Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat  Siapa yang follow rapat blog CCL, mesti korang tahu CCL ada beli rak rempah tiga tingkat ni melalui Shopee , tapi biasa laa bila beli online ni pemasangannya kena la pasang sendiri . So nak tak nak CCL minta tolong adik lelaki CCL pasangkan . Setelah beberapa hari akhirnya hari ni adik lelaki CCL dah tolong pasangkan . Tak sampai setengah jam dah selesai . Begitu mudah sekali ya .. setelah dipasang nampak cantik, kualiti besi pun sangat kukuh . CCL suka bila tengok rak rempah tiga tingkat dah berdiri kukuh . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Cantik kan ? Terletak elok, lepas ni memang jimat sikit ruang atas kabinet dapur ni . 

Rak rempah ratus , rak rempah ratus tiha tingkat, rak rempah ratus viral, botol kaca rempah ratus, botol kaca untuk rempah

Keadaan rak rempah tiga tingkat setelah disusun-susun dengan barangan di dapur . Kemas tersusun . Sebenarnya boleh letak banyak lagi tu. Ruangan belakang ada kosong lagi . 

Rak pertama 
Kulit kayu manis , asam keping , cili kering 

Rak kedua 
Segala bahan rempah ratus

Rak ketiga 
Sos , kicap , cuka 

Masih boleh penuhkan lagi rak tu . Kena tengok bahan-bahan apa lagi boleh disimpan . 

Korang yang berkenan rak rempah tiga tingkat & botol kaca rempah ratus boleh baca entri ni. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Bila dah siap, hasilnya nampak cantik, barulah makin kemas kat dapur kan..

    BalasPadam
  2. ada rak ok tersusun...bekas rempah siap ada sudu tu mudah nk guna

    BalasPadam
  3. uish..menariks ni. mcm nak terjebak jugak ni.. ha ha ha..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan