Isu Parcel Tak Sampai Dah Selesai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Isu Parcel Tak Sampai Dah Selesai Seperti mana yang CCL kongsikan dalam entri sebelum ni berkenaan isu kurier DHL peram barang hampir seminggu  dah pun selesai petang semalam . Alhamdulillah parcel yang diperam selama seminggu dah pun selamat tiba . Mujur semua item yang diterima ok tak ada defect apa-apa . 


DHL PERAM BARANG,KURIER DHL,MASALAH KURIER DHL,DHL,CERITA CCL,

Pagi semalam CCL godek-godek la number office DHL cawangan Kangar . Office diorang ni ada dua,  office lama di cawangan Kangar dan office terbaru di cawangan Kangar Jaya . Memandangkan CCL cuba call kurier yang wassapkan gambar barang tersebut tanpa status apa-apa tapi malangnya tak berangkat . So tanpa melengahkan masa CCL cuba call DHL cawangan Kangar, mujur ada staff angkat call, CCL cuba bertanyakan tentang status barang CCL disebabkan dah pending selama seminggu .. tak berakhir di situ rupa-rupanya terpaksa buat kerja dua kali , CCL diarahkan untuk check status barang di DHL cawangan Kangar Jaya . bukan by call , tetapi perlu walk-in ke sana .. Ahhh satu masalah lagi ni . Buang masa ja ..



DHL PERAM BARANG,KURIER DHL,MASALAH KURIER DHL,DHL,CERITA CCL,


CCL masih cuba wassap dengan kurier DHL dengan harapan dia balas laa wassap tu, sebab nak tahu status parcel tersebut sama ada dengan kurier tak pun ada di office DHL . Mudah kalau walk-in nanti tak perlu tertunggu-tunggu . .Selang beberapa minit kemudian kurier DHL tersebut reply wassap mengatakan barang masih di office dan hari ni diorang akan hantar .. Huhh tarik nafas lega sekejap, so tak perlu la buang masa nak kena walk-in ke sana .. Tanpa melengahkan masa CCL pun bagi step by step jalan menuju rumah CCL siap selitkan beberapa gambar lorong rumah masuk . Hahh kalau tak jumpa jugak tak tahulah .. 


Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai ..kalau dua tiga hari boleh laa relax-relax . Ni seminggu , mahu tak gelisah..



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. nasib baik sampai juga. suka sangat peram barang diorang ni..

    BalasPadam
  2. Barang sampai itu rasa beban di bahu hilang.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dh smpi,.
    selamat hari merdeka dari wak diseberang ye., ;p

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dia peram sebab tak cukup kakitangan agaknya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. betul tu selagi tak sampai parcel memang tak senang duduk

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Lapang hati apabila dah selamat sampai kan...

    BalasPadam
  7. kekurangan staff agknya, itu yang kena peram parcel. sabar je lah dengan kurier ni. nak di marah, kesian sebab diaorang pun penat hadap parcel customer yg melambak-lambak. tapi kalau dah kena peram sampai seminggu, memang kita yang stress...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan