Penghujung Mac 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penghujung Mac 2024

Penghujung Mac, goodbye mac, cabaran ujian Bulan mac

Selesai sudah episod 31 hari kita semua dalam bulan Mac . Alhamdulillah , masih ada lagi , masih dapat lagi nikmat Allah Taala . Kadang-kadang terfikir Allah bagi nafas lagi , Allah nak kita hidup lagi . Allah nak kita kumpul pahala untuk menuju jalan akhirat kelak . Allah bagi kita semua ujian dan cabaran , Allah nak tengok sama ada kita boleh lalui atau tak liku-liku ujian dan cabaran yang Allah Taala bagi . Kadang diri sendiri tak mampu nak hadap , tapi Allah tahu kita kuat sebab tu Allah bagi. 

Bulan Mac, bulan yang memang down sangat-sangat  bagi CCL . Bulan yang nak senyum ketawa depan orang tapi tak mampu terpaksa relakan diri untuk senyum berhadapan orang ramai .. 

Bagi readers blog CCL rasanya dah tahu salah satu kesedihan CCL bulan Mac ni adalah CCL kehilangan arwah tok, pemergiannya dua hari sebelum kita semua melangkah ke bulan Ramadan . Memang terkesan sangat .. kesedihan , kehilangan kali ni memang CCL sudah belajar apa itu erti redha dengan pemergian orang yang kita sayang, yang kita sendiri dah tak boleh tatap wajahnya , dengar suaranya . Semua itu hilang serta merta . Yang tinggal hanyalah gambar dan video sebagai kenangan untuk ditatap toap kali kerinduan itu datang . 

Kesedihannya yang keduanya , ini yang paling membuatkan CCL hilang semangat untuk setiap hari . Sedih hanya Allah saja yang tahu . CCL tak dapat kongsikan kesedihan ini  . Biarlah diri CCL seorang sahaja yang tahu . Sampai masa yang sesuai CCL kongsi untuk semua . Cuma CCL perlukan ruang , doa dan kata-kata semangat . Doakan CCL sentiasa sihat sejahtera . Doakan CCL sentiasa kuat . Walaupun diri sendiri tahu, setiap hari nak kena hadap perkara yang sama jadi terpaksa rela . Entah sampai bila .. mungkin sebulan ..mungkin dua bulan . Doakan akhir bulan April nanti ada sinar kegembiraan untuk CCL . Moga kesedihan ini tak kekal lama . Moga Allah kembalikan semangat CCL seperti sebelum-sebelum ni . 

Kita rasa hidup kitalah yang paling susah , paling banyak cabaran dan ujian , tapi lebih ramai yang susah di luar sana .

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Semoga yg baik² saja utk CCL. Insha Allah ada pelangi menanti selepas hujan reda 🤗

    BalasPadam
  2. Kehilangan orang tersayang tu sangat pedih dan perit sekali. Kesedihan yang sukar dibendung. Semoga kita tabah menghadapinya. Teruskan kuat walau apa juga ujiannya. Semoga Allah permudah segala urusan dan semoga baik baik saja di hari-hari yang mendatang. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Sayapun macam tersedar untuk terima kehilangan.
    Tahun ini rasa kurang meriah sebab ada ujian juga.
    Moga Allah ampunkan cosa kita dan beria ganjaran atas kesabaran menghadapi ujian. Amin.

    BalasPadam
  4. betul tu
    kadang kita rasa ujian yg kita terima ni dah ckp berat
    padahal kat luar sana berjuta2 org terima ujian lg teruk drpd ni
    bla ada sesuatu berlaku pd sy
    sy cuba sematkan mindset seperti ni
    supaya rs sedih tu tak melarat
    come back stronger CCL!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan