Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TERIMA CALL DARI STAFF J&T, PARCEL TERBUKA !! Tengahari tadi terima beberapa call dari number yang tidak dikenali, disebabkan 2 kali number tersebut call, so CCL call semula number tersebut .rupa-rupanya number tersebut adalah dari staff J&T . Mula-mula rasa macam pelik juga la bila staff J&T call sebab selalunya kalau diorang nak hantar barang memang sudah tahu lokasi rumah . Dalam otak fikir oh mungkin staff baru tak tahu lokasi nak ke rumah CCL .. Rupanya sangkaan CCL tidak tepat . .Staff J&T call beritahu berita yang tidak mengembirakan , iaitu parcel untuk CCL terbuka .
Haihh, selalunya baca pengalaman orang lain parcel terbuka , hari ini terkena pada diri sendiri . Actually sebelum-sebelum ni belum pernah ada pengalaman yang buruk dari courier . Tapi kali ini berita sedih juga bila staff J&T call bagitahu parcel terbuka . So CCL pun tanya detail parcel . Disebabkan CCL ada juga order beberapa barang yang di post out menggunakan courier J&T . Bila staff berkenaan bagitahu segala detail tentang barang tersebut, terlintas dalam fikiran mungkin barang itu barang review . Ternyata betul sama sekali .
CCL pun tak pasti sama ada barang tersebut berada dalam bungkusan parcel plastik ataupun diletakkan dalam kotak . Cumanya staff berkenaan beritahu , parcel terbuka, diorang cuma nak confirmkan berapa barang yang ada dalam satu parcel tersebut , takut tercicir . Tindakan diorang bagus juga la walaupun parcel terbuka, ada rasa tanggungjawab untuk maklumkan kepada pelanggan . Selepas diorang sah kan ada beberapa item, segera diorang balut semula parcel tersebut .
Tengah kehairanan macam mana parcel tu boleh terbuka . Haha . Parcel tu memang datang dari jauh oversea, tapi entahlah ..husnudzon yang baik-baik . Semoga pihak courier J&T dapat hantar barang tersebut dengan sebaik yang mungkin .
19 Ulasan
Bagus J&T call dulu bagitau keadaan barang, harap baik-baik saja semuanya.
BalasPadamSamada parcel tak dibungkus elok atau ada yang buka sebab nak tahu barang apa dari oversea tu. Harap harapnya barang masih OK.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammungkin dekat transit tu staff dia ganas sangat kot punggah barang sampai terbuka parcel. Hopefully semua barang ada lah.
BalasPadamharap barang CCL sampai dengan selamat. tak best betul kalau ada masalah semasa postage
BalasPadamrisau juga kalau barang kita dah terbuka kan T_T
BalasPadamAdik ammi keje J&t. Selalu pesan kat dia jgn ambik hak org... Risau kan bila terdesak
BalasPadamKebelakangan ni takut betul nak beli barang online, sbb takut barang tak sampai rumah
BalasPadambgos la dia maklumkan kat cust yg parcel terbukak..
BalasPadamade setgh tmpt main hntr je xkisah dh ngn parcel.. huhu
so far saya pon tak pernah alami apa2 perkara buruk dr syarikat courier
BalasPadamBanyak betul khabar tak best tentang JnT ni.. harap ok la barang tu
BalasPadamAdeh. Ni paling seriau.. Kalau semua brg2 dlm parcel masih ada, x pe.. Kalau ada hilang yg x baper best..
BalasPadamHopefully parcel CCL sampai dengan selamat.
BalasPadamSemoga semuanya elok kat dalam tu.. Kalau dibuka mesti orang curious nak tau apa parcel kat dalam tu. Tak faham la manusia ni. Gatal tangan..
BalasPadamSesetengah tempat memang servis diorang terbaik. J&T tempat saya memang terbaik. Siap turun dari kereta/van letak barang depan pintu. Kalau sesetengah kurier lain, asyik hon je suruh kita pergi ambil barang kat tangan dia. Padahal boleh je turun dari kereta atau motor.
BalasPadamBagus juga servis J&T, kira bertanggungjawab siap call kita mintak confirmkan barang..kalini, markah tambah untuk J&T :P
BalasPadamSemoga elok je lah barang kat dalam tu ye
Dh pernah kena dgn jnt.. album kawen dibaling mcm tu. Kena air hujan
BalasPadamBagus J&T tempat awak ni...10 bintang untuk dorang...Huhu~
BalasPadammungkin sbb byk dpt komplen kot. parcel byk terbuka. so diorg terpaksalah call customer...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan