Tatacara Mengibarkan Jalur Gemilang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tatacara Mengibarkan Jalur Gemilang Semangat patriotik boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara termasuk mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara, menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan tertib dan cara yang sopan.Tapi korang tahu tak terdapat beberapa cara mengibarkan Jalur Gemilang?


INFO, TATACARA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG, JALUR GEMILANG, BENDERA MALAYSIA, NEGARAKU , BENDERA, MAKSUD BENDERA MALAYSIA


Tatacara mengibarkan Jalur Gemilang

1.Sebelum menaikkan Jalur Gemilang, uji dulu tali bendera bagi memastikan tali teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan Jalur Gemilang jatuh atau bergerak berayun-ayun tidak tentu kibarannya.


2.Sebelum Jalur Gemilang dinaikkan, pastikan bendera dalam keadaan yang baik dan tidak terbalik. 


3.Mereka yang menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang hendaklah berpakaian kemas. 


4.Menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus. 


5.Jalur Gemilang janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. 


6.Jalur Gemilang janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila sampai ke bawah.


7.Selepas digunakan, Jalur Gemilang hendaklah dilipatkan dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. 

Jom kibar Jalur Gemilang dengan cara yang betul! 



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Dulu zaman sekolah, memang perhatikan je budak yang jaga bendera masa nyanyian lagu Negaraku... hehe.. Lupa dah skrg...

    Selamat mengibarkan Jalur Gemilang yaaaa

    BalasPadam
  2. tak sabar nk merdeka .. alor setar tutup jalan habis.. huhu.. nasib la keja kt wisma ni balik ke hala langgar..

    BalasPadam
  3. pasang dan angin kibarkan. hehe

    BalasPadam
  4. betul nak kibarkan jalur gemilang ada cara dia..good sharing ni yana...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan