Advertisement

Responsive Advertisement

Kailan Goreng Belacan & Sup Kaki Ayam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kailan Goreng Belacan & Sup Kaki Ayam Selamat berhujung minggu semua . Cuti hujung minggu ni plan masak-masak ke atau gantung kuali makan kat luar ?? CCL macam biasa hujung minggu ni masuk dapur masak apa yang patut . Memandangkan tahap kesihatan yang tak berapa nak sihat , sudah dua tiga hari terkena demam, selsema dan batuk . Mujur tak berapa teruk masih lagi ada daya untuk pergi kerja . Dengan harapan memang tak nak ambil MC selagi kudrat badan masih lagi kuat . Kalau betul-betul tak kuat alamatnya terbaring je lah atas katil . Badan je rasa lemau sedikit tapi bukan boleh dilayan sangat badan ni , makin dilayan makin kita akan rasa lagi tak larat kan . 



SUP KAKI AYAM , KAILAN GORENG BELACAN , CERITA CCL


Menu tengahari ni , alang-alang dah demam ni of course la beberapa hari ni juga selera makan kecundang . So masak biasa-biasa ikut anak tekak je . Untuk tengahari ni cukup la untuk dua menu ni kailan goreng belacan dan sup kaki ayam .. CCL masak kailan goreng belacan , harap-harap berselera sikit nak makan nasi . Disebabkan ikan masin tak ada so gantikan dengan ikan bilis goreng . 



SUP KAKI AYAM , KAILAN GORENG BELACAN , CERITA CCL


Mak CCL pula masakan sup kaki ayam . Hahh ini memang feveret kitaorang sekeluarga . Selalu mak buatkan tomyam kaki ayam . So disebabkan mak CCL dan juga CCL pun demam so decide untuk buat menu sup kaki ayam . Demam-demam ni lapar sup tak pun moi sup je memanjang . Menu lain memang tak pandang dah .. 


Uolss menu apa hari ni ? 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. harini kami menu padprik ayam versi thai, pun letak kaki ayam juga hehe. semoga cepat sembuh CCL

    BalasPadam
  2. Kami pagi tadi sarapan berat di luar, jadi tengahari ni skip makan tengahari sebab masih kenyang.

    Semoga CCL cepat sembuh ye. Kalau tak sihat, lebih baik duduk di rumah berehat, atau bekerja dari rumah. Kita jaga kita :)

    BalasPadam
  3. sedap makan kailan goreng belacan ni :)

    BalasPadam
  4. Uishh... akak dok bayang tekak tengah tak sedap pahit payau... pekena sup kaki ayam! Marvelous!
    Semoga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya, CCL. Jaga diri baik-baik ya.

    BalasPadam
  5. sedapnya juadah...makan bertambah ni

    BalasPadam
  6. get well soon ccl & mak..bila badan tak sihat ni mmg nak makan menu yang bagi kita selera sikit nak kenyangkan perut...

    BalasPadam
  7. get well soon ccl & mak..bila badan tak sihat ni mmg nak makan menu yang bagi kita selera sikit nak kenyangkan perut...

    BalasPadam
  8. feveret ni kailan goreng belacan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan