1 April 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

1 April 2024

Cerita CCL, april 2024, semangat april

Selamat pagi . Salam pagi Isnin . Salam 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadan 1445h .  Tak beberapa hari lagi kan kita semua akan berada di ujung-ujung penutup Ramadan untuk tahun ni . Ya hanya tinggal seminggu sahaja lagi . Masa yang singkat , moga - moga tahun hadapan kita semua dpaat rasa lagi nikmat berpuasa dalam bulan Ramadan . 

Bagaimana persiapan raya ? Ada yang dah selesai buat persiapan raya ? Ada yang hampir-hampir selesai ? Wah bangus ambil langkah awal untuk elak bersesak dengan orang ramai di saat-saat akhir . 

Bagi CCL pula , setakat sekarang belum ada apa-apa persiapan raya . Kuih raya pun tak tercari-cari lagi . Kalau tahun lepas memang mood buat kuih raya walaupun sejenis dua jenis , tahun ni memang tak ada semangat nak buat apa-apa . Persiapan baju raya pun belum cari lagi . Belum decide pakai warna apa . Bila dah makin meningkat umur ni dah tak kisah nak pakai sedondon , sekayu , baju baru atau baju lama . Tapi tue la nak tak nak kena cari juga baju- baju raya untuk mak, ayah dan juga adik-adik . Kalau dulu masa kecik- kecik mak ayah buatkan persiapan raya , sekarang kita yang dah besar ni galas tanggungjawab tersebut . Memang mak ayah tak minta semua tue , tapi sebagai anak dengan cara tu boleh bahagiakan mereka sementara mereka masih ada di dunia .    


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Alhamdulillah..Part baju raya dah settled =)

    BalasPadam
  2. Sayapun dah berusia tidak rasa beria-ia cari pakaian atau kasut baru.

    BalasPadam
  3. Tahun ni tak sedondon, saya seorang warna lain yang lain semua sama warna. Apa pun yang penting kita syukur dan bergembira menyambut 1 Syawal.

    BalasPadam
  4. Saya baru buat kue sedikit saja, sayapun belom beli baju raya, entahlah..belom terfikir juga, pakai saja dulu yang ada 😁

    BalasPadam
  5. betul tu, Ana yg tak berapa nak berusia ni pon tak terasa nak beriya-iya sgt tahun ni raya.. baju raya & kuih raya pun blm beli apa-apa hehe

    BalasPadam
  6. Selamat membuat persiapan raya

    BalasPadam
  7. xpe, cari slo2.. kdg2 kite buat bukan untuk kite tetapi untuk orang lain kan.. tetapi takpe, insyaAllah bahagia kita juga rasa.. :D

    BalasPadam
  8. Saya ada juga beli kuih raya.
    Anak-anak nanti balik beraya, buatlah juga serba sedikit persediaan raya walaupun tak meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

    BalasPadam
  9. Ada masa lagi untuk lengkapkan persiapan raya

    BalasPadam
  10. Dah beli koi raya 2 bks, duit raya esok dpt..yg lain² blm ada..pakai baju yg ada je..kalau rajin, weekend ni last shopping seblm balik kpg..ambik vibe raya..hihi..

    BalasPadam
  11. saya x buat apa2 pun lagi
    tggu hjg mggu ni baru nak beli baju dgn kuih
    hehehe

    BalasPadam
  12. Minggu depan nak raya dah. Kejap betul. Saya pun tak buat persiapan sangat. Baju raya je baru settle. Kuih pun beli je nanti. Kita pulun beli dah hujung hujung nanti.

    BalasPadam
  13. Kuih raya baru nak buat hari jumaat ni
    Yg lain biskut raya beli je
    Baju lama dh beli

    BalasPadam
  14. semoga April ni lebih baik dari sebelumnya.. amin

    BalasPadam
  15. semoga April ni lebih baik dari sebelumnya.. amin

    BalasPadam
  16. alhamdulillah MA banyak yg dah siap dah..esok baru cuti, siapkan bahan2 utk masak2 plak...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan