BigPot Porridge RM10 sahaja ?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


BigPot Porridge RM10 sahaja ? Selera makan CCL masih lagi tidak berapa nak ada semenjak dua minggu ni , so menu bubur nasi ataupun menu yang berasaskan sup-sup je lah yang dapat menambat selera perut ni . Sepanjang demam ni masak bubur nasi , tak pun kalau nak ubah selera sikit beli jer bubur MCD tak pun bubur MarryBrown  . Pagi tu CCL pergi pasar tani , ternampak la satu khemah tertera dengan banner "Bigpot Porridge" . wah kaki laju je terjah ke situ , sekali pandang nampak menarik juga bubur nasi ceduk-ceduk ni . 

Bigpot Porridge ni sama macam bubur nasi berlauk , tapi bubur ni kita boleh customize mengikut topping apa yang korang pilih . banyak jugak la topping yang ada di sini . harga pun mengikut topping yang korang add on . 

FOOD, BIGPOT PORRIDGE, HARGA BIGPOT PORRIDGE, BUBUR NASI BERLAUK, BUBUR NASI , RESEPI BUBUR NASI BERLAUK , BUBUR NASI BERLAUK , GAMBAR BIGPOT PORRIDGE, TOPPING BIGPOT PORRIDGE

So, ralit tambah itu dan ini maka bigpot Porridge CCL berharga RM10 , tapi memang berbaloi weii potion dia memang banyak dan memang puas hati la .. Macam ni tiap-tiap hari beli pun tak pa kan .. 

FOOD, BIGPOT PORRIDGE, HARGA BIGPOT PORRIDGE, BUBUR NASI BERLAUK, BUBUR NASI , RESEPI BUBUR NASI BERLAUK , BUBUR NASI BERLAUK , GAMBAR BIGPOT PORRIDGE, TOPPING BIGPOT PORRIDGE

Topping yang CCL pilih adalah bubur nasi ikan bilis, lobak masin, chicken floss, bergedil, sambal kicap , daun bawang dan bawang goreng . 

Ikan bilis yang diletakkan memang rangup, bukan goreng biasa-biasa tai ia digoreng dengan sambal sehingga kering la. Memang crunchy , sula sangat .. Chicken floss dalam bigpot porridge ni memang banyak kali jugak la rasa , sambil-sambil makan chicken floss ni kadang-kadang ada rasa gabungan halia . Memang wow sangat rasanya . Bergedil pulak memang terbaik, saiznya yang besar dan sedap . Sambal kicap pun memang padu .. Overall bigpot porridge memang sedap .. Boleh repeat lagi lah ..

Untuk korang yang sakit, yang hilang selera makanan boleh la try bigpot porridge ni . Pelbagai topping dan sambal yang ada . Nak pedas mahupun tak pedas ikut cotarasa korang .. Next time rasa macam nk cuba topping daging dendeng pulak .. 



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Get well soon CCL. Kak Amie yang tak demam ni pun terus terliur tengok bubur tu.

    BalasPadam
  2. wah..meriah sungguh tu. berbaloi la..rm 10 byk mcm ni..esok plan nak wat bubur gak..emmm

    BalasPadam
  3. wahhhh sedapnya! Kalau harga mahal sikit dari biasa tapi dapat bahan banyak macam ni memang nikmat

    BalasPadam
  4. Bubur memang favorite waktu badan tak sihat. Meriah topping bubur

    BalasPadam
  5. busyra penah rasa bigpot ni.. mmg sedap

    BalasPadam
  6. nampak sedap!! kalau jumpa kena beli ni

    BalasPadam
  7. bubur pun favourite akak bila time tak sihat atau pun macam tak berapa nak selera makan..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan