beli melalui Shopee di kedai Kimarie Florist & Gift
12 Ulasan
sumenya ada kat shopee.. kalo mls nk kuar mmg klik2 je byr..
BalasPadamtau2 smpai.. senang kan.. haha
cantik jgk wrapping paper.. xsabar nk tgk hasil.. =)
Cantiknyaa
BalasPadamyelah lupa shopee 9/9. baru teringat. :(
BalasPadamShopee ni memang banyak barang murah.. Tapi ada kalanya kualiti pun tak bagus..
BalasPadamMurah ni. Rajin Lyana DIY bouquet. Masuk shopee ni macam macam barang add to cart nanti :)
BalasPadamHarga yang disebut sekali shipping, murah sangat, cantik pulak wrapping papetnya, cara packing bagus, tak sabar nak bouqet.
BalasPadamRajinnnn CCL nak buat sendiri, tapi sekali sekala buat kannn, apa salahnya hehehe. Kat shopee memang macam macam adoooo. Tinggal pilih bayar dan tunggu je kann.
BalasPadamEhhhh... Woww... tak pernah try beli ye ... Haha.. Niceee.. takde kesan lipatan... Fuhhhh.... Pssst...: Nanti tgk hasilnya ehhh...
BalasPadamCantik dan murah.. Senang apa apa barang beli kat shopee je. Klik klik je tunggu barang sampai..
BalasPadamkreatif nya awk.. msti cun, nnti update tau nk tngok, busyra suka jgk diy mcm ni tp suka tngok je la. haha sbb x pndai.. wrapping paper tu pun cantik,
BalasPadamTak pernah beli wrapping paper via Shopee. Takut tak berbaloi dengan kos penghantaran
BalasPadamUntung
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan