Assalamualaikum dan hai semua
Doorgift Kenduri: Dapat Kek Coklat Moist Dua hari berturut-turut attend kenduri… alhamdulillah rezeki kan.. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput CCL sekeluarga, Seperti biasa, lepas balik kenduri memang tak sah kalau tak share doorgift apa yang dapat hari ni..Hari ni dapat yang manis-manis..
Untuk majlis walimatulurus Fatin & Aiman yang berlangsung pada 31 Disember 2025, pasangan pengantin memilih kek coklat moist sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir .. Kek coklat ini dibungkus dalam bekas berbentuk hati yang comel, siap dengan sudu kecil. Di sebelahnya pula disertakan kad ucapan bercorak klasik yang memaparkan nama pengantin serta tarikh majlis, menjadikan doorgift ini nampak lebih kemas, eksklusif dan bermakna.
Simple, doorgift yang bajet tapi nampak eksklusif tauu!! .. memang sesuai sebagai buah tangan untuk tetamu. Semoga Fatin & Aiman berbahagia hingga ke syurga ..
Assalamualaikum dan hai semua
Doorgift Kenduri : Dapat Mini Biskut Ada kenduri, mesti ada doorgift..Untuk kenduri kali ni memang tak perlu tanda tanya dapat apa, tak perlu terburu-buru nak buka pun… sebab dari luar dah boleh nampak isi dia tauu..
Doorgift diisi dalam bekas kertas ziplock warna coklat, simple tapi nampak kemas. Dalam tu ada mini biskut, kudapan ringan yang semua orang boleh makan tak kira peringkat umur kan ... kanak-kanak boleh, apatah lagi orang dewasa. Senang nak makan, senang nak bawa balik.
Part yang CCL paling suka, tag kecil bertulis “Thank You, Each Day Is A Gift”..Auchhh… simple je tapi ayat tu penuh makna. .
Tak perlu doorgift mahal-mahal..yang penting tetamu rasa dihargai dan balik dengan senyuman.. biskut kecil ni jadi peneman minum petang bila balik dari kenduri tadi.. Makan sambil rehat-rehat .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Dapat Maggie Kari Cuti sekolah ni memang tak sah kalau tak ada kenduri, betul tak? ..Asal ada jemputan, kalau tak ada aral melintang memang CCL akan usaha nak pergi. InsyaAllah sampai. Lagi-lagi bila cuti sekolah ni, kenduri pun macam cendawan tumbuh lepas hujan..Bab makanan pula, usah ditanya… memang sedap-sedap belaka. Dari lauk utama sampai pencuci mulut, semuanya menggoda iman dan perut..
Macam biasa, balik dari kenduri memang takkan tangan kosong. Tuan rumah baik hati, siap bagi doorgift seorang satu beg. Tapi biasalah kan, pantang dapat doorgift, tangan ni gatal nak buka cepat-cepat. Sabar jap… masuk kereta dulu baru boleh belek isi dalam tu ..
Bila dah buka dalam kereta, eh… rupanya dapat sebungkus maggie kari!..Terus senyum sendiri. Rare tauu doorgift maggie kari ni. First time dapat. Selalunya doorgift kenduri ni dapat beras, kopi, kicap atau gula. Kali ni lain sikit..Maggie kari pun ok apa. Boleh simpan, boleh masak-masak bila lapar. Simple tapi berguna.
Terima kasih tuan rumah, rezeki cuti sekolah..Kenduri dapat, perut kenyang, doorgift pun dapat. Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri | Dapat Numee Gardenia Zaman sekarang ni kan pelbagai jenis doorgift kenduri yang ada . Kalau dulu doorgift wajib setiap kali berkunjung ke rumah kenduri dapat bunga telur, coklat tak pun sapu tangan . Sekarang ni dah pelbagai jenis doorgift yang ada . Kreatif kan ..
4 hari lepas sempat juga la CCL pergi kenduri kawan CCL . Dapat doorgift apa ? Seperti yang uguys tengok dalam gambar CCL dapat doorgift mee kuning keluaran Numee Gardenia . Siap packaging dalam kotak kertas yang cantik ni lagi . Mudah doorgift macam ni kan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift dari rumah kenduri kali ni dapat pinggan plastik . Cantik juga pinggan plastik ni siap design bunga lagi . Kualiti pinggan plastik ni nak cakap tebal pun tak ada la tebal mana, tapi masih boleh letak hidangan makanan dalam pinggan ni .
Pandai tuan rumah ni cari Doorgift, pinggan plastik ni siap paperbeg khas untuk pinggan ni lagi tau . Lagi memudahkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Tisu Muka Dah mula cuti sekolah , tak lepas juga laa ramai yang akan adakan majlis perkahwinan .. tengahari tadi sempat attend kenduri kawan CCL . Alhamdulillah kedua-dua belah pihak lelaki dan pihak perempuan sudah selesai. .
Apa yang CCL dapat dari doorgift kenduri kawan CCL ni ..
Taraaa .. cantik .. comelkan ..aaa love sangat laa doorgift kenduri kali nii , first time juga laa CCL pergi kenduri dapat doorgift tisu muka .. packaging beg doorgift pun cantik. Paper bag kertas yang bercorakkan ala-ala batik. Cantik bukan . Dalam paper bag tersebut terdapat dua box tisu muka ni ..
Wahh hadiah ni sangat-sangat function . Boleh la guna untuk lap-lap kotoran mekap di muka dan sebagainya ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Mini Pouch Bag Semalam ada attend majlis perkahwinan artis Bella Nazari .. opsss !! Bukan majlis perkahwinan beliau , but majlis perkahwinan adik lelakinya yang diadakan di Kangar Perlis . Memang cukup meriah la . Jom tengok CCL dapat doorgift apa ..
Packaging doorgift cantik . Nampak mahal .. mula tue CCL ingatkan dapat coklat bar ..
Taraa ..bila dah sampai rumah terus excited nak unboxing this doorgift .. jangkaan CCL dapat coklat bar rupanya salah .. dapat doorgift mini pouch bag .. cantik sangat .. tak terlalu kecil dan tak terlalu besar .. nak guna kan sebagai beg makeup , nak masukkan pen pensil pun boleh juga . Masukkan handphone pun muat tau .. memang sangat function la doorgift sebegini ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Bawa Balik Kopi Cap Kopiah Malaya & Agar-Agar Kering
Seperti biasa setiap kali balik kenduri pasti ada buah tangan dari tuan rumah , kali ni dapat plastik bag bercorak biru ni, seusai masuk kereta apa lagi sesi unboxing doorgift kenduri laa . Macam suprise pulak kan apa isi dalam tu .. Isi dalam plastik doorgift kali ni juga CCL dapat kopi lagi . Kopi paket sederhana besar juga tu . Boleh bancuh buat minum petang-petang . Agar-agar kering tu juga turut terselit dalam plastik bag tersebut . Musim panas-panas ni kalau sesiapa yang berhajat nak buat agar-agar kering memang takkan ambil masa yang lama la. Cuaca dengan panas terik ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jumpa Doorgift Sapu Tangan Bila kemas rumah ni macam-macam ragamlah . Bila barang ini sayang nak dibuang, barang itu nak simpan . Padahal tak guna-guna . Seiring dengan waktu pastinya barang-barang yang disimpan akan bertambah semak dalam rumah . Lebih kronik lagi kalau ada antara kita yang tidak boleh membezakan antara barangan perlu atau tidak .
Tengah-tengah kemas almari buku-buku lama , pilih yang mana masih diperlukan atau tidak , yang mana dah tak perlu let go dalam plastik sampah hitam , malas nak simpan lama-lama . Selesai bahagian buku-buku terpandang dalam satu kotak yang berisi doorgift - doorgift kenduri . Agak banyak juga . Doorgift dulu-dulu sapu tangan kecil . Gambar kat atas antara doorgift sapu tangan yang sudah dipilih . Yang masih elok boleh digunakan . Yang lain banyak dah buang .
Doorgift sapu tangan di ubahsuai menjadi sekuntum bunga rose . Cantik bukan ? Kalau kenduri zaman-zaman sekarang CCL nampak masih ada lagi doorgift bunga rose hasil gulungan dari sapu tangan .
Ini juga doorgift sapu tangan , letak dalam bekas tertentu atau diletakkan dalam plastik kecil . Semua comel-comel belaka . Tapi sekarang memang tak ramai yang buat doorgift begini .
Ada sarung telur hasil dari benang kait . Emak CCL minta simpan laa serba sedikit, tak bagi buang semua . Satu lagi zaman kenduri dulu-dulu terkenal dengan doorgift bunga potpuri . Bau-bauan bunga kering . Lupa pulak CCL nak snap gambar untuk tatapan disini . Untuk bunga potpuri ni banyak yang CCL dah buang . Hanya tinggal lebihan sedikit ini sahaja . Entah tahun depan akan ada lagi dalam simpanan ataupun tidak .
Korang masih simpan lagi tak doorgift sapu tangan macam ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah Hari ni 3.3.2024 . Tarikh cantik juga kan . So selagi dalam fasa cuti persekolahan selagi tu akan ada jemputan kenduri . Maka dengan itu dapur tak berasap , kuali sedia tergantung rapi . Siap-siap pergi makan kenduri dengan cuaca yang tak kurang panasnya .
Macam biasa balik dari kenduri kalau dapat doorgift of course la excited nak tengok isi dalamnya . Hari ni dapat paperbeg coklat tu, isinya banyak juga seperti di dalam gambar . Dapat 3 in 1 teh tarik dan juga kopi o. Cap Hang Tuah . Wah-wah peminat kopi memang seronok la dapat doorgift begini . Boleh buat minum . Selain daripada itu, dapat juga setangkai bunga telur, jarang-jarang sekali nak dapat bunga telur ni kalau kenduri sekarang . Tapi hari ni tuan rumah bagi bunga telur .cantik pulak tue .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Normal lah kalau pergi kenduri kahwin, lepas selesai makan berjumpa dengan tuan rumah of course laa tuan rumah akan hulurkan buah tangan sedikit .. kenduri hari ni dapat doorgift . Doorgift kali ni unik sikit tau .. buka kotak doorgift dapat satu paket kopi cap sauh .. boleh la bancuh buat ngopi petang-petang .
Doorgift sekarang banyak yang unik-unik . Kalau zaman dulu-dulu dapat bunga telur tak pun kotak kecil berisi coklat . Sekarang doorgift coklat, sumi atau snek-snek lain masih lagi ada , cumanya doorgift bunga telur sudah jarang dibuat ..
Tiba-tiba rindu dengan suasana kenduri zaman dulu .. time tengah makan nasi akan ada adik beradik tuan rumah akan berjalan ke setiap meja hulurkan doorgift . Rindu dengan masakan kenduri angkatan kampung . Rata-rata sekarang dah banyak guna katering .
Seusai makan, terus balik . Panas hari ni memang tak boleh bawa bincang .