Jumpa Doorgift Sapu Tangan Bila kemas rumah ni macam-macam ragamlah . Bila barang ini sayang nak dibuang, barang itu nak simpan . Padahal tak guna-guna . Seiring dengan waktu pastinya barang-barang yang disimpan akan bertambah semak dalam rumah . Lebih kronik lagi kalau ada antara kita yang tidak boleh membezakan antara barangan perlu atau tidak .
Tengah-tengah kemas almari buku-buku lama , pilih yang mana masih diperlukan atau tidak , yang mana dah tak perlu let go dalam plastik sampah hitam , malas nak simpan lama-lama . Selesai bahagian buku-buku terpandang dalam satu kotak yang berisi doorgift - doorgift kenduri . Agak banyak juga . Doorgift dulu-dulu sapu tangan kecil . Gambar kat atas antara doorgift sapu tangan yang sudah dipilih . Yang masih elok boleh digunakan . Yang lain banyak dah buang .
Doorgift sapu tangan di ubahsuai menjadi sekuntum bunga rose . Cantik bukan ? Kalau kenduri zaman-zaman sekarang CCL nampak masih ada lagi doorgift bunga rose hasil gulungan dari sapu tangan .
Ini juga doorgift sapu tangan , letak dalam bekas tertentu atau diletakkan dalam plastik kecil . Semua comel-comel belaka . Tapi sekarang memang tak ramai yang buat doorgift begini .
Ada sarung telur hasil dari benang kait . Emak CCL minta simpan laa serba sedikit, tak bagi buang semua . Satu lagi zaman kenduri dulu-dulu terkenal dengan doorgift bunga potpuri . Bau-bauan bunga kering . Lupa pulak CCL nak snap gambar untuk tatapan disini . Untuk bunga potpuri ni banyak yang CCL dah buang . Hanya tinggal lebihan sedikit ini sahaja . Entah tahun depan akan ada lagi dalam simpanan ataupun tidak .
Korang masih simpan lagi tak doorgift sapu tangan macam ni ?
10 Ulasan
Akak bukak dan gunakan sapu tangan tu buat koleksi lap dapur. Cuma kadang leceh nak bukak sebab ada gam dia kan.
BalasPadamItulah..kalau emak memang suruh simpan. Semua sayang 😄. Kalau akak, sama ada guna atau let go bagi orang.
wah byk nya koleksi nya
BalasPadamwah byk nya koleksi nya
BalasPadamnak buang sayang, nak simpan semak.. kite bagi ke anak2 suh bagi ke kwn2 di sekolah :P.. hihi
BalasPadamseronok dpt doorgift sapu tgn mcm ni sbb boleh gua utk lap-lap di dapur hehe
BalasPadamSelalunya bila dapat doorgift sapu tangan, balik rumah terus dibukak dan dibasuh sapu tangan tu utk guna. Sebab anak2 saya ada resdung selalu bersin2 mmg berguna door gift sapu tangan ni.
BalasPadamkita pun suka dapat doorgift macamni, selalu letak dalam handbeg ganti tisu.
BalasPadamkalau dapat doofgift sapu tangan tu terus buka dan guna.
BalasPadamKalau dapat sapu tangan memang terus gunalah. Biasanya buat mengelap dapur.
BalasPadamSaya simpan sapu tangan
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan