KWAY TEOW GORENG MAMAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


KWAY TEOW GORENG MAMAK Selamat pagi . Pagi ni CCL ambil sarapan pagi awal seperti jam biasa . Selalunya di awal pagi CCL hanya sarapan yang ringan seperti biskut ataupun kopi di gandingkan bersama secawan nestum . Tapi hari ini laparnya lain macam so seawal pagi terus ambil Sarapan pagi yang berat  . Selalunya dalam lingkungan jam 10 CCL akan sarapan untuk kali kedua dengan menu yang berat seperti nasi goreng, bihun goreng , nasi kandar, pulut ayam dan lain-lain lagi . 


Menu sarapan pagi ini CCL memilih untuk makan "Kway teow goreng mamak" . Lain dari lain tak ? Selalunya menu ini khas untuk mee sahaja kan . Mee goreng mamak . Memandangkan CCL agak kurang gemar untuk makan mee dan bila mata CCL terperasan segala menu yang ada dalam buku menu ada mee goreng mamak, bihun goreng mamak dan kway teow goreng mamak dan banyak lagi menu-menu yang lain . 


KWAY TEOW GORENG MAMAK , RESEPI KWAY TEOW GORENG MAMAK, CARA MEMBUAT KWAY TEOW GORENG MAMAK, MENU KWAY TEOW GORENG MAMAK, KWAY TEOW, RESEPI ANEKA KWAY TEOW, FOOD, MAKANAN , RESEPI MASAKAN KWAY TEOW


So tunggu apa lagi , CCL terus order kway teow goreng mamak . First time juga CCL nak rasa kway teow goreng mamak . Bagus juga kedai makan ini buatkan option yang pelbagai macam ni . First time jumpa . Memudahkan pelanggan juga even ada pelanggan yang tak makan mee , ada yang tak makan bihun dan ada segelintir yang tak makan mee boleh je pilih mengikut citarasa korang kan . 


Selesai sahaja kway teow goreng mamak yang dah siap dibungkus, terus bayar dan bau aroma kway teow goreng mamak menusuk ke hidung rasa tak sabar pulak nak menjamu selera dengan keadaan perut yang lapar , mungkin disebabkan semalam makan malam terlalu awal . 


Sampai sahaja, terus buka bekas tapau, baca doa makan dan terus menjamu selera . Ya Allah berselera sungguh makan . Kway teow goreng mamak memang sangat-sangat sedap dan menepati citarasa CCL . Memang rasanya seakan resepi mee goreng mamak cuma ditukarkan kepada bihun . Semua bahan yang diletakkan dalam mee goreng mamak, bahan yang sama juga turut diletakkan dalam kway teow goreng mamak . Portion pun banyak memenuhi satu bekas tapau .


Oh , lupa nak bagitahu untuk kway teow goreng mamak boleh pilih sama ada nak letak ayam, daging mahupun seafood . Cuma harganya yang sedikit berbeza . Kway teow goreng mamak berharga RM6 . Memang sangat berbaloi dan puas hati . Next time CCL pasti akan repeat lagi . 



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Sama tidak suka mi. Suka bihun atau kuetiau. Goreng cara mamak memang sedap sebab ada rasa macam hangus-hangus.

    BalasPadam
  2. Saya pun kurang minat mi kuning dan bihun. Tapi minat kway teow.

    BalasPadam
  3. Wahh kuey teow goreng! sedap ni...dlu ms pergi ke padang kota, penang mesti pekena mee goreng mamak kt sn, sedap!

    BalasPadam
  4. Kue teow makan panas2 mmg sedap.. Tambah2 style mamak ni lagi la menambahkan selera :p

    BalasPadam
  5. Sedapnya...Goreng goreng mamak ni biasanya sedap.. Perasan tak kalau kat kedai Melayu ada menu mee goreng mamak yang harganya lebih mahal daripada kedai mamak. Selalu juga perhatikan di kedai Melayu yang tawarkan menu mee goreng mamak tapi tak pernah mencuba. Hehe

    BalasPadam
  6. Semalam kita sarapan kuey teow goreng bukan mamak...hurmmm.. nak kena cari yang mamak jugak la.. terliurrrr

    BalasPadam
  7. Menarik juga kuey teow goreng mamak.saya suka mi, tapi best jugak tukar selera. CCL macam saya, breakfast berat sikit selalunya pukul 10 ke atas

    BalasPadam
  8. Biasa kueteuw goreng penang yang femes, sesekali kueteow goreng mamak lagi sedap ringkas, stabil kicap dgn rencahnya..

    BalasPadam
  9. saya pula tak gemar koaytiau, mee atau bihun je hehe

    BalasPadam
  10. Makanan ni kan... Kalau namanya ada perkataan mamak mesti sedap. Ki3. Dulu tak suka masakan mamak. Lepas dah pekena. Asyik nak makan lagi jer😁

    BalasPadam
  11. Cida tak makan kuey teaw. nampak sedap lah pulak

    BalasPadam
  12. Ada jugak ye kuetiau mamak. Biasa mi goreng mamak je. Dari rupa paras menyelerakan betul. Bagus juga ada option ayam, daging dan seafood. harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  13. kuewteau goreng mamak. memang sedapp. he hee suka2

    BalasPadam
  14. saya minat mee goreng lagi berbanding kuey teow goreng. citarasa masing2

    BalasPadam
  15. Tak pernah makan lagi versi mamak ni. Selalu makan yang beli kat pasar malam.

    BalasPadam
  16. ada jenis2 masakan guna mee yg ammi suka..tapi kebiasaanya ammi will go for kueh tiow or mihun. sbb bila makan mee kadang2 jadi sebu perut ni

    BalasPadam
  17. Lama tak makan sejak terkena satu kedai goreng tp letak tauhu banyak. Huhu

    BalasPadam
  18. Sama dengan saya, lagi suka kueh teow kalau dibandingkan bihun dan mi kuning hehehe.

    BalasPadam
  19. haihhh busyra suka BW time mcm ni . sudahnya trliur sorang2.. hahhaha

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan