Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022 Seperti yang kita semua sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022.Tindakan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar didapati di kedai-kedai.


Penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,


Harga Maksimum Minyak Masak Botol (Ogos 2022)


INFO , HARGA SILING MINYAK MASAK , HARGA MINYAK MASAK BOTOL , HARGA MINYAK MASAK POLIBAG , HARGA MINYAK MASAK 2022 , HARGA MINYAK MASAK PAKET, HARGA KAWALAN MINYAK MASAK 2022

Untuk bulan ini, minyak masak botol 5kg ditetapkan pada harga RM 34.70, berkuatkuasa 8 Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja).Manakala harga yang sama turut ditetapkan bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.


Jadual harga maksimum bagi minyak botol 1 kg hingga 3 kg adalah ditetapkan oleh KPDNHEP seperti berikut:


Harga Siling Runcit Minyak Masak Tulen Kemasan Botol Seluruh Malaysia (8 Ogos 2022 - 7 September 2022) 


INFO , HARGA SILING MINYAK MASAK , HARGA MINYAK MASAK BOTOL , HARGA MINYAK MASAK POLIBAG , HARGA MINYAK MASAK 2022 , HARGA MINYAK MASAK PAKET, HARGA KAWALAN MINYAK MASAK 2022


1kg – RM7.70

2kg – RM14.70

3kg – RM2170

5kg – RM34.70


Harga Maksimum Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)


INFO , HARGA SILING MINYAK MASAK , HARGA MINYAK MASAK BOTOL , HARGA MINYAK MASAK POLIBAG , HARGA MINYAK MASAK 2022 , HARGA MINYAK MASAK PAKET, HARGA KAWALAN MINYAK MASAK 2022

Untuk makluman, harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50. Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. senang bila dah ada harga syiling macam ni.. tak de isu main harga..

    BalasPadam
  2. Jangan minyak masak tak nampak di rak, pulak.

    BalasPadam
  3. Bagus ada harga siling. Aritu tengok minyak masak 5kg harga hampir RM40 😇

    BalasPadam
  4. Berebut rebut beli mintak pakett

    BalasPadam
  5. Tapi Sha beli RM3 yang dalam plastik beg tu.. huhuhu..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan