Menu Syawal Pertama : Bihun Soto

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Syawal Pertama : Bihun Soto Cerita Syawal pertama , baru hari ni nak kongsikan . Syawal pertama ramai yang sibuk balik kampung, ziarah saudara mara di kampung, ziarah jiran so memang sibuk sikitkan plus penat pulak tu . So blog sunyi sepi sekejap untuk beberapa hari . Tahniah juga la yang konsistem update entri walaupun pada hari raya . 

Tahun ni korang buat open house tak?  CCL pulak open house kecil-kecilan . Memandangkan pagi raya CCL dah kerja , so malam raya memang akan prepare semua keperluan untuk lagi raya . Tolong mak CCL serba sedikit di dapur .

Raya, menu syawal pertama, kemeriahan syawal pertama, menu simple di pagi raya

Pagi Syawal tahun ni bihun soto menjadi hidangan utama . Asalkan hanya buatkan dua bungkus bihun dan juga dua bungkus nasi impit . Cukup untuk saudara mara  terdekat yang setiap tahun memang akan kunjung rumah CCL pada Syawal pertama . Petang hari eh ramai pulak yang kunjung tiba  . Alhamdulillah  ramai . Walaupun rumah terbuka bukanlah besar-besar dengan hidangan menu yang banyak . Cukup sedekit dan rezeki kongsi dengan yang lain untuk kenyangkan tetamu yang datang . 

Petang tu celur bihun  sebungkus dan celur kway teow dua bungkus . Mujur sup soto buat dalam kuantiti yang banyak dalam periuk besar . Cuma cili kicap dan juga bergedil kentang CCL kena tambah semula . 

Kuih raya tahun ni pun tak banyak , ada dua tiga jenis sahaja , tak sempat nak membeli . Menu pun tak sempat nak snap semua gambar , sempat snap hidangan soto ni sahaja .

Menu raya Syawal pertama 

  •  Bihun soto
  • Ketupat / lemang 
  • Serunding daging
  • Gulai daging
  • Sagu gula melaka 
  • Harumanis
  • Air anggur kordial
  • Kuih raya ( samperit susu, mazola, biskut coffee)
  • Kuih tradisional ( popia simpul, kuih kapal terbang, maruku) 

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Saya nak bergedil je boleh tak?
    hahaha
    mkn bihun soto ni
    kalau tak ada bergedil mmg tak lengkap rasanya

    BalasPadam
  2. sedapnya bihun soto...tahun ni kak SA tak buat open house..bagi menghormati permintaan Pak Zain..x nak seronok- seronok sebab Mak Pah baru jer meninggal kan...tapi kalau ada kawan- kawan buat open house insyaallah akak pergi..haha

    BalasPadam
  3. Masa raya pertama, makan soto juga kat rumah sepupu.

    BalasPadam
  4. sedapnya soto....yang paling suka..si begedil tu lah...kikiki

    BalasPadam
  5. waaahh bihun soto! mmg selalunya begedil akan habis awal hehehe

    BalasPadam
  6. Sedapnya bihun soto..kena musim musim raya memang ngam

    BalasPadam
  7. sama ye menu 1 syawal kita. hehe

    BalasPadam
  8. Suka. Lagi-lagi bila ada isi ayam racik tu. Kalau tambah sambal kicap pedas lagi sedap ni.

    BalasPadam
  9. Sedapnya bihun soto. Mujur buat kuah sup banyak. Yang lain tak cukup boleh ditambah tambah lagi. Tahun ni tak buat open house sebab kurang sikit mood beraya. Tambah lagi baru kehilangan.

    BalasPadam
  10. selamat hari raya :) harap tak lambat lagi

    BalasPadam
  11. Nampak pegedil tu, memang itulah dulu yang saya terkam! Sedapnya hirup kuah bihun soto.

    BalasPadam
  12. wahhhh sedapnya hidang bihun soto masa open house. tak jumpa lagi menu ni raya ni hehe selamat hari raya CCL :)

    BalasPadam
  13. Meriah nya menu raya CCL tu.

    BalasPadam
  14. MA kalau soto mesti nak masi impit jugak...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan