Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mengisahkan Raia ( Putri Marino) seorang penulis novel terkenal yang mengalami kesukaran untuk menulis novel setelah bercerai dengan suami nya, dia pergi ke New York untuk tenangkan diri sambil mencari idea untuk menulis. Malangnya masih tetap tidak mempunyai idea dan mengalami "writer's block".
Namun semuanya berubah setelah Raia bertemu River Jusuf ( Nicholas Saputra ) seorang arkitek yang 'lari' ke New York untuk melupakan kisah silam yang pahit.
Filem ni menceritakan bagaimana sesorang cuba bangkit dari kenangan silam yang membelenggu dirinya. Bukan senang untuk melupakan kisah pahit dalam hidup, apabila sudah bersedia untuk melupakan , orang yang bakal hadir dalam hidup pula bermain tarik tali .
Sinematografi cantik, ada babak yang sedih, saya menangis semasa menonton filem ni. Salah satu filem yang menceritakan kisah patah hati, orang yang patah hati menyalahkan diri diri sendiri akibat dari kenangan pahit. Nampak trauma untuk memulakan hubungan yang baru.
Ada plot twist dalam filem ni. Berapa lama anda ambil masa untuk sembuhkan luka lama dan memulakan hubungan baru?
Tiada babak intim cuma ada babak 'kiss' bibir.
"Tidak semua ruang kosong perlu di isi untuk menjadikan ia bermakna. Kerana cerita baru mungkin memadamkan kenangan terindah yang lama. Tapi setiap cerita baru mempunyai makna yang tersendiri".
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
FILEM : DAMSEL Filem fantasi Amerika ini mengisahkan Puteri Elodie (Millie Bobby Brown ) dilamar oleh putera raja dari negara yang Elodie tak pernah dengar pun. Atas nasihat ayahnya yang mengatakan perkahwinan tu bakal memberi manfaat pada rakyat mereka, Elodie setuju.
Sejurus selepas majlis perkahwinan, Elodie di bawa ke sebuah gua oleh suaminya untuk upacara penghormatan kepada leluhurnya. Rupanya Elodie ditipu, perkahwinan tu hanyalah alasan untuk Elodie keluar jauh mengembara dari negaranya untuk di jadikan santapan seekor naga. Elodie di campak oleh suaminya sendiri ke dalam lohong yang dalam. Maka bermula lah pertarungan Elodie dengan seekor naga yang penuh amarah dan dendam. Elodie perlu mencari jalan untuk selamatkan diri sebelum dia hangus terbakar terkena hembusan api naga.
Millie Bobby Brown berjaya membawa watak Elodie dengan baik. Lasak dan bijak . CGI cerita ni ada masa cantik, ada masa nampak agak kartun , (ada satu babak naga menghembus api) . Itu pandangan peribadi CCL, mungkin akan ada perbezaan pandangan dengan orang lain) CCL suka watak ibu tiri Elodie, seorang ibu tiri yang penyayang yang pada mulanya CCL ingatkan dia ni jahat .
Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Filem : From The Ashes Filem ini berdasarkan kisah benar Sekolah Menengah Perempuan di Arab Saudi yang mengalami kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar perempuan maut.
Filem ini mengisahkan sebuah Sekolah Menengah Perempuan yang agak tegas dengan disiplin pelajarnya. Setelah pelajar dan guru masuk ke sekolah, pintu pagar utama akan di kunci dari luar dan hanya di buka setelah tamat pembelajaran. Seperti sekolah lain, kes pelajar nakal dan suka membuli pelajar lain juga terjadi di sekolah ini. Mona, Heba, and Mashael merupakan tiga orang pelajar yang suka membuli Amira, pelajar cerdik dan merupakan pelajar contoh di sekolah tersebut. Walaupun Amira berkawan rapat dengan Rana, anak pengetua sekolah, Rana tak dapat membantu Amira dari di buli oleh tiga pelajar tersebut.
Suatu hari berlaku kebakaran di sekolah tersebut. Suasana huru hara di sekolah tersebut. Cikgu membantu pelajar untuk menyelamatkan diri, malangnya pintu pagar utama tidak dibuka dari luar. Bomba sampai terpaksa merempuh pintu pagar utama untuk menyelamatkan pelajar dan guru disana. Amira meninggal dalam kebakaran kerana terkurung dalam bilik stor, selain Amira, seorang guru yang hamil turut maut dalam kebakaran tersebut.
Siasatan polis dilakukan untuk mengenalpasti punca Amira terkurung dalam bilik stor tersebut. Siapakah yang membuat khianat mengunci Amira di dalam stor dan apakah punca kebakaran tersebut.
Pelbagai masalah pelajar dalam sekolah ni. Bukan sahaja pelajar, tapi cikgu juga bermasalah 😅.
Assalamualaikum & salam sejahtera
Filem : The Road Filem jenayah thriller ini menceritakan kisah Meera ( Trisha) hidup bahagia bersama suaminya, Anand dan anaknya Kavin. Mereka telah merancang untuk meraikan sambutan hari lahir Kavin di Kanyakumari, tetapi disebabkan Meera yang baru hamil dua bulan, berisiko untuk berada dalam perjalanan yang jauh. Jadi Meera tak dapat ikuti percutian ke Kanyakumari.
Malangnya, Anand dan Kavin maut dalam kemalangan jalan raya. Meera pengsan dan koma selama dua minggu, dia juga mengalami trauma dan hampir b*nuh diri apabila mengetahui yang bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Kini tinggallah Meera seorang diri. Meera mengajak kawan baiknya, Uma menemaninya melawat kawasan kemalangan Anand dan Kavin. Semasa mereka ingin pulang, kereta mereka mengalami masalah dan mereka di bantu oleh Kaaturosa yang membawa mereka pulang ke rumah. Ayah Kaaturosa memberitahu yang jalan tersebut, NH 44 kerap mengalami kemalangan. Semasa di rumah Kaaturosa, Meera tak dapat lelapkan mata dan dia pergi berjalan kaki ke kawasan kemalangan yang dia alami oleh mendiang suami dan anaknya. Semasa dia ke sana, dia menyaksikan sebuah kemalangan kereta, dia cuba menyelamatkan mangsa kemalangan, cuba menahan kereta yang lalu lalang tapi tak ada kereta yang berhenti. Meera kembali ke kereta dia yang rosak, untuk mengambil botol air tetapi dia lupa dia tak bawa kunci kereta, sekembalinya dia ke tempat kemalangan kereta tadi, kereta tersebut hilang. Bukan mangsa je hilang, kereta pun hilang. Pelik. Meera membuat laporan polis dan minta polis menyiasat mengenai kemalangan tersebut.
Pelik dengan misteri kemalangan kereta tersebut, Meera cuba menyiasat , rupanya kemalangan tersebut ada kaitan dengan kemalangan yang di alami oleh mendiang suami dan anaknya.
Filem ni sesuai di tonton seisi keluarga. Duit mampu mengubah diri manusia yang berprinsip, dahulunya sangat mementingkan maruah, kini bila jadi hamba duit, maruah diri tergadai. Macam macam perasaan bila menonton filem ni, ada babak sedih, ada babak rasa nak maki je
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem : Killer Soup Filem Hindi bergenre "black comedy" jenayah thriller ini di katakan mengambil inspirasi dari kisah benar mengenai kes pembunuhan berkaitan sup. Terdapat beberapa kes pembunuhan berkaitan sup dan salah satunya kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2017 . M Swathi Reddy membunuh suaminya Sudhakar Reddy dan membakar mayatnya dengan bantuan kekasihnya Rajesh. Dia kemudian cuba meyakinkan keluarga Sudhakar bahawa Rajesh adalah Sudhakar dengan mencurah asid ke mukanya dan membawanya ke hospital untuk pembedahan plastik. Bagaimanapun, apabila keluarga Sudhakar menawarkan Rajesh sup kambing, dia enggan mengatakan bahawa dia vegetarian. Ketika itulah mereka menyedari bahawa lelaki di hadapan mereka bukanlah Sudhakar kerana dia sangat menyukai daging. Kes tersebut ada sedikit persamaan dengan siri yang mempuyai 8 episod ini yang mengisahkan Swathi Shetty (Konkona Sen Sharma ) isteri kepada Prabhakar Shetty ( Manoj Bajpayee ) seorang ahli perniagaan yang tak berjaya dalam perniagaan. Pelbagai perniagaan dia buat, yang terbaru dia ingin meminta dana dari abangnya untuk membuka resort. Swathi memujuk suaminya agar membuka sebuah restoran untuknya. Dia sudah pergi ke kelas masakan selama 3 bulan untuk menunjukkan yang betapa seriusnya dia ingin membuka restoran sendiri. Hampir setiap hari dia masak sup kaki kambing tapi mungkin dia tak ada bakat dalam bidang masakan kerana sup yang dia masak tak sedap, suaminya hanya pura pura suka makan sup Swathi tapi di belakang Swathi, dia buang sup tu ke tong sampah.
Dalam diam, Prabhakar mengupah penyiasat persendirian menyiasat isterinya dan alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui yang Swathi curang di belakangnya, menjalinkan hubungan cinta dengan Umesh Pillai ( Manoj Bajpayee) yang seiras dengan mukanya cuma bezanya Umesh ni matanya juling. Berlaku pertengkaran antara mereka bertiga dan Prabhakar maut. Dan bermula lah rancangan Swathi menjadikan Umesh sebagai Prabhakar. Demi cinta, Umesh sanggup biarkan Swathi letak asid ke mukanya walaupun pada awalnya dia berasa takut. Semuanya di lakukan demi Swathi, dia nak Swathi gembira. Setelah kematian Prabhakar, barulah Swathi tahu banyak rahsia yang Prabhakar , Umesh dan orang disekelilingnya sembunyikan darinya dan hidupnya menjadi huru hara.
Adakah Swathi berjaya memasak sup yang sedap dan membuka restoran? Drama ni memang awal awal dah tunjuk siapa penjenayah , tak perlu nak teka siapa penjenayah . Pihak polis hampir buntu nak selesaikan kes ni, setiap kali polis jumpa bukti, sesuatu terjadi dan Swathi terlepas. Drama ni tak sesuai di tonton seisi keluarga.
Sejauh mana anda sanggup bekorban demi cinta? Adakah pengorbanan anda berbaloi atau akhirnya di khianati? Kalau memang CINTA, jujur je la cakap masakan yang pasangan anda masak tu sedap atau tak. Kalau kurang sedap, cakap elok elok, masin ke kurang perisa ke supaya dia boleh perbaiki masakan dia, tak la dia syok sendiri sampai nak buka restoran
. Selepas habis menonton siri ni , saya pun keliru , adakah saya menonton drama ni sebab sup kaki kambing atau Manisha Koirala? Apa kaitan Manisha Koirala dengan siri ni? Nak tahu kenalah tonton siri ni.. Dan mungkin akan ada pelbagai pendapat tentang drama ini.