Resepi Bubur Asyura Versi Utara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Resepi Bubur Asyura Versi Utara Bila dah melangkah ke bulan  Muharram ni, ramai antara kita akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara dak ?



RESEPI, BUBUR ASYURA, RESEPI BUBUR ASYURA, BUBUR ASYURA UTARA, RESEPI MUDAH BUBUR ASYURA, CARA MEMBUAT BUBUR ASYURA, BUBUR ASYURA PERLIS, BUBUR ASYURA VERSI PERLIS


Bahan-Bahan bubur asyura versi utara


Bahan A :

-2 cawan tepung beras

-2 sudu tepung jagung

-1 kotak santan (200ml)

-4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)

-1 sudu kecil garam

-3 helai daun pandan

-1 cawan gula putih, gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas


Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi Setelah kacau semua baru buka api perlahan.


Bahan B

-Jagung tin (tak guna semua, boleh agak-agak sukatannya)

-½ biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)

-½ cawan kacang hijau (rebus dulu)

-½ cawan kacang merah (rebus dulu)

-½ cawan kacang kuda (rebus dulu)


Cara-cara membuat bubur asyura versi utara

1.Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak.


2.Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.


3.Tuang dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.



Wah senang saja rupanya cara nak buat bubur Asyura style orang Utara. Bahan-bahannya yang digunakan sangat ringkas dan cara buatnya tidak payah yang disangka.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wahh.. sedap ni.. saya pernah rasa Kelantan punya.. unik gitu... lain teksturnya wo

    BalasPadam
  2. sedappnya kan. Wajib buat ni
    plan sabtu insyaallah

    BalasPadam
  3. Belum pernah makan bubur asyura versi utara, memang berbeza sungguh dari versi selatan.

    BalasPadam
  4. Akak memang suka sangat bubur asyura versi utara.

    BalasPadam
  5. Pelbagai resepi mengikut negeri kan..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan