Assalamualaikum dan hai semua
Tumbler Thermos 3 in 1 Actually CCL dapat tumbler thermos 3 in 1 ni masa annual dinner tahun lepas. Boleh dikatakan koleksi tumbler CCL sekarang dah hampir 10 biji juga la..Disebabkan banyak sangat koleksi yang ada, tumbler thermos ni baru sekarang CCL berkesempatan nak guna..
Kalau korang tengah mencari doorgift atau hadiah bajet yang berguna, CCL rasa tumbler thermos 3 in 1 ni antara pilihan yang menarik. Harga pun berpatutan, kebanyakannya bawah RM10 sahaja. Yang bestnya, tak perlu pening kepala nak cari kotak atau balut hadiah sebab ia memang datang sekali dengan kotak siap boleh dijadikan hand carry. Memang jimat masa dan kos.
Apa yang menarik, bila beli tumbler thermos ni uguys bukan dapat satu tumbler sahaja. Dalam satu set siap ada 3 cawan kecil yang comel..Dari segi spesifikasi pula, kapasiti tumbler ni adalah 500ml dan diperbuat daripada stainless steel. Ringan, mudah dibawa dan nampak kemas.
CCL dah cuba sendiri untuk minuman panas dan memang berpuas hati.. Air panas masih kekal panas sehingga lebih kurang 8 jam. Selepas tempoh tersebut, air masih lagi suam dan selesa untuk diminum. Bagi CCL, ketahanan suhu macam ni memang cukup baik untuk kegunaan harian.
Secara keseluruhannya, tumbler thermos 3 in 1 ni memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sesuai dijadikan doorgift, hadiah, ataupun untuk kegunaan sendiri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cekak Rambut Merdeka – Gaya Patriotik yang Comel! Sempena bulan kemerdekaan ni, bukan bendera ja yang boleh kibarkan semangat patriotik kita. Aksesori pun boleh jadi satu cara nak tunjukkan rasa cinta pada negara. Baru-baru ni, CCL jumpa cekak rambut bertema Merdeka ,serius comel sangat! Design-design cekak rambut bertemakan Kemerdekaan ni adalah hasil tangan wife kepada sepupu CCL ..
Ada lima design cekak rambut Kemerdekaan yang sangat simple tapi cantik dan comel sangat-sangat. Uguys yang ada anak-anak boleh la belikan satu .. tapi cekak rambut ni bukan sahaja anak-anak boleh pakai , kita yang dewasa ni pun sesuai jugak tau .. harga pun murah-murah belaka ..
Cekak tu dihiasi dengan warna Jalur Gemilang – merah, putih, biru dan kuning, memang kreatif! Semangat Merdeka sampai ke kepala!
Sebab apa kena Pilih Cekak Rambut ni
-Mudah dipakai ,sarung je terus siap!
-Menyerlahkan tema sesuai kalau ada sambutan kat sekolah, tempat kerja atau taman perumahan.
-Boleh matching dengan baju Jalur Gemilang atau t-shirt putih dan pin bendera.
Kadang-kadang benda kecil pun boleh bawa senyuman dan naikkan mood. Tambah pula kalau kita pakai sambil ajar anak-anak tentang erti kemerdekaan , lagi terasa maknanya.
Uguys dah ada cekak merdeka ke belum ? Kalau belum, korang boleh terjah Tiktok ChantiqCraft . .Jemput support bisnes kecil sepupu CCL .. Moga murah rezeki uguys .. Boleh pakai masa sambutan Hari Kebangsaan nanti. Mana tahu, dapat tangkap gambar OOTD bertema Merdeka paling comel tahun ni kan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tiga hari lepas CCL ada share CCL ada beli stackable drawer organizer ni . Korang ingat lagi tak ? Tak ingat pergi jenguk semula entri stackable drawer storage ni
Hari ni CCL nak tunjuk kat korang CCL letak apa dalam drawer ni. Sebenarnya drawer ni boleh letak apa sahaja tau .. dengan saiznya yang sederhana besar dapat la korang letak barang- barang kecil ..
CCL isi apa dalam drawer tu ?
- Face mask
- Pengikat rambut
- Panadol, eyemore, plaster luka
- Hand cream , lotion
- Coklat
- Eyeliner
- Ring brooch
- Tagging baju
Ni side dari sisi drawer tersebut . Tak besar just nice . Korang kalau nak beli letak kat atas meja office korang pun berguna tau .boleh isi stationery .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Actually drawer ni bukan CCL beli seketul macam korang tengok dalam gambar ni tau ada 4 row . CCL beli satu persatu .. dan setiap drawer tu ada saiz besar dan kecik semestinya berbeza harga . Setiap bulan checkout 2 rows .. lepas 2 bulan cukup laa 4 row macam dalam korang tengok dlaam gambar tu . Sebenarnya kalau nak tambah biar tinggi lagi pun boleh tiada masalah , tapi bagi CCL 4 lapis drawer ni pun dah cukup
Material drawer dari bahan akrilik . Lutsinar , dan setiap drawer dapat button bunny yang comel memudahkan CCL nak buka drawer tersebut . Ruang tak luas dan tak kecik sangat . Sesuai untuk simpan barang- barang kecil supaya tak bersepah . Lagi satu drawer ni tapak stackable. So kalau korang susun ikut row mana yang korang suka dia takkan mudah bergerak .
Sebenarnya drawer ni banyak kegunaan . Nak simpan alat tulis , alat jahitan dan lain-lain lagi lah .. korang nak tahu CCL simpan apa dalam drawer ni ??
Stay tune ..
eh CCL beli mana drawer ni ? Of course tak lain tak bukan di rumah oren Shopee .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siap !! Organizer storage box ni tak kosong lagi .. semua compartment dah siap terisi dengan semua alatan makeup dan alatan skincare . Tersusun elok kat dalam tu . Lepas ni semua meja makeup tak bersepah lagi la . Kadang lepas pakai makeup sudah semestinya berterabur je atas meja . Ada storage box ni lagi memudahkan . Anti habuk pulak tu . Siap isi letak di sudut meja makeup nampak cantik , nampak aesthetic sangat . Semua alatan makeup dan skincare yang CCL letak dalam storage box ni adalah semua barang- barang yang CCL kerap kali guna . So mudah nak ambil .
Bahagian atas terdiri daripada
- Toner
- Blackmask
- Skrub muka
- Deadorant
- Serum
- Foundation
- Miceller water
- Sunblock
- Hair serum
- Loose powder
Drawer yang kedua ni ada
- Cleansing balm
- Compact powder
- Moisturizers
- Eyeshadow
- Blusher
Drawer yang ketiga ni terisi
Harap-harap terus tersusun macam ni la . Tak berterabur lagi atas meja makeup .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cosmetics & Skincare Storage Box Yang Aesthetics Bulan lepas CCL ada beli storage box . Bekas untuk simpan skincare dan alat-alat makeup .. sebelum ni alat-alat makeup simpan dalam laci meja makeup separuhnya tersusun atas meja makeup . perempuan kan mesti kalau dah siap makeup tu barang makeup semua berterabur kan ? sama la dengan CCL .Kadang-kadang berterabur juga atas meja tu . Nampak sakit mata kan .. So kena ada organizer yang macam ni untuk makeup dengan skincare korang tak bersepah . and kalau nak ambil tu dah boleh nampak semua barang yang kita nak pakai .
Design storage box ni nampak mewah dan elegent. Ada beberapa warna , tetapi CCL suka warna putih m nak kekalkan tema ala-ala aesthetic gitu .haaa putih dan pada bahagian pemegang laci tu warna gold .hahhh memang cantik la gabungan warna . Nampak mahal ..tapi harganya tak mahal sangat ..
Ruang pun banyak boleh muat banyak barang yang korang ada untuk skincare dan makeup .Storage box ni ada 3 compartment . Bahagian atas sekali korang boleh letak skincare botol-botol besar tu . Ruang pun luas tau boleh isi banyak barang . Compartment yang kedua dan yang ketiga datang dengan drawer . Luas juga . Boleh la korang nak isi alat-alat makeup . Jimat ruang kan .
Bahagian atas penutup tu ada pemegang yang boleh dilaraskan sekali , so mudah la untuk korang angkat storage box ni untuk diubah ke mana-mana sahaja .
Bahagian penutup lutsinar dari bahan akrilik bahagian atas ni boleh buka pada bahagian depan dan belakang , lagi memudahkan korang untuk ambil dan nak susun skincare dalam ni .
Storage box ni memang tahan lasak. Kualitinya bukan sembarangan dan memang sangat berkualiti .
storage box ni akan membuatkan makeup dan skincare kita lebih kemas dan tersusun . CCL beli kat Shopee . Korang .. pergi beli sekarang