Sahur Dengan Roti John Zinger Chicken Crispy & Roti John Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sahur Dengan Roti John Zinger Chicken Crispy & Roti John Daging

Roti john , roti john RM10, harga roti john , roti john zinger crispy chicken, resepi roti john zinger crispy chicken, resepi mudah roti john,

Petang semalam ada beli roti john , tapi disebabkan dah terlalu kenyang perut terisi nasi beserta menu-menu lain . So roti john tersebut yang dimasukkan dalam peti sejuk . Sahur pagi ni menu ini jer la . Roti john zinger crispy chicken . 

Roti john zinger crispy chicken , kemain panjang betul namanya . Harga untuk satu roti john ni RM10 . korang rasa mahal ke murah ? Bagi CCL sendiri ok . Not bad juga harganya . Bayaran RM10 ni memang berbaloi dengan kualiti roti john dan juga kuantiti yang ada pada roti john tak mustahil lagi . Isi ayam popcorn yang rangup diconcang sederhana besar lalu dimasukkan ke dalam roti john beserta baha- bahan lain . Memang puas hati sangat makan roti john kali ni . Memang tak kedekut bahan . 

Roti john daging sedap, harga RM10.memang puas hati makan, cincangan daging hancur pun banyak, ditambah pulak dengan sos, mayonis dan cheese lagi menambah kesedapan roti john tersebut . Melimpah isi tu .

Tiap- tiap tahun beli kat sini memang tak pernah tak sedap . Kualiti memang padu habis . Tiap- tiap tahun memang beratur panjang la nak beli roti john . CCL pula tak kuasa la nak beratur panjang-panjang memandangkan cuaca panas terik kang tak pasal pitam pulak kat situ satu hal . So order dan bayar , pastu pergi ambil . Settle kerja . Cepat pun cepat . 

Tempat korang harga roti john berapa yer ? Mahal atau murah . Share laa 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. busyra tak suka sngt roti john. tapi knapa tgk gmbar ni nmpak sedap.. haha

    BalasPadam
  2. Kalau tak silap anak beli hari tu RM8. tapi isi biasa biasa je. Lepas tu MY buat sendiri guna daging burger.

    BalasPadam
  3. waahhhh mmg berbaloi harga RM10 dpt roti john inti penuh selambak mcm tu! konfem tak menyesal nak repeat lagi dan lagi hehehe

    BalasPadam
  4. wah...sedap tu...kalau roti john biasa...ad yg rm8, ad yg rm10...semalam pun terbeli yang crispy tu, anak2 cakap sedap..linda tak dan rasa...hahaha..dah licin..yg tu rm10

    BalasPadam
  5. sedap je roti john ni walaupun mkn selepas berbuka.. masukkan dlm airfrier rasa seperti baru.. yumm yumm yumm.. nikmat..

    BalasPadam
  6. Memang nampak sedap ni CCL 😋
    Kalau sedap dan rasa puas hati makan, RM10 tak terasa mahal.

    Haritu beli roti john di Padang Besar harga RM7 tapi isi biasa jelah. Jadinya kalau macam CCL beli ni kira sesuai harga RM10.

    BalasPadam
  7. Meriah banyak isinya tu. Berbaloilah dengan harga tu. Kalau kat sini ada ayam crispy macam tu RM12 kot tak silap. Biasa encik suami yang beli. Saya pun lupa dah. Tapi bukan RM10 lah. 11-12 camtu.

    BalasPadam
  8. ada plak roti john zinger yer..mcm2 kan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan