Tukar Duit Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tukar Duit Raya

Penukaran duit raya, penukaran duit raya di hong leong bank, duit raya, tukar duit raya di atm

Hari Khamis , dua hari yang lepas selesai proses pertukaran duit raya , alhamdulillah dapat juga tukar duit raya baru . Ada juga di beberapa bank  tukar tapi dapat duit recycle . Seawal 10.00 pagi CCL dan kawan pergi beratur di Hong Leong Bank . Time beratur tu mujur tak ramai lagi . Sebab proses penukaran duit raya melalui kaunter bank bermula pada pukul 10.30pagi . CCL merupakan orang ketiga yang beratur di kaunter tersebut . Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan . Beratur pun tak ambil masa yang lama . 

Pertukaran duit raya untuk tahun ni tak banyak seperti sebelum-sebelum ni , tahun ni bajet sikit sebab  duit ada planning ke bahagian lain . So cukup la sekadar sedikit ini . Pihak Hong Leong bank juga bagi sampul raya untuk tahun ni , cantik juga design dia . 

korang dah tukar duit raya ? Berapa bajet duit raya tahun ni ? Dapat duit baru ataupun duit recycle ?



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Senang cepat juga tukar di kaunter kan. Mujur bukan orang belakang-belakang. Kalau tidak jenuh beratur lama.
    Alhamdulillah..dah settle tukar duit raya dan dapat duit baru juga. Ye, begitulah. Ikut bajet masing-masing.

    BalasPadam
  2. Saya minta tolong mySIL tukarkan duit raya sebab dia kerja di sektor perbankan. Tahun ni tukar duit raya bersama sekali dengan duit belanja sekolah anak. Dapat duit baru bukan recycle.

    BalasPadam
  3. wah..dah dapat dah. MA pun baru amik gambar pic duit raya & sampul nya...

    BalasPadam
  4. Untuk tahun ni tak tukar pun duit raya. Dan mungkin tahun ni non ada duit raya kot 🥲🥲

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan