Mat Kilau : First Movie Date Dengan Suami

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mat Kilau : First Movie Date Dengan Suami Walaupun cerita ni hampir sebulan berlalu tapi tetap jugak nak cerita . Tulis pi lah habuan kenang-kenangan .CCL ni jarang-jarang sekali nak layan filem Melayu di pawagam ..last layan filem Melayu ni seingat-ingat lupa CCL adalah filem Munafik .. selain dari tu kebanyakkan layan filem Omputih tak pun filem-filem Thailand .. Bukan tak support filem Melayu yer . Kadang jalan cerita filem Melayu ni endingnya hampir sama dan penonton pun boleh teka apa ending di akhir filem . So tak berapa nak gempak sangat ..


MAT KILAU ,CERITA CCL, FILEM MAT KILAU, TONTON ONLINE FILEM MAT KILAU , NEFLIX MAT KILAU, TONTON MAT KILAU DI NEFLIX , NEFLIX ,

Keluarnya filem Mat Kilau di pawagam, ramai yang menonton bagi feedback yang sangat positif . Ramai juga mengatakan filem Mat Kilau memang best , jalan cerita serta gimik memang terbaik . Ok memandangkan filem Mat Kilau, filem Melayu berkisarkan kisah sejarah tanah Melayu . Why not kalau kali ni kita tengok di pawagam kan .. So CCL dan suami sempat juga layan filem Mat Kilau di akhir-akhirnya . Ni juga merupakan movie date yang pertama kali dengan suami . Sebelum ni memang tak pernah pulak tengok wayang haa..percaya ke tak percaya ?? 


Pada permulaannya filem ni, memang agak bosan .. Biaskah kalau filem Melayu ni, opsss jangan kecam ya .. Permulaan cerita memang slow sikit ..sedikit sahaja ok , lepas tu gimik jalan penceritaan sampai ke akhir penamat memang gempak .. Langsung tak bosan .. Bila ada peperangan , bila ada perlawanan antara British dan tanah Melayu rasa macam satu semangat nak bangun lawan sekali haa ..  Overall filem Mat Kilau memang sangat seronok untuk ditonton .. dah lama filem-filem bersejarah ni tak keluar di pawagam . Sekali keluar of course la dapat sambutan yang memberangsangkan . 


Ok next movie, nak layan filem Air Force . Adi Putra ada lakonkan juga dalam filem tersebut ..khabarnya baru 3 hari keluar di pawagam dan berjaya mencatat RM6Juta .wahhh..wahhhh memang sangat best ni . 


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Akak dah tengok masa hari ke 4 tayangan kat pawangan, lama xdating dekat pawangan last tahun 2018 hahaha.

    BalasPadam
  2. Selepas saya 10 hari ke Kelantan, balik keesokan harinya isteri ajak menonton Mat Kilau. Jadi saya pergi jugalah walau dah penat 10 Hari beraktiviti di Kelantan. Dalam panggung, beberapa kali jugalah saya terlelap tengok Mat Kilau ni. Haha

    BalasPadam
  3. Saya rasa filem ni laju. Terlampau laju cam penat pulak. Kamera pun gegar-gegar. Good movie tapi kurang kenan bab teknikal

    BalasPadam
  4. sama lah akak n husben, jarang layan movie melayu kat wayang tapi mat kilau ni tertarik nak tengok sebab berkaitan sejarah negara kita. apa salahnya layan cerita sejarah pulak...asyik cintan cintun je...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan