Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke-65 Tahun 2022


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke-65 Tahun 2022 Pada setiap tahun, menjelangnya sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya adalah kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia.

Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2022 telah diperkenalkan dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ . 


Tema Hari Kemerdekaan tahun 2022

Tema ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh : bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama : membawa maksud bersama-sama berserta atau bergandingan

Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.



Logo Hari Kemerdekaan tahun 2022


INFO, KEMERDEKAAN, TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 65, HARI KEMERDEKAAN KE 65, LOGO KEMERDEKAAN KE 65,LAGU PATRIOTIK,SENARAI LAGU PATRIOTIK,LAGU PATRIOTIK KEMERDEKAAN, MERDEKA KE 65 ,SELAMAT HARI KEMERDEKAAN,LAGU HARI KEBANGSAAN,


Logo berkonsepkan jalur liputan internet  : Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.


Tiga jalur biru, merah, dan kuning :Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.


Titik merah: Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.


Kedudukan yang berselang seli: Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ramai yang komplen logo ini kerana kelihatan terlalu mudah.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan