Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat  Siapa yang follow rapat blog CCL, mesti korang tahu CCL ada beli rak rempah tiga tingkat ni melalui Shopee , tapi biasa laa bila beli online ni pemasangannya kena la pasang sendiri . So nak tak nak CCL minta tolong adik lelaki CCL pasangkan . Setelah beberapa hari akhirnya hari ni adik lelaki CCL dah tolong pasangkan . Tak sampai setengah jam dah selesai . Begitu mudah sekali ya .. setelah dipasang nampak cantik, kualiti besi pun sangat kukuh . CCL suka bila tengok rak rempah tiga tingkat dah berdiri kukuh . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Cantik kan ? Terletak elok, lepas ni memang jimat sikit ruang atas kabinet dapur ni . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Keadaan rak rempah tiga tingkat setelah disusun-susun dengan barangan di dapur . Kemas tersusun . Sebenarnya boleh letak banyak lagi tu. Ruangan belakang ada kosong lagi . 

Rak pertama 
Kulit kayu manis , asam keping , cili kering 

Rak kedua 
Segala bahan rempah ratus

Rak ketiga 
Sos , kicap , cuka 

Masih boleh penuhkan lagi rak tu . Kena tengok bahan-bahan apa lagi boleh disimpan . 

Korang yang berkenan rak rempah tiga tingkat & botol kaca rempah ratus boleh baca entri ni. 

Drama Lelaki Itu (TV3) : Kerana Ayah, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama Lelaki Itu (TV3) : Kerana Ayah, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri ! Siapa tonton drama TV3 tajuknya Lelaki Itu lakonan Dato Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, dan ramai lagi. Trending juga drama ni sekarang. Tapi ye la, ada juga orang cakap jarang dah tengok drama di TV. Tak apa, kita sama. Hari tu tertengok satu episod tak berapa pasti episod berapa terus dapat rasa ehh cerita ni macam boleh Catch up walaupun CCL tak follow cerita ni dari episod pertama .

Drama lelaki itu, tonton episod penuh drama lelaki itu, sinopsis drama lelaki itu, kisah benar drama lelaki itu, perkahwinan adik beradi

Drama ni menarik dengan pelbagai isu kekeluargaan yang biasa dikendalikan oleh Peguam-peguam Syarie dan mungkin ada dalam kalangan kita yang membaca ini juga tahu perkara ini berlaku dalam kalangan kita.

Tak nak ulas tentang curang ke, faraid ke, Fazura kena pukul tapi boleh bertahan banyak kali dengan suami sebelum fasakh dalam kes tersebut. CCL tertarik dengan isu Perkahwinan Adik-beradik sebapa antara Khairullah (Aedy Asyraf) dan Batrisya (Hannah Delisha). Ini isu besar yang semua orang patut buka mata dan tahu kenapa saya paling tak suka orang kahwin senyap-senyap.

Mereka pasangan muda yang berkahwin lari (di London sebab belajar disana tak dapat restu keluarga perempuan), dapat tahu yang mereka adalah adik-beradik Sebapa (satu bapa, lain ibu). Emosi satu hal, yang lebih berat kalau dah beranak-pinak lagi jemmmm.

Ada beberapa isu yang CCL baca dan CCL kongsikan pada korang juga .

✅ Macam mana boleh jadi Poligami senyap-senyap?

Cara orang nak poligami ni sebenarnya secara betul, pihak lelaki perlu memfailkan permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan dapatkan kebenaran Hakim bukan kebenaran isteri pertama. Jadi, boleh jadi isteri pertama datang untuk bersetuju atau mungkin tak setuju dan lalui proses bicara.

Tetapi, kalau si suami tu tipu alamat rumah isteri pertama, dan kemudian notis dihantar ke alamat yang salah atau suami guna apa jua helah untuk tidak memberitahu isteri, kes mungkin berjalan secara sebelah pihak jika penyampaian saman telah disempurnakan.

Ini yang kadangkala terjadi di Mahkamah. Isteri tak tahu suami ada naik Mahkamah dan dapat perintah Poligami. Tapi perlu ingat, memberi maklumat atau keterangan palsu adalah dikira kesalahan dan boleh dikenakan hukuman Denda atau Penjara atau kedua-duanya.


✅ Apa yang selalu terjadi bab kahwin senyap ni?

Paling common, nikah di Sempadan Thailand dan balik Malaysia tak buat Pengesahan di Mahkamah Syariah. Ada juga yang balik Malaysia buat pengesahan, tapi isteri tak dimaklumkan.

Saya selalu cakap sebelum ini, kesan yang paling teruk kahwin senyap ni, adalah kepada WANITA. Betul, jujur saya cakap. Kalau tak buat pengesahan, kesannya pada wanita dari segi pusakanya, dari segi kelahiran anak yang tak boleh dinasabkan kepada bapanya dan pelbagai lagi.


✅ Macam mana boleh tak tahu satu bapa?

Dalam drama itu, tak tahulah bagaimana Nabila Huda kahwin senyap-senyap dengan Dato Adi Putra tu. Katanya kahwin atas sebab kesiankan nasib Nabila kemudian terus tinggalkan tanpa berita dah cerai atau tidak.

Kalau mereka berkahwin secara sah, cuma tak diberitahu, mungkin anak-anak yang kahwin akan dapat tahu mereka adik-beradik bila diminta Sijil Nikah ibu ayah di Pejabat Agama. Samalah kalau Nikah Siam pun, pejabat agama akan mintak buat pengesahan di Mahkamah dulu sijil nikah mak ayah.

Masalah timbul bila anak-anak yang kahwin ni pun kalau kahwin senyap-senyap di luar negara tanpa melalui prosedur perkahwinan luar negara. Asal cukup Rukun jer nikah ni. Tapi tak semak pun Syarat Sah Nikah. 

Tambah pula yang tak siasat latar belakang family. Terus berkenalan, bercinta dan nak kahwin saja. Sebab tu Islam suruh taaruf betul-betul sebelum nikah.


✅ Apa perlu buat kalau dah ‘terkahwin’ dan tersetubuh tanpa sengaja?

Kalau dah berkahwin, mereka tak boleh sebut cerai sebab cerai hanya untuk orang yang nikahnya sah. Tapi, kalau pernikahan sebegini berlaku, namanya Nikah Fasid, iaitu pernikahan yang tidak sah dari segi syarat sah nikah.

Haram hukumnya seorang lelaki berkahwin dengan saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Ada pertalian darah dan nasab disitu. Kalau diteruskan juga, sepanjang hidup akan terus hidup dalam perzinaan.

Jadi, mereka perlu buat Permohonan Faraq Nikah di Mahkamah Syariah, iaitu mohon untuk membatalkan perkahwinan ini, dan mohon ampun serta bertaubat atas ketidaksengajaan isu ini.


✅ Bagaimana kalau ada anak atau cucu hasil pertubuhan yang tidak sah ini? 

Anak yang lahir daripada perkahwinan tidak sah ini tidaklah dianggap sebagai Anak Tak Sah Taraf. Tapi, namanya adalah Anak Wati’ Syubhah atau persetubuhan yang diragui. 

Dari sudut undang-undang dan Hukum Syarak, anak-anak itu boleh dibin atau binti kepada bapanya serta mewarisi pusaka dan perwalian kerana mereka dianggap sebagai Anak Sah Taraf. 

Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003
Sek. 114. Persetubuhan syubhah

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.

❤️ Kesimpulan

Saya perlu juga memberi kredit kepada Penerbit dan Pengarah Drama ini kerana membawa satu penceritaan yang boleh memberi nilai ilmu kepada masyarakat. Bosan juga kalau drama asyik cintan cintun saja. Masyarakat tak belajar sesuatu.

Pengajaran paling besar yang saya nak follower semua belajar adalah ‘Jangan Kahwin Senyap-senyap’. Kalau boleh jangan terfikir langsung nak buat macam tu. Fikirkan kesan jangka panjang. 

Kalau ada yang baca ni dah terkahwin senyap-senyap, jangan tunggu pasangan dah mati baru nak buat pengesahan. Menyesal nanti.


Sate Ayam VS Sate Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sate Ayam VS Sate Daging

Sate ayam , sate daging, harga sate ayam, harga sate daging, perapan sate

Petang tadi sempat pergi pasar malam yang berdekatan rumah CCL, walaupun badan masih lagi lemah tetap teman mak CCL ke sana . CCL jarang sekali nak pergi pasar malam ni , petang tadi alang-alang mak CCL ajak pergi juga la . 

Tapi petang tadi tak banyak yang jual , orang pun tak adalah ramai sangat , tak pasti sama ada CCL yang pergi awal . Sebab CCL sampai di pasar malam pun dah pukul 6 petang . 

Beli apa di pasar malam ? Mak CCL macam biasa beli ikan dan sayur . CCL tercari-cari tembikai kuning tapi masih belum ada . So CCL beli anggur hitam , satu kotak RM8 , mujur tak ada biji . Rasa pun manis .

Adik CCL pula kirimkan ayam goreng , dapat la beli beberapa ketul ayam goreng untuk dia . 

CCL pula teringin nak makan sate, lama juga tak makan sate .. so beli la sate daging 10 cucuk dan sate ayam 10 cucuk . Cukup la kami berempat makan . Harga secucuk sate ayam RM1.00 manakala sate daging pulak secucuk RM1.30 . Berbaloi la dengan harga sate pun besar-besar juga . Memang harga di mana-mata tempat lebih kurang sama . Perapan rempah pada sate pun sedap . Kuah pun pekat dan secukup rasa . Cumanya fail sikit pada sate ayam tue , isi digabungkan sekali dengan kulit ayam Isi ayam hanya ada dua ketul sahaja , yang lain Kulit ayam bukan sikit-sikit ya , banyak juga . Tebal pulak tu . Eh confius pulak kulit ayam atau cenonot ayam .

Tempat korang harga secucuk sate berapa ?


 

Jumpa Doorgift Sapu Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Jumpa Doorgift Sapu Tangan  Bila kemas rumah ni macam-macam ragamlah . Bila barang ini sayang nak dibuang, barang itu nak simpan . Padahal tak guna-guna . Seiring dengan waktu pastinya barang-barang yang disimpan akan bertambah semak dalam rumah . Lebih kronik lagi kalau ada antara kita yang tidak boleh membezakan antara barangan perlu atau tidak . 

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Tengah-tengah kemas almari buku-buku lama , pilih yang mana masih diperlukan atau tidak , yang mana dah tak perlu let go dalam plastik sampah hitam , malas nak simpan lama-lama . Selesai bahagian buku-buku terpandang dalam satu kotak yang berisi doorgift - doorgift kenduri . Agak banyak juga . Doorgift dulu-dulu sapu tangan kecil . Gambar kat atas antara doorgift sapu tangan yang sudah dipilih . Yang masih elok boleh digunakan . Yang lain banyak dah buang .

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Doorgift sapu tangan di ubahsuai menjadi sekuntum bunga rose . Cantik bukan ? Kalau kenduri zaman-zaman sekarang CCL nampak masih ada lagi doorgift bunga rose hasil gulungan dari sapu tangan . 

Doorgift zaman dahulu, doorgift sapu tangan , doorgift bunga rose, doorgift sapu tangan kecil , doorgift zaman dulu

Ini juga doorgift sapu tangan , letak dalam bekas tertentu atau diletakkan dalam plastik kecil . Semua comel-comel belaka . Tapi sekarang memang tak ramai yang buat doorgift begini . 

Ada sarung telur hasil dari benang kait . Emak CCL minta simpan laa serba sedikit, tak bagi buang semua . Satu lagi zaman kenduri dulu-dulu terkenal dengan doorgift bunga potpuri .  Bau-bauan bunga kering . Lupa pulak CCL nak snap gambar untuk tatapan disini . Untuk bunga potpuri ni banyak yang CCL dah buang . Hanya tinggal lebihan sedikit ini sahaja . Entah tahun depan akan ada lagi dalam simpanan ataupun tidak . 

Korang masih simpan lagi tak doorgift sapu tangan macam ni ? 




Botol Kaca Rempah Ratus Siap Ada Sudu Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Botol Kaca Rempah Ratus Siap Ada Sudu Lagi  Berbalik pada entri lepas , CCL ada kongsikan CCL beli Rak Rempah Ratus 3 Tingkat . Tapi masih belum pasang lagi . Kalau dah beli rak rempah ratus, mestilah kena beli bekas sesuai untuk rempah ratus untuk disusun-susun cantik atas rak tu nanti kan ..

botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Bekas untuk simpan rempah ratus ni pun ada macam-macam design . So CCL berkenan pada botol kaca comel ni siap ada sudu kecil lagi . Memang memudahkan lagi kerja masak memasak ni . Dengan saiz yang kecil comel ni memang dapat menjimatkan ruangan dapur . Botol pun botol kaca, dengan kuantiti 330ml korang boleh isi  garam, gula, kunyit, rempah ratus dan lain-lain lagi .  


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Hari tu ke Kedai Eco pun ada jual botol kaca untuk rempah ni  RM2.40 . Tapi memang tak terniat nak beli . Baru-baru ni jerr tiba-terlintas untuk beli , CCL cari dalam shopee harga berbaloi juga . Serendah Seringgit . CCL beli melalui shopee melalui seller ni https://shope.ee/6V1PBKRCTE . Time CCL beli ni ada diskaun , jatuh sebotol RM0.63sen . Jimat kan ? CCL grab 6 botol . 


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Botol rempah ratus ni sebenarnya ada tiga pilihan . Korang boleh pilih sama ada nak botol kaca satu set dengan sudu, berus ataupun honey stick . 


botol rempah ratus, botol kaca rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus , seasonings bottle, botol seasoning, botol rempah ratus murah,

Bila order barang berkaca ni of course la risau takut-takut barang yang di sampai tu pecah , alhamdulillah mujur seller balut rapi , tebal dengan bubble wrap . Semuanya sampai dengan elok tak ada pecah , tak ada defect item. 


Botol kaca ni nak kena cuci bersih, keringkan dulu baru boleh masukkan rempah ratus .  Hygiene kena jaga . 

Tak sabar pulak nak susun-susun atas rak yang baru beli tue .. sekarang mata tengah jeling-jeling jer sticker label . Ala sticker label untuk rempah ratus tue . Dah add to cart , risau pulak kalau tercheckout . Hehe .


Menu Tengahari : Udang Goreng Kunyit & Sayur Brokoli Campur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Udang Goreng Kunyit & Sayur Brokoli Campur


Udang masak kunyit , brokoli campur , ikan goreng

Menu ringkas tengahari ni ikan dan udang .  Ikan kembung goreng , lebihan seekor ikan  gerut semalam buat goreng . Tak ada daya upaya nak membakar ikan . So semua buat goreng jer .. Semalam dan pagi ni tak sedap badan sikit . Masak pun dah lewat . Lupa pulak nak buat keluar sambal belacan yang tersimpan dalam peti ais . 

Menu tengahari 

  • Udang goreng kunyit
  • Sayur campur brokoli & kubis bunga
  • Ikan kembung & ikan gerut goreng
  • Tembikai
  • Sambal belacan 

Menu Tengahari : Ikan Gerut Bakar & Kangkung Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Gerut Bakar & Kangkung Goreng

Ikan gerut bakar, air asam kerisik, kangkung goreng, menu simple makan tengahari

Kembali ke slot menu tengahari.. dah malam baru nak post entri tengahari tadi .   setiap hari menu yang ringkas dan mengenyangkan . Settle pagi tadi pergi pasar tani topup bahan mentah dalam peti sejuk . So ni jer menu hari ni . Misi pencarian buah tembikai kuning masih lagi gagal . So CCL beli jer la tembikai merah . Tak tahu lately ni memang suka sangat makan tembikai . Tapi ok la juga kan .

Ikan gerut , saiz kecil-kecil, 3 ekor ni sekilo tak salah CCL RM18 , abang yang jual bagi free seekor lagi . So total semua CCL dapat empat ekor ikan gerut saiz kecil-kecil . 3 ekor ni buat bakar . Dua ekor untuk family CCL pun dah cukup sebab tak ramai . Adik perempuan CCL pun dah balik Selangor . Tinggal la kami  berempat  ayah,mak, CCL, dan adik bongsu . Ikan bakar lagi sekor CCL bagi dekat tokwan untuk makan tengahari ni . Lagi sekor simpan peti ais buat masak esok pula . Ikan gerut saiz kecik ni isinya tak ada la setebal macam ikan gerut saiz besar tu.

Kalau ada ikan bakar, semestinya kena ada air asam . Barulah ngammm ! Air asam kerisik mak CCL yang buatkan  sekali buat hahh semangkuk besar .. kangkung goreng pun mak CCL yang masakkan . So part CCL hari ni membakar ikan jerr . 


Menu tengahari 

  • Ikan gerut bakar 
  • Kangkung goreng
  • Air asam kerisik
  • Ikan talang goreng bawang & cili
  • Tembikai 
  • Air ais Cincau 

Selamat menjamu selera ! 

Apam Lenggang Rangup Manis & Berlemak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Apam Lenggang Rangup Manis & Berlemak

Apam lenggang, resepi apam lenggang, apam lenggang Rangup, apam lenggang lemak manis, cara mudah buat apam lenggang,

Seawal 8.30 pagi, pagi ni terjah pasar tani yang berdekatan rumah CCL, nak topup bahan mentah dalam peti ais dah kian kurang . Lepas tue misi mencari tembikai kuning . Teringin nak makan tembikai kuning dari bulan puasa lagi tapi payah betul si tembikai kuning ni nak muncul yer . Limited betul . Ok dah settle beli bahan mentah, sayur-sayur . 

Next , beli makanan , alang-alang nampak apam lenggang ni lama juga tak makan , dulu mak CCL selalu buat apam lenggang  letak di kedai kuih muih kawannya  . Dah jumpa ni kena beli la . Sekeping apam lenggang ni RM0.50 . Hah murahkan .. CCL beli la 6 keping ..balik rumah makan sampai 4 keping, berbaki lagi dua keping baru teringat nak snap gambar .

 Hahaa .. perangai betul.. nanti ada laa tu yang cakap ala sikit-sikit nak tangkap gambar . Tangkap gambar itu ini . Eh hello, CCL tangkap gambar bukan pinjam telefon sesiapa .so diam !! Ehh termarah pulak .. tapi ada tau orang toksik macam tue .. 

So sekian laa entri pagi ni , tak nak bebel panjang-panjang .. 


Morningg uols ! 



Zus : Ice Watermelon Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte

Asyik dengan Spanish Latte jer kan . Hari ni ubah citarasa sikit , lepak Zus sambil order Watermelon Latte . Not bad juga rasanya .  Rasa kopi dan juga rasa tembikai tu dua-dua rasa yang seimbang . Kombinasi antara kopi dan tembikai yang boleh diterima tekak CCL  . Rasa  espresso yang tidak terlalu kuat dan rasa perisa tembikai yang tidak terlalu manis, sambil sedut air ni, sambil terbau-bau aroma tembikai . 

Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte


Harga Ice Watermelon Latte RM10.90


Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam

Gulai ikan tongkol, ikan talang goreng bawang, ayam goreng sambal, daging kunyit, daging masak kunyit, sambal ayam, gulai ikan dan bendi

Menu untuk hari ni empat jenis lauk pauk . Banyak pulak yerr .. sebenarnya masak dua jenis lauk jer hari ni .. Daging masak kunyit . Tengok ada lagi beberapa ketul ayam dalam peti ais terus goreng buat masak sambal dari dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais , rosak pulak ayam tu nanti lama-lama . Menu ikan talang goreng bawang dan cili tu lebihan menu semalam . Boleh di makan lagi . Jiran depan rumah CCL pulak kongsi rezeki tengahari ni bagi gulai ikan tongkol .Eh betulkan ikan tongkol , kangg tersalah pulak 😅 .  Alhamdulilah atas rezeki hari ni . 

Menu Tengahari 

  • Daging kunyit
  • Ayam goreng sambal
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Gulai ikan tongkol & bendi
  • Air ais kosong 

Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat Selesai sidai selimut dan tuala di ampaian luar, sejam berlalu , cuaca dah mula bertukar mendung kegelapan . Dah ada tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebat . Langit sangat gelap, awam terkandung untuk melepaskan hujan bila-bila masa sahaja . CCL pun terus ambil segala kain yang disidai di ampaian luar  bertukar tempat sidai di ampaian kawasan luar rumah yang berbumbung supaya tak terkena percikkan air hujan . 

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

Selepas 10 minit begitu , maka hujan pun turun dengan lebat datang sekali  guruh . Alhamdulillah dapat la menghilangkan bahang panas yang terlampau panas ni . Panas sekarang ni kat Perlis bukan panas biasa-biasa ya . Panas sehinggakan berpeluh dan boleh jadi gatal-gatal satu badan . Syukur alhamdulillah Allah Taala turunkan sedikit hujan pada petang ni .. Bau hujan tu nikmat ya 

Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air

Ikan talang goreng bawang, sayur tumis bendi, telur goreng,

Hari ni nak share menu yang paling-paling ringkas lagi . Disebabkan hari ni tak ramai yang ada di rumah . So masak menu ringkas pun dah memadai . 

Menu Tengahari 

  • Ikan kembung goreng
  • Bendi tumis air
  • Telur goreng 
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Sambal tumis 
  • Teh o ais lemon 

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Beli Rak Rempah 3 Tingkat Minggu lepas terfikir nak beli rak untuk bahan-bahan rempah untuk mak CCL . Alang-alang tu boleh la tukar deko sikit-sikit di dapur ni . Setelah tercari-cari di platform Shopee, rupanya pelbagai macam jenis rak yang ada . Rambang mata dibuatnya . Ada yang jenis kayu, aluminium, plastik, besi keluli , jenis bertingkat, jenis rak berpusing-pusing pun ada fuhh kalau diperhatikan lama-lama memang tak keruan dibuatnya . So tunggu apa lagi , yang mana berkenan terus add to cart dalam troli Shopee . Setelah difikirkan masak-masak dua hari lepas barulah CCL checkoutkan rak rempah tersebut . Hari ni courier dah Selamat hantar rak rempah CCL.

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah tiga tingkat ni hadir sekali dengan kotak , Setelah dibukak untuk lihat keadaan rak tersebut semuanya ok tiada sebarang kesan defect . Cumanya macam biasa rak tersebut kena pasang sendiri ..  seller dah bagi skru untuk dipasang . So part ni kena tunggu adik lelaki balik dari kerja minta dia tolong pasangkan . Sebenarnya boleh sahaja nak pasangkan sendiri  . Tapi bila bermain dengan banyak jenis skru ni malas pulak . 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah ni hadir dengan dua warna hitam dan putih . CCL memilih warna hitam mengikut kesesuian dapur CCL , tapi warna putih pun cantik juga . Harga rak rempah 3 tingkat ni murah sahaja serendah RM50 . Boleh beli di platform Shopee melalui link https://s.shopee.com.my/7UtvmIiwZY

Dah siap pasang nanti CCL akan share dengan korang semua . Stay tune !


Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram

Tomyam bebola seafood , tomyam ayam , sawi goreng, sawi goreng sos tiram ,

Selesai masak , kena make sure dapur mestilah kemas, segala barang-barang disimpan semula dalam peti sejuk , segala periuk , kuali, sudip , tupperware yang dah digunakan dibasuh dan lap semua table top baru boleh hidangkan makanan . Hari ni sempat lagi nak snap gambar . Kadang lepas masak  rushing makan dan siap-siap pergi kerja . Kadang tu CCL tolong mak masak kat dapur jer ..Tapi hari ni lepas susun semua hidangan terus snap gambar . 

Menu Tengahari 

  • Tomyam bebola seafood
  • Sawi goreng sos tiram
  • Ikan kembung goreng
  • Sambal
  • Mangga susu
  • Sirap cincau 

Sebenarnya hari ni nak masak simple-simple sahaja , alang-alang dah ada bebola steamboat yang CCL beli penghujung Ramadan haritu belum terusik dalam peti ais, so cari-cari bahan semuanya ada maka terjadilah tomyam bebola seafood . Letak isi ayam sedikit . Masuk kubis bunga sikit . Settle . Buat lebih sikit malam ni boleh makan dengan kway teow . 

Oh itu bukan harumanis . Itu mangga susu bila dah masak memang manis tak ada sikit pun rasa masam . Manis-manis lemak gitu . Warna kuning pun beza dari harumanis . 

 

Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini. Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya

Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan peniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my. Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya sepertj makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya


Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis  Menjelang awal hujung bulan Mac, di Perlis ni memang dah musim Harumanis berbuah. Korang yang mana teringin nak makan & teringin nak rasa Harumanis ni boleh la berkunjung ke negeri Perlis. Tahun ni musim Harumanis berbuah dari ujung bulan Mac hingga bulan Mei. Harga pasaran bagi harumanis gred A boleh mencecah RM35 ke RM30 bagi 1kg. Bagi korang yang nak beli harumanis , sebelum nak beli wajib la kenal pasti serba sedikit rupa bentuk harumanis supaya tidak tertipu dengan peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab raih untung . 

CERITA CCL, HARUMANIS, MUSIM HARUMANIS, HARGA HARUMANIS, HARGA HARUMANIS IKUT GRED, HARGA PASARAN HARUMANIS

Untungnya kat rumah CCL ada tanam beberapa pokok harumanis, semuanya lebat berbuah memandangkan musim kemarau yang panjang , panas terik memang menjadi betul buah . Alhamdulilah dapat juga rezeki makan harumanis tahun ni . Kupas-kupas makan begitu sahaja pun dah sedap . Tapi ada juga yang makan bersama pulut santan . Sedap juga tue . 


Kita Hanya Sebatas Senja

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kita Hanya Sebatas Senja  Senja selalu menjadi waktu yang paling ditunggu . Saat matahari kembali berehat setelah seharian berjuang memberi sinar mentari untuk kehidupan bumi . 

Motivasi hidup, kita hanya sebatas senja , senja, gambar matahari terbenam, sunset, matahari terbenam, langit senja

Tiada indah yang abadi di dunia.  Bukan aku, bukan kamu dan juga bukan senja . Kita hanya sebatas senja . Saling melihat tapi tak terikat , saling menatap tapi tak saling menetap . Walaupun terkadang dia pergi unruk menghilang , tapi tidak untuk senja . Dia pergi dan berjanji untuk kembali lagi . Senja juga mengajar kita bahawa apa pun yang terjadi hari ini pasti akan berakhir dengan indah . 


Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet

Menu tengahari, ayam masak kicap , kacang buncis goreng, ikan haruan kering, ayam sambal penyet

Selamat tengahari Isnin , tengahari ni tiba-tiba rasak nak share menu tengahari CCL, siap-siap masak, siap-siap kemas dapur, teringat nak snap gambar masakan tengahari ni , boleh laa kongsi dalam entri blog daripada ketandusan idea nak cari idea apa yang nak dituliskan . 

Menu tengahari 

  • Ayam kicap
  • Ayam goreng sambal penyet
  • Kacang buncis goreng
  • Ikan haruan kering (goreng)
Settle menu simple hari ni , tak beraneka sangat sebab tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk pauk . Cukup sekadar dua atau tiga jenis ni . Ayam goreng sambal penyet tu tak ada sup, sebab malas . Hahaa . Sebab ini pun dah cukup memadai . 


Zus Coffee : Ice Green Tea Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Coffee : Ice Green Tea Latte Semenjak dah boikot MCD ni , Zus Coffee lah yang menjadi pilihan CCL . Bagi CCL yang pengemar kopi  sekali sekala rasa teringin jugak nak merasai menu lain yang ada di Zus Coffee ni . 


zus coffee , zus coffee ice green tea latte , harga zus coffee , menu zus cofee ,

Kali ni CCL memilih untuk mencuba menu Ice Green Tea Latte , walaupun CCL bukanlah seorang peminat green tea, tetapi minuman Ice Green Tea Latte dari Zus Coffee ni dapat diterima tekak CCL , sebab rasa green tea tu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu pahit tapi manis berlemak .

“Did You Know? Green Tea Latte contains no coffee. Green Tea Latte = Green Tea with Milk. The cup that everyone knows and loves. Blended with Pure Green Tea, fused with Milk, & Organic Sweetener.” - ZUS


Harga Ice Green Tea Latte RM9.70

Top Commentators March 2024 : Tahniah Blogger NA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Top commentators march , kongsi rezeki , hadiah top Commentators bulan mac

Sepatutnya entri ini keluar pada minggu pertama bulan April . Tapi atas faktor  sibuk, postpone punya postpone hari ni baru release . Maaf andai entri ini terperam lama, nak release minggu raya hari tu pasti masing-masing sibuk dengan beraya , ada yang balik kampung, ada yang ziarah sanak saudara jiran tetangga , ada yang meraikan raya dengan anjurkan rumah terbuka . So hari ni  CCL akan umumkan Top 5  kaki komen untuk bulan Mac . Nampaknya calon-calon baru juga yang tersenarai ni .. korang boleh terjah blog-blog diorang . Support each other untuk terjah dan tinggalkan komen-komen . 

Top 5 commentators March 2024
  1. NA
  2. Azhafizah MN
  3. Ladybird
  4. mummy_ayu
  5. Bola Katok

Alhamdulillah top Commentators  January dan February adalah  calon yang berlainan . Hadiah pun telah selesai CCL berikan . Untuk bulan February CCL beri hadiah INI kepada blogger Ladybird . 

Taknak bebel panjang . CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan Mac adalah jatuh kepada blogger NA . Yang mana belum follow atau belum singgah blog NA boleh laa terjah blog NA . Untuk blogger NA boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com untuk pegeposan hadiah saguhati untuk awak sebagai tanda penghargaan CCL kepada awak yer .InsyaAllah CCL akan pos hadiah selepas raya , tak nak kejadian barang sangkut di HQ courier terlalu lama . Tahniah tak jemu- jemu singgah blog CCL . 

Tahniah juga top 5 yang lain , terima kasih juga pada rakan blogger yang lain datang berkunjung tinggalkan komen . Setiap komen sangat bermakna untuk CCL , penyuntik semangat nak tulis entri banyak-banyak lagi . Doakan semoga CCL murah rezeki , boleh kongsi hadiah-hadiah yang best untuk korang . 

Love you all . 
Salam Aidilfitri 


Menu Syawal Kedua : Mee Kuah

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Menu Syawal Kedua : Mee Kuah

Menu syawal, menu raya, mee kuah , menu pagi syawal

Syawal kedua beraya di kampung . tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya . Balik kampung tak semeriah dulu , lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia . Balik kampung sunyi sedikit . Kediaman arwah tok dan tokwan sekarang ni mak menakan yang duduk di situ . Balik kampung hanya ada mereka tanpa arwah tok dan tokwan . 

Menu syawal kedua dihidangkan dengan mee kuah , jarang-jarang sekali CCL nak makan mee, dan mee juga bukan kesukaan CCL , lagi-lagi kalau mee tersebut rasa kapur . Sukar untuk di telan . Mujur mee ni tak rasa pahit payau kapur , tambah dua kali juga laa memandang perut pun tengah lapar kan . 

Teringat dulu arwah tok tiap kali rasa semestinya akan buat kuih siput memang antara menjadi menu wajib tiap kali raya . Ketupat pulut arwah tok buat banyak untuk anak menantu cucu balik beraya . Gulai ayam kampung serta rendang daging memang menjadi kewajipan juga tiap kali pulang beraya . Tapi sejak dua tiga tahun ni dah tak ada lagi nak rasa air tangan arwah tok .semuanya hanya tinggal kenangan . 



Menu Syawal Pertama : Bihun Soto

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Syawal Pertama : Bihun Soto Cerita Syawal pertama , baru hari ni nak kongsikan . Syawal pertama ramai yang sibuk balik kampung, ziarah saudara mara di kampung, ziarah jiran so memang sibuk sikitkan plus penat pulak tu . So blog sunyi sepi sekejap untuk beberapa hari . Tahniah juga la yang konsistem update entri walaupun pada hari raya . 

Tahun ni korang buat open house tak?  CCL pulak open house kecil-kecilan . Memandangkan pagi raya CCL dah kerja , so malam raya memang akan prepare semua keperluan untuk lagi raya . Tolong mak CCL serba sedikit di dapur .

Raya, menu syawal pertama, kemeriahan syawal pertama, menu simple di pagi raya

Pagi Syawal tahun ni bihun soto menjadi hidangan utama . Asalkan hanya buatkan dua bungkus bihun dan juga dua bungkus nasi impit . Cukup untuk saudara mara  terdekat yang setiap tahun memang akan kunjung rumah CCL pada Syawal pertama . Petang hari eh ramai pulak yang kunjung tiba  . Alhamdulillah  ramai . Walaupun rumah terbuka bukanlah besar-besar dengan hidangan menu yang banyak . Cukup sedekit dan rezeki kongsi dengan yang lain untuk kenyangkan tetamu yang datang . 

Petang tu celur bihun  sebungkus dan celur kway teow dua bungkus . Mujur sup soto buat dalam kuantiti yang banyak dalam periuk besar . Cuma cili kicap dan juga bergedil kentang CCL kena tambah semula . 

Kuih raya tahun ni pun tak banyak , ada dua tiga jenis sahaja , tak sempat nak membeli . Menu pun tak sempat nak snap semua gambar , sempat snap hidangan soto ni sahaja .

Menu raya Syawal pertama 

  •  Bihun soto
  • Ketupat / lemang 
  • Serunding daging
  • Gulai daging
  • Sagu gula melaka 
  • Harumanis
  • Air anggur kordial
  • Kuih raya ( samperit susu, mazola, biskut coffee)
  • Kuih tradisional ( popia simpul, kuih kapal terbang, maruku) 

10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H , genap sebulan pemergian arwah tok . Sekejap saja dah masuk sebulan rasa macam arwah tok baru sahaja pergi . Nak tak nak kena redha dengan ketentuan Allah SWT . Dia hanya pinjamkan untuk sementara waktu , dan bila tiba masanya Dia akan ambil semula . Begitulah kitaran hidup kita . Kita yang hidup kena teruskan hidup . 

Arwah tok, kenangan arwah tok

Kubur arwah tok dah cantik , dah ada kepak kubur dan juga dah ada batu nisan . 

Raya pertama CCL kerja macam biasa , tahun ni tak cuti, so lepas balik dari kerja petang tu terus melawat kubur arwah tok . Al-fatihah untuk arwah tok . Selamat hari raya , moga arwah tok dipermudahkan untuk lalui titian ke syurga . 

Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan  Bertemu kembali kita  . Dah Syawal keempat baru sempat nak muncul kat entri blog . Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog CCL . Ampun maaf dipinta andai tertulis yang tak sepatutnya , terkomen yang menguris hati . Harap dimaafkan segalanya . Salam kosong-kosong yer .  Sepatutnya entri ni dikeluarkan hujung-hujung puasa . Disebabkan sibuk sedikit so CCL edit sedikit entri ini untuk dipublishkan . 

Minggu akhir Ramadan baru settle persiapan baju raya untuk tahun ni .Mood raya tahun ni memang tak berapa nak ada, tetapi tetap beli juga baju raya semampu yang boleh untuk mak ayah dan juga adik-adik . Cuma untuk tahun ni baju raya untuk diri sendiri sahaja tak beli , decide pakai sahaja baju mana yang ada . Sebab lepas raya lagi banyak nak pakai duit settlekan apa yang kena settle . So tahun ni kena berjimat cermat sedikit . 

Seperti biasa untuk setiap tahun memang CCL yang akan decide tema warna , so family akan ikut sahaja tema warna tersebut . Janji semuanya ada baju raya untuk dipakai pagi raya . Umumnya untuk setiap tahun memang CCL akan beli online sahaja lebih mudah kerja . Untuk tema raya tahun ni warna adalah warna hitam. Walaupun cuaca kat Perlis ni boleh tahan juga panasnya tetap memilih warna hitam . 


Persiapan raya, persiapan baju raya , tema baju raya , hitam itu menawan

Tahun ni baju raya ayah dan adik lelaki CCL dari Qayraa . Pemilihan setiap tahun masih lagi kurta . Sebenarnya first time CCL beli baju kurta di Qayraa . Sebelum-sebelum ni CCL shopping tshirt microfiber alih-alih tahun ni Qayraa mengeluarkan baju melayu dan juga kurta . So why not untuk cuba jenama ni pulak kan . Harga pun berpatutan beli time live ada sales dapat la sehelai RM44.90 , material kain soft cotton . Tak tebal dan tak jarang . Just nice . 

Untuk pemilihan baju raya emak CCL pulak , tahun ni CCL belikan beliau jubah abaya . Jubah abaya ni dari EjStyle . Design yang sangat cantik dan ada lace pada lengan baju . Harga sepasang abaya ni adalah RM99. Tapi time dalam gambar tu mak CCL dah tukar pakai blouse biasa.

Bagi baju adik perempuan CCL pula baju kurung moden sulam dari brand Zoe Arissa . Harga pun mampu milik . Beli time live sepasang baju ni hanya RM80  . Design dan material pun sangat cantik . Design bersulam di hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . 

Untuk CCL pula, tahun ni memang tak beli apa-apa , hanya pakai baju yang mana tersimpan dalam almari tu . Sehari sebelum raya baru teringat tokmama ada hadiahkan sepasang baju kurung berwarna hitam , hadiah sempena birthday CCL tahun lepas . Sepasang baju kurung dari tokmama yang belum terusik lagi . So decide untuk untag dan pakai baju tersebut . 

Macam biasa setiap tahun kena ada juga family potrait . Yang ada dalam gambar mak serta adik-adik CCL . Cuma ayah CCL jer tak ada dalam gambar ni . Ayah memang susah sikit nak ajak bergambar ni . Heheh . Sorry tak expose sangat gambar family dalam blog . 

Ramai yang cakap tahun ni warna brick orange yang banyak orang pakai .eh betul ker ? Korang tema warna apa tahun ni ?




Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur

Menu ramadan, gulai daging rebung, masak lemak nangka, ayam kicap, bendi goreng, murtabak

Menu hari ni macam terlebih banyak pulak . Penuh meja . Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. Masak lemak gulai nangka mak saudara CCL yang bagi . Murtabak pun beli di gerai . Alhamdulillah dah hampir sebulan kita puasa, tahun ni catat sejarah tak jejak kaki ke bazar Ramadan. Jimat sikit duit kan . Hahaha ..kalau tidak tengok itu nak beli tengok ini nak dibeli . Banyak-banyak membazir pulak . Puasa tahun ni seladar singgah membeli kuih muih , air , murtabak dan roti john di gerai-gerai tepi jalan . 

Menu Ramadan ke-28

  • Gulai daging dan rebung
  • Ayam kicap
  • Bendi goreng telur
  • Masak lemak nangka
  • Murtabak
  • Ikan kembung & ikan bawal goreng
  • Murtabak
  • Sirap laici